Kebebasan Kita dimana had nya = Soalan dari sahabat

Aku terpanggil oleh saudara antoo yang telah memperkatakan tentang kebebasan kita dalam berblog. Dia ada menjeritkan persoalan ini dalam shout box aku tu. Sila baca. Then aku pun terfikir macam mana dengan kebebasan kita ini sebenarnya. Adakah kita mempunyai had-had tertentu dalam kebebasan kita??

Bagi aku, bagaimana aku ingin menghadkan kebebasan aku adalah melalui akal fikiran sendiri. Sendiri dah besar. Sendiri ada sekolah tinggi-tinggi. Sendiri ada agama yang kita anuti. So itulah had-had dalam kebebasan kita. Ni bagi aku la.

antoo: freedom...adakah itu dasar yang terbaik bagi penulis..bagaimane pule bg penulis yang terpakse menulis utk memuaskan ati org lain..

Ni soalan pertama dia. Aku jawab senang saja. Memang itu adalah dasar yang terbaik bagi penulis. Bagi aku tak perlu lah kita ada sesuatu untuk kita khusus kan dalam penulisan. Ko nak buat apa buat je. Ko nak taip apa ko taip je. Satu je yang aku ingatkan, berani buat berani tanggung. Sakit kan hati orang pandai la pujuk balik. Penulis yang terpaksa memuaskan hati orang senang je. Pernah dengar iklan dalam radio kata"buat apa nak belikan untuk teman wanita awak, sedangkan memuaskan hati sendiri lagi senang" ko pikir la ayat ni antoo...

antoo: walaupun kite berbicara ttg kebebasan..tapi dakah kite btul2 bebas menulis? bagaimane pula sengkangan2 yg ade dlm inda kite bile kite menulis..

Ni soalan yang kedua dan aku akan jawab macam ni. Memang tidak di nafikan bahawa kita masih tidak bebas menulis. Kadang-kadang aku takut nak menulis sesuatu yang bakal menusuk hati seseorang. But seperti yang aku katakan berani buat berani tanggung. Cuba untuk kita berfikir diluar dari minda kita. Maksud aku kalau di terjemahkan melalui peribahasa "keluar dari bawah tempurung"

antoo: adakah kite betul2 bebas???

Soalan last yang perlu aku jawab dengan lebih serius. Jawapan nya ya dan tidak. Kenapa??? sebab kita mempunyai suatu ruang yang di mana kita boleh bebas membuat apa-apa. Namun ada juga ruang yang mana kita tidak bebas. So harap ko dapat pikirkan mana-mana ruang tersebut. Kebebasan kita adalah hak kita. Namun kita mempunyai had. Had tersebut kita yang wujud kan. So pandai-pandai la kita mahu ikut had tersebut atau langgar je.


Wah... Aku tak pernah menjawab soalan macam ni. Aku rasa baik lagi aku menjawab soalan-soalan exam aku masa kat kolej dulu. Boleh gak baca-baca nota ulangkaji pelajaran ke.... Apa-apa la... Thanks buat Antoo kerana telah mengutarakan soalan itu...

PS: macam ahli fikir pula aku kan... bukan yang hipop tu.... ni ahli cendikiawan la....

6 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ikut buku yang penah aku terbaca..semuanya dari hati kemudian keminda dan tangan yang menzahirkan...kena refer Dr Hassan Ali..sesenang...blasah je..

Pekerja Kontrak said...

Yes sokong ko...

a.b geldofg said...

ntahlah..kadang aku rasa bebas kdang tk.....apa2 pun hntam je lah

j4l4k said...

Sebenarnya tiada istilah kebebasan menyeluruh dalam kehidupan ini.Walaupun anda terlalu liberal tanpa batasan tetapi masih terdapat ruang lompang yang mempengaruhi tindakan kita iaitu etika,moral dan sifat kemanusian.Walaupun anda sekular,atheist,free-thinker mahupun beragama aspek etika,moral serta sifat manusia dan larangan dalam soal dosa dan pahala sendiri yang mewujudkan garis had yang membataskan sesuatu tindakan.Manusia mewujudkan pelbagai undang-undang dan peraturan untuk memastikan perjalanan kehidupan mereka teratur walaupun sememangnya tidak sempurna zahirnya.Maka jangan menjadikan diri anda dalam golongan yang melampaui batas.

Pekerja Kontrak said...

ab-aku follow ko....

j4l4k-apa yg ko ckp memang betul... seyes betul.. buku ne yg ko bc ni....

Nurul Harun said...

bebas eaa...