Suzuki AFF Final Malaysia Juara 2010

Setelah 16 tahun menanti akhirnya negara kita Malaysia telah berjaya memilikinya untuk pertama kali dalam sejarah. Tahniah saya ucapkan kepada anak-anak buah Raja Gopal. Tahniah.

Saya sangat teruja melihat persembahan pemain-pemain Malaysia terutama gol Safee Sali yang menghancurkan hati penonton/peminat Indonesia. Tajam dan tepat/laju. Selain itu, overall persembahan Malaysia pada final ke-2 ini adalah 3/5. Masih banyak juga perlu di perbaiki dari segi skil penghantaran bola serta kesefahaman antara pemain-pemain Malaysia.

Untuk penjaga gawang Malaysia, anda layak menyarungkan jersey no. 1 Malaysia. Tiada orang lain yang layak. Teruskan usaha untuk mengasah lagi skil anda. Persembahan anda memang bertaraf 5 bintang.

Untuk mengakhiri ulasan ini saya berharap agar pasukan Malaysia ini tidak mementingkan diri sendiri dan angkuh dengan kejayaan yang anda kecapi. Perbaiki lagi kelemahan dan kepada Raja Gopal teruskan usaha anda untuk meningkatkan mutu permainan Malaysia.

MALAYSIA BOLEH.

P/S: Agak-agak kalau jadi pengulas sokernet boleh tak ni?

Skuad Perodua Era

Dulu waktu aku baru masuk kerja di ofis aku di Klang aku pernah kehabisan duit langsung. Maksud aku duit dalam walet bukan dalam bank. Dalam bank ada tapi waktu tu aku malas mau keluarkan. Kalau keluarkan mesti hasbis macam sekarang ni. Untuk makan pun malas aku mau keluarkan. 

Suatu petang tu aku sangat lapar dan malas mau keluar. Aku dengar radio era masa tu. Itu saja siaran radio yang jelas di rumah aku waktu. Sambil aku baring-baring aku terdengar squad era sedang membuat lintasan di Tesco Bukit Tinggi Klang. Aku pun fikir mau jimatkan duit dengan pergi ke Tesco tu mau dapatkan barang makanan yang dorang mau bagi. Tapi, aku tidak pergi pun. Malas. 

............................................

Untuk pertama kalinya aku kejar skuad perodua era di sabah. Yalah. Baru 2 minggu radio era live di Sabah. Dan juga kebetulan aku ternampak mereka melintas depan aku. Tapi makan mana ada dapat. Minuman dan barangan Era saja pun. 

Itu adalah pengalaman aku. Eksaited gila. Hahahahahahaha..

Tidur

Selalu kalau aku mau tidur mesti aku berfikir. Dan setiap kali diakhiri dengan harapan. Harapan kalau aku bangun nanti hidup aku berubah menjadi lebih baik. Sebenarnya dari aku kecil lagi aku sudah fikir benda-benda yang terlalu berat untuk difikirkan oleh budak-budak. Sebab aku bukan orang senang. Aku hidup dalam keluarga yang memang sudah susah. Sekarang ni aku masih lagi berfikir sebelum aku tidur dan aku masih lagi mengharap apabila aku sudah bangun dari tidur hidup aku berubah.

Alhamdulillah hidup aku sekarang boleh di katakan ada perubahan sedikit demi sedikit. Dan aku masih berharap apabila aku bangun dari tidur ku hidup akan berubah.

Berfikir

Semakin kerap aku berfikir sekarang ni. Macam-macam aku fikir. Sampai pening, mengantuk dan tidur. Kadang-kadang time bawa kereta pun berfikir pasal benda lain. Bukan mau tumpu perhatian dalam pemanduan. Inilah punca-punca ni.

Bila waktu kerja pun aku berfikir. Kadang-kadang kerja punya hal aku fikir, kadang-kadang aku fikir lain punya hal pula.

Sekarang pun aku berfikir. Fikir apa yang aku mau taip di entri aku kali ni. Gagal betul la.

Hujan Hari Hujan

Aku terkejut dengan berita kemalangan melibatkan bas penjara di sini kelmarin. Mungkin pasal cuaca yang tidak menentu. Atau kecuaian sendiri.

Sekarang sini hari-hari hujan. Sampai kereta pun aku malas mau cuci. Biarkan saja kotor.

Kalau hujan mesti aku rasa mengantuk. Bila sudah mengantuk mesti aku malas. Macam sekarang ni lah. Mengatuk dan malas sungguh.

PS: Cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah" memang seronok. Dua hari berturut-turut aku tengok tidak bosan langsung. Tahniah.

Ayat - Ayat Orang Bekerja Keras

"Boli aku jadi taman awak?"


"Cinta dinamakan tetapi dia tidak pernah mencintai aku"

Di petik daripada beberapa dinding bangunan dalam pembinaan di site aku. Orang kerja keras memang punyai hati taman bunga ke?

Sebab Aku Ada Kerjaya

Kadang-kadang bila aku memikirkan tentang kerjaya aku sekarang ni macam aku menyesal memilih kerjaya ini. Kerjaya sebagai seorang juruukur bahan (QS) bukan main-main. Kena sentiasa berfikir pasal nombor, fomula-fomula, pasal prestasi projek, pasal kewangan, macam-macam lah. Itu yang buat pening dan membuatkan aku menyesal bila aku memikirkannya.

Tapi bila 'nya' aku cakap kerja aku ni nampak 'cool' dan 'nya' aku suka dengan kerja aku, aku jadi tenang. Aku terus rasa dihargai kerana memasuki bidang kerjaya ini. Terima kasih kerana menyokong.

Skim Pelaburan

Skim pelaburan memang sedang naik sekarang ni. Macam-macam skim pelaburan sampai dalam Facebook pun ada skim pelaburan yang siap tag-tag gambar duit. Ingat aku suka dorang buat macam tu. Langsung aku tidak tertarik ok. Buat semak wall saja. Bukan betul pun.

Apapun skim pelaburan yang anda ikuti silalah pastikan benda tu betul. Macam aku sekarang ni. Aku sekarang buat pinjaman nak labur kat ASB. Ini baru betul. Ini baru trend. Sampai dalam ofis aku pun sudah jadi trend benda ni.

Di Soto Yang Sedap

Aku ingin menyatakan bahawa soto di semenanjung agak berlainan dan beda dengan soto di Negeri Sabah. Tapi persoalannya dimana soto yang paling sedap. Tepuk dada tanya selera.