Malas

Semakin lama semakin sunyi la blog ni. Hahahaha.

Komen Jurulatih Malaysia

Ini adalah komen dari jurulatih malaysia. Di petik dari laman web rasmi FAM.
 

"Saya tak tahu apa terjadi malam ini terutama bahagian pertahanan. Kami beri gol-gol mudah. Tiga atau empat gol boleh dianggap gol mudah dan semuanya membawa kepada kemusnahan kepada pasukan kami.

Persoalannya - Kenapa pula boleh cakap begitu sedangkan kau adalah jurulatih. Jadi profesional sikit lah.
 

 "UAE juga mempamerkan persembahan cukup baik terutama Omar Abdulrahman (pemain No 10), seorang pemain cukup hebat dan dia ternyata 'membunuh' setiap pemain kami.

Persoalannya - UAE memang hebat. Jadi kau berhadapan dengan orang hebat tapi persediaan kau macam lawan team tempatan sahaja.

 "Saya tak jangka boleh kena sampai 10 gol. Memang saya tahu bukan mudah nak menang di sini dan sebab itulah saya letak sasaran mahu seri. Tapi dengan cara UAE bermain dan pemain kami pula saya tak tahu apa jadi kepada mereka, segalanya musnah.

Persoalannya - Target seri? Tapi percaturan bukan menunjukkan kita go for seri. Then salahkan pemain. Sekali lagi. Jadi professional la.

 "Seperti yang saya katakan, persiapan kami hanya tiga ke empat hari. Bukan mudah nak main macam UAE yang saya katakan mereka pasukan terbaik di Asia. Pemain kami pula keletihan mengharungi jadual padat liga dan sebab itu mereka tak dapat menyaingi tempo permainan UAE.

Persoalannya - 2 3 hari? Ya meh 2 3 hari. Adui. Jawab betul-betul la.  

 "(Ditanya adakah dirinya akan meletak jawatan) Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini."

Persoalannya - Cakap biar tegas la. Buat keputusan yang pro sikit. Ini mau tunggu lagi 2 3 hari ka?

UAE 10 Malaysia O

Apa hal skuad bola Malaysia sekarang ni.  Cakap boleh seri sebelum main. Sudah main tidak tau pula mau cakap apa.

Alasan paling king adalah sebab panas. Ok betul panas. Tapi, macam mana kau mau layak ke piala dunia kalau panas sejuk kau kasi salah sebab kau kalah.

Kalau begini nampaknya 30 tahun akan datang belum tentu Malaysia akan layak ke piala dunia. Bagus duit bola tu bikin kasi bagus sistem pengairan dan pemparitan termasuk sistem bekalan air di malaysia khususnya sabah.

Sekian, harap terasa kau.

Dalam Diam

Rupanya dalam diam ada yang start update blog. HAHAHAHAHA.


Sekarang status aku banyak berubah. Dari segi saiz memang sudah berubah. Tapi saiz bukan ukuran.

Belum lagi banyak idea mau buat entri. Mungkin terlalu banyak cakap. Macam orang cakap "Diam-diam Ubi Berisi".


Ok tiada kaitan.


Prakata Yang Di Reject

Dulu. Beberapa tahun lalu. Aku ada di jemput untuk menulis sebuah cerpen pendek hasil-hasil karya anak-anak tempatan Sabah. Prakata tersebut adalah seperti dibawah.

"Tamu. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu tamu dan kenapa tamu. Mengikut terjemahan Kamus Pelajar Edisi Kedua, Tamu membawa maksud 1 orang yg datang berkunjung atau yg diundang utk menghadiri sesuatu jamuan dll. 2 orang yg datang menginap di hotel dll. bertamu datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya. (Aku copy paste saja maksudnya ni. Tidak elok terlalu menyusahkan) dan manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Tamu adalah pekan (pasar) sehari.(Juga aku copy dan paste).

Selain itu juga, pihak Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan Tamu ni sebagai 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM; ~ agung pelawat yg termulia; ~ yg tidak diundang bp pencuri, maling, perompak;bertamu pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang ~ ke rumahnya; menamu 1. pergi melawat, berkunjung, ber­tamu; 2. menjamu, memperjamu, menyuguhi; menamui datang melawat, mengunjungi; ketamuan kedatangan tamu.(Juga aku copy dan paste). Jadi aku hairan juga kenapa banyak sangat maksud perkataan Tamu ini.

Bagi rakyat Borneo paling pasti rakyat Sabah, Tamu boleh membawa maksud pasar sehari yang mana disetiap tempat di Sabah pasti ada hari-harinya untuk mengadakan tamu ini. Tamu yang paling mainstream adalah Tamu Gaya Street. Semua mesti tahu dimana letaknya Tamu ini dan bila waktu operasinya tidak kira lokal ataupun semi-lokal mahupun pelancong luar dari Sabah dan Malaysia. Kebiasaanya Tamu ni akan beroperasi pada sebelah pagi sampai ke lewat tengahari. Tiada sebelah malam dan petang. Petang dan malam waktu berehat atau lebih mesra kalau kita panggil waktu tidur.

Tamu di kebiasaannya menjual pelbagai macam barang. Dari yang mainstream sampai ke rare barangnya. Kalau mau beli hasil hutan Sabah pigi saja tamu mustahil kamu tidak akan jumpa. Kalau mau beli seluar dalam ataupun bra pun boleh cari di Tamu. Ada tu kena jual sana. Pasal harga bulih kena runding lagi tu kalau bermulut manis. Pastikan mulut sentiasa manis supaya dapat kurangan harga yang memberansangkan.

Rasanya macam cukup sudah aku menerangkan pasal Tamu itu. Sekarang aku cuba menerangkan apa hal pula buku Tamu. Entah siapa-siapa penulis buku ni. Semuanya macam sepuluh orang penulis. Dua lelaki dan tujuh wanita. Macam-macam sub-tajuk. Kiranya ini adalah buku cerpen yang di kumpulkan. Senang cakap Kumpulan Cerpen-cerpen Berasaskan Tamu. Skema sikit bunyinya kan?

Dalam buku ni, mereka-mereka (sang penulis selepas ni akan aku katakan) adalah penulis-penulis di Sabah ni yang mana ada dikalangan mereka adalah penulis zine, penulis blog, penulis status di FB dan penulis di twitter. Ada juga yang menulis di kertas biasa kali. Tapi mereka semua sama sebenarnya. Mempunyai niat yang sama iaitu menulis sesuatu melalui minda, hati, kreativiti, pengalaman, imiginasi, dan mimpi mereka. Walaubagaimanapun sang penulis tetap mempunyai perbezaan. Salah satu sudah pasti jantina. Kemudiannya cara penulisan mereka juga berbeza, dan sudah tentu idea mereka pun berbeza.

Idea yang berbeza-beza akan dapat kita lihat di dalam buku ini. Macam mana sang penulis menerangkan dan mempergunakan ‘TAMU’ sebagai idea utama untuk menciptakan cerita yang di muatkan dalam buku ini. Macam mana juga setiap cerita itu mengaitkan ‘TAMU’ sebagai idea utama. Hebat juga sang penulis ini.

“Guntur berdiri di bawah panas terik. Matahari betul-betul di atas kepalanya. Guntur tersenyum lebar. Senyum Guntur juga ada sinisnya. Puas hatinya. Kali ini dia yakin bahwa dia menang. Guntur menyalakan rokoknya dibawah matahari yang terik. Matahari yang betul-betul berada di atas kepalanya. Dia tidak pasti apakah itu rokok terakhir atau akan ada lagi. Zass! Satu libasan melintasi leher Guntur. Dari kanan ke kiri. Darah pun memancut dan kepala Guntur jatuh di tamu itu.
…...................................................................................
Guntur. Seorang lelaki. Umur 25 tahun. Ketinggian lima kaki enam inci. Saiz normal asia. Berkulit cerah. Kelihatan seperti Jericho Rosales. Selalu mengenakan seluar jeans Levis 501 yang kelihatan seperti gred AAA. Menghisap rokok premium. Belum berkeluarga. Tinggal di bilik sewa rumah kedai. Pekerjaan tidak tentu. Selalu kelihatan berdiri di lorong-lorong yang dinamakan Sinsuran. Tidak mempunyai kad pengenalan. Passport pun tiada.”

Mungkin ini adalah sebahagian cerita yang ada dalam buku ini. Mungkin. Jadi teruskan membaca dan menilai sebab manusia tidak pernah berhenti dari saling menilai.


P/S: Harap kalian faham akan prakata ini. Aku langsung tidak tahu apa itu prakata sehingga aku menulis prakata ini. Sambil-sambil tu aku google kan juga apa itu prakata. Takut nanti di jadikan isu dan bukan soalan. - GUNTUR"

Panjang Gila kan. Jadi kena reject. Hahahaha. Bukan Rezeki. Tapi menarik juga si Guntur ni. Tiba-tiba aku rasa aku mau menulisnya semula. Hahahaha.