Bertambah Tua

Semakin gemuk....!!!!

Semakin Kacak.....!!!!!!

Semakin Lincah.....!!!!


Begitu la keadaan aku apabila mencecah umur 25 tahun dan aku sedar aku sudah tua. Banyak juga pengalaman pahit manis di tempuhi. Ini masa untuk bertindak. Mudah-mudahan ada rezeki umur panjang. 

Selamat Berumur 25tahun. Terima kasih Tuhan. Terima kasih mak. Terima kasih Bapa. Terima kasih sayang. Dan terima kasih semua.

Semakin Tua....!!!!!

1 Tahun

Mungkin ramai yang tau dan ramai juga yang tidak tahu. Atas sebab-sebab tertentu aku dan 'nya' aku tidak menghebohkan hubungan kami. Selama setahun juga kami berdiam diri tentang hubungan kami dari kawan-kawan alam maya dan dunia realiti. 

Banyak memori manis dan pahit kami lalui. Biasalah sudah adat hidup di dunia, mesti juga ada drama. Dan hari ini usia perhubungan aku dan 'nya' aku sudah genap setahun. 

Selamat Ulang Tahun yang pertama. Semoga berkekalan hendaknya. Terima Kasih Tuhan kerana menemukan kami.


PS: Soalan dan ayat-ayat terlarang adalah seperti berikut:

  1. Bila mau tunang?
  2. Bila mau Kawin?
  3. Kami lapar nasi minyak ni.
  4. Wei... aku nak gak fly ke sabah tu.

Dan seangkatan dengan soalan-soalan diatas.


Musik Yang Aku Suka - Bob Marley

Bob Marley atau Robert Nesta "Bob" Marley (February 6, 1945 – May 11, 1981), adalah seorang penyanyi, pemuzik, pencipta lagu-lagu aliran "Jamaican Reggae". Beliau sangat terkenal di dunia dengan membawa lagu-lagu reggae dan misi utama beliau adalah untuk membantu muzik Jamaica dan pergerakan Rastafari. Antara lagu-lagu yang paling laris di siul-siul kan oleh muda mudi adalah "No Women No Cry", "Buffalo Soldier", "I Shot The Sheriff", , "Could You Be Loved", "Stir It Up", "Jamming", "Redemption Song", "One Love" dan sebuah lagi lagu yang bergandingan dengan "The Wailers" bertajuk "Three Little Birds"

Bob Marley meninggal dunia disebabkan oleh kanser yang terbentuk melalui cara hidup beliau. Walaupun beliau cuba untuk merawatnya selama 8 bulan, namun masih gagal. Ketika kembali dari Jerman ke Jamaica keadaan beliau semakin serius dan terpaksa di singgahkan di Miami dimana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ini antara lagu yang aku amat minati dalam lagu-lagu beliau.


Kredit kepada Wikipedia atas sumber penulisan dan untuk rujukan lanjut klik saja.

Shuffle Milik Dua Orang Ni

Layan kan saja kes boring bro dua orang ni.

Angin Bertiup

Shuuuuuuuuu!!!!!!!! Bunyi angin.

Deras sehingga begoyang badan ku.

Panas sungguh cuaca sekarang ni. Kawan-kawan ku kebanyakannya kecudang pada cuaca begini. Si kurus yang suka menari pun habis terbakar. Aku dan yang lain-lain hanya dapat memerhatikan kejadian itu.

....................................................

Tititititititititititititititititititit.... "Opopopopopopopop!!!"

Kenapa lori ni parking dekat aku pula? Kenapa mamat indon ni panjat aku pula? Berat tahu. Kenapa cabut rambut aku? Sakit tahu.

..................................................

"Ok. Kasi potong semua. Kita kasi tumbang. Tiada guna juga ni."

..................................................

Oh tidak. Hari ni hari terakhir aku hidup.

.................................................

Tumbang la sebuah pokok yang lebih berusia dari si pemotong. Makin panas hari-hari kita. Makin hilang benda hijau di dunia.

Halimah Jongang Dan Fatimah Juling

http://syahrilkadir.wordpress.com/2010/03/01/lepas-halimah-jongang-sambung-pula-fatimah-juling-apa-erti-semua-ini/

http://bluevirgolady.blogspot.com/2010/03/fatimah-juling-vs-halimah-jongang.html

http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg49843.html

Aku secara terbuka dan serius rasa ingin mengatakan bahawa penerbit Halimah Jongang Dan Fatimah Juling tidak memahami tentang psikologi sekeliling. Harap penerbit di beri bimbingan yang sewajarnya.

Adakah penerbit akan membuat drama-drama macam ni sekiranya penerbit sendiri berkeadaan begitu? Kekurangan orang di jadikan sumber rezeki. Sama macam suruh orang kurang upaya meminta sedekah dan hasilnya dirampas oleh orang gila duit.

Dan secara jujurnya aku pernah melihat budak-budak menyanyi lagu tema halimah untuk mempersendakan orang yang lebih tua. Bukankah itu satu ajaran yang entah apa-apa.

Serius aku PANAS HATI...

Kisah

Apa aku kisah????

Ada???

Apa ni...???

Kisah dan tauladan?

Kisah apa yang kau mahu?

Pentingkah kisah itu?

Apa kisah orang itu?

Kisah macam mana?

Waktu

Bila behadapan dengan blog aku ni, mesti aku hilang idea. Padahal waktu kerja, menunggang motosikal, menonton televisyen ( betulkaejaanni), memandu kenderaan, waktu sarapan, waktu makan tengah hari, waktu minum petang, waktu buka kasut, waktu makan malam, waktu mahu tidur, waktu main futsal, waktu melepak, waktu cucuk duit di mesin yang pandai keluarkan duit dengan hanya menekan punat-punat bernombor dan pelbagai waktu lagi idea ada saja yang datang.

Ok. Senang. Aku cerita pasal kerja aku. Kadang-kadang aku sangat benci dengan kerja aku sekarang ni. Yalah, bila aku sibuk bekerja sampai lupa waktu balik, waktu makan tengah hari, waktu minum petang, waktu borak sama kawan-kawan pejabat dan waktu yang berkaitan. Langsung tiada feel kerja. Bikin otak pusing.

Tapi kadang-kadang kerja aku ni sangat menyeronokan bila aku berjumpa dengan pelbagai tingkah laku, perlakuan, tabiat, cerita, personaliti, sahsiah diri, pengalaman, bujang, duda, kawin satu, kawin dua, bawa kereta besar, bawa kereta kecil, rumah besar, rumah kecil, hidup susah, hidup senang, naik bas, menunggang motosikal, rumah jauh dari ofis, rumah dekat dari ofis, suka lelaki, suka wanita, india, cina, melayu, bumiputera sabah, bumiputera sarawak, indonesia, filipina dan pelbagai lagi.

Kesimpulan yang mudah memang hidup ini pelbagai.