Makanan oh Makanan

Makanan. Sebut je aku terus terasa agak lapar. Aku tidak sekuat mana untuk makan, tapi jangan la di ajak makan sudah pasti aku makan walaupun pada ketika itu aku sudah kenyang, walaupun aku agak mengantuk pada ketika itu.

Makanan. Keperluan hidup kita. Tak makan maka tak la kamu bertenaga, berdaya dan sebagainya. Tapi ada makanan yang sesuai untuk kita dan ada jugamakanan yang kurang sesuai untuk kita. Ini boleh ditentukan oleh badan masing-masing. Ada yang tidak boleh memakan secara suka hati dan ada juga sebaliknya.

Segar di ingatan aku adalah sesi mencuba makanan-makanan pelik yang mana dari kecil ku aku tidak pernah lagi merasanya. Sebagai contoh otak-otak, tempoyak, masak lemak tempoyak, ambuyat dan berbagai lagi makanan yang pelik. Tambah lagi sayur-sayuran yang mana ada sesetengah sayuran itu jika di masak akan menjadi merah. Pelik dan pasti aku akan memuntahkan semula makanan itu. Ini adalah kerana aku bukan la pemakan sayuran tegar.

Belum lagi aku borak pasal buah-buahan yang pelik. Ni dah lama aku tinggalkan. Dulu masa aku suka ikut ayah aku memburu banyak sangat buah-buahan pelik aku rasa. Nama pun aku dah lupa. Tapi itu dulu. Sekarang aku dah malas nak masuk hutan. Macam-macam kena jaga. Biasa lah orang tua mesti banyak pantang.

Sambung berkenaan makanan. Lagi satu benda yang amat pelik bagi aku ialah makanan mahal. Korang mesti tahukan. Makanan yang mahal mesti sedap. Mesti lazat. Mesti mengenyangkan. Tapi tidak bagi makanan yang aku makan semalam. Nasi goreng kampung cincai dan mahal nama makanan tu. Rasa macam aku suruh adik aku masak nasi goreng je. Maksud aku adik aku yang kecil. Memang aku rasa jatuh habis bila melihat makanan macam itu. Apa di ingat tukang masak tu aku ni ayam. Nak makan nasi goreng macam tu.

Sigh..............

Secara rasminya aku boikot kedai tu mulai hari ini bersamaan dengan 31 mac 2009.

Sekian Terima kasih kerana baca habis.

P/s: aku bz tapi sempat up satu entri... Curi-curi...

Pagi. Selepas Mencecah umur 24.

Pagi. Memang seronok. Sungguh segar pagi macam ni. Melihat matahari senyum. Melihat langit yang biru bersama awan-awan yang agak ada dan tiada. Sungguh indah.

Pagi dengan matahari senyum amat indah. Adakah itu hanya perasaan seorang manusia yang sudah mencecah umur 24 tahun. Setiap kali menempuhi pagi yang mana mataharinya akan senyum, pasti ada memoir-memoir silam yang indah muncul di mendula oblagataku. Dari zaman aku bangku sekolah rendah dan sekolah menengah hingga ke kolej dan seterusnya. Mengimbasi semua manusia-manusia yang pernah ku kenali dan yang pernah ku temui. Indahnya dunia ku yang kecil ini.

Pagi yang indah, amat la suram bila mana kita terdengar lagu Amelina dangdut yang hanya menyebut perkataan "asyik". Memang jatuh perasaan indah itu.

Argh......!!!!

Selamat Hari Lahir Dato

"Selamat hari jadi dato....!" kata salah seorang kaki bodek sambil tu menyerah kan hamper berisi makanan ringan serta makanan berkhasiat. Memang dasar pembodek.

Lalu aku tesedar bahawa aku bukan lah dato sebenar. Hanya sekadar angan-angan dan cita-cita. Insyallah ada rezeki boleh la aku menjadi dato. Tidak pun kalau aku sudah beharta banyak akan ku beli dato itu dan ku letakan di hadapan nama ku. Siap tambah Y.M. lg.

Sempena aku hari lahir ku yang ke 24 tahun ini aku ingin berterima kasih kepada 'nya' kerana berada di sisi saat ini. Kerana mengisi ruang kosong yang telah lama wujud dalam hidup ini. Terima kasih sangat-sangat.

Syukur juga kepada Allah S.W.T. kerana memberi peluang kepada ku untuk terus bernafas dan melihat dunia ini.

Kepada diri ini aku juga ingin berterima kasih kerana masih lagi bersama ku. Selama 24 tahun masih sama seperti sebelum ini. Masih sama seperti kecil ku.

Kepada ibu ku terima kasih kerana melahiran aku menjaga ku mendidik ku memberikan ku makanan. Walaupun ibu bersusah payah untuk memberikan aku kehidupan. Terima kasih banyak-banyak ibu. Akan ku balas jasa mu semampu mungkin.

Sekian Terima Kasih.

P/S: To pjoe selamat hari lahir kepada mu juga.

Hujan Mengerti Perasaan Ku

Hujan pagi ini. Aku bangun lewat sebab memang sedap kalau tidur ketika hujan. Akibatnya bukan la banjir akan tetapi lambat pergi kerja. Hujan pagi ini seakan mengerti kesedihan dan kerinduan ku kepada keluarga ku. Entah mengapa aku sangat rindu pada mereka.

Semalam aku keluar dengan 'nya' dan kami menikmati hidangan makan malam yang ala kadar bersama-sama. Romantikan??? Ketika menikmati hidangan itu aku pun menanyakan satu soalan serius kepada 'nya' "kalau awak makan kat umah makan di meja bulat ataupun makan duduk bersila dalam bulatan ataupun makan asing-asing?" 'nya' menjawab soalan ku "Orang makan skali ngan keluarga la. Makan atas meja bulat. Semua ada. Kenapa?" jawab 'nya' dengan diikuti satu soalan yang aku rasa tiba-tiba menjadi rumit untuk ku menjawab. "Hm... Bestkan makan macam tu. Orang dah lama tak rasa macam tu. Dah bebelas tahun. Ada pun orang makan ngan keluarga angkat orang. Orang jeles bila tengok keadaan keluarga sebahagia itu. Kenapa tidak keluarga orang macam tu. Hanya beberapa ketika saja orang boleh merasa macam tu. Duduk semeja dengan ayah, ibu, dan adik-beradik."

Hati aku sebak mengingati benda ni. Kenapa dan kenapa. Hujan turun dengan lebat dan terus lebat. Adakah orang yang senasib dengan aku. Dan hatiku menjawab dengan yakin "mesti ada bro".

Hujan turun dengan lebat. Hujan mengerti perasaan ini.


Update untuk menambahkan kesan sila dengar lagu Hujan dari Allahyarham Sudirman.

Saya Semasa Berangan

Aku. Ini zaman aku amat ketagih kepada Bob Marley. Sakit buat rambut macam ni. Serius. Dan sila abaikan nota-nota serta keadaan background.

Rasa-rasa korang kalau aku meminang 'nya' macam ni kena terima tak oleh bakal mertua aku? Harap-harap boleh di terima.

Ahad.... Syahdu di Ahad hari....

Tajuk agak cool aku rasa. Tak tau ngan korang la. Memang aku rasa syahdu walaupun hidup tidak lagi kosong. Lebih syahdu dari keadaan yang syahdu. Mungkin taipan kali ini agak kecewa, namun ianya tetap aku layan sebab aku rasa memang perlu. Memang aku kena lakukan. Demi masa depan.

Dalam kesyahduan ini aku turut memikirkan macam mana aku nak dapat duit lebih? Aku dah kena simpan duit sebab hal-hal yang menyeronokkan akan tiba. Bila? Tak tau bila. Sabar. "Kalau tak sabar kol ayah kau ok....." getus hati ku yang amat selalu menemani aku.

Sedang aku menaip taipan ini aku sedang mencucuhi rokok. Sedap. Lepas makan merokok memang sedap. Walaupun aku dah batuk. Lagi tambah syahdu hari ahad aku. Kenapa aku syahdu di hari ahad ini...???





Sebab aku kena berada si ofis untuk mengemas meja aku yang dah lama berselerak. Memang syahdu.

P/s: Aku pow rokok bos aku. Dia tak datang tapi aku pow juga. Sape suh dia tinggalkan. Hahahhahaha

Pemanasan Global punca aku Susah tidur

Pemanasan global. Aku dengar melalui radio walhal aku memang sudah mengerti apa maksud dia. Sila baca di sini untuk bacaan lanjut. Apa yang aku dengar di radio adalah berkenaan dengan program padam lampu sejam dan di beri tajuk program Earth Hour.

Pelbagai punca kepada pemanasan global ini antaranya ialah bidang aku ni. Bidang pembinaan. Yang mana bidang ini banyak membunuh tumbuh-tumbuhan yang mengitar karbon dioksida kepada oksigen dan seterusnya mengurangkan karbon dioksida di atmosfera yang boleh mengakibatkan pemanasan global. Akan tetapi, pelbagai penyelesaian kepada masalah ini telah di wujudkan dan salah satunya ialah "sustainable construction" yang banyak di amalkan di United Kingdom. Aku susah untuk menerangkan apa fungsinya namun ia adalah salah satu jalan yang paling sesuai untuk mengatasi pemasalahan yang wujud dari bidang aku ini. Untuk info lanjut sila google sendiri.

Pasal Program Earth Hour, aku rasa amat la sesuai kita turuti. Sebab ia adalah satu tanggungjawab kita. Kita adalah Khalifah di dunia ini dan salah satu tugas kita ialah memelihara dunia ini. Selain itu banyak-banyak la kita berdoa agar dunia kita ini dapat di selamatkan. Bukan untuk kita tapi untuk masa depan, untuk anak-anak kita serta cucu cicit kita.

Dunia sudah marah,
Dunia sudah merajuk,
Dunia semakin Benci pada kita,
Dunia kita semakin Nazak,
Kemarahan nya sudah terbukti,
Bila kita merasa kepanasan hati nya,
Hentikan Pemanasan Global.

Fikir-fikirkan la.
Sekian Terima Kasih.


Bacaan Tambahan Mengenai Pemanasan Global

Falling Slowly

I don’t know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can’t react
And games that never amount
To more than they’re meant
Will play themselves out

Take this sinking boat and point it home
We’ve still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You’ve made it now

Falling slowly, eyes that know me
And I can’t go back
Moods that take me and erase me
And I’m painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It’s time that you won

Take this sinking boat and point it home
We’ve still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You’ve made it now

Take this sinking boat and point it home
We’ve still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You’ve made it now
Falling slowly sing your melody
I’ll sing along

Senjak 1st time aku dengar lagu ni aku dah tertarik dengan lirik"nya' serta nyanyian 'nya' serta melodi'nya'.

Hadiah untuk 'nya'.

Catatan Di Pintu Itu

Aku pergi ke site pada pagi ini dan aku ada perbincangan dengan jurutera bertugas disana. Kemudian aku terpandang pada satu pintu. Pintu seperti gambar dibawah:
Di pintu ini tertulis sesuatu yang menarik perhatian aku.

Derita hidup ku,
Berpanjangan tiada sempadan,
Untuk ku berputus asa,
Ku akan terus berusaha.

Memori di Gubuk derita.

Punya la dalam kata-kata ini untuk memberi semangat hidup. Aku syak ni mesti tulisan pekerja indonesia yang pasrah.

Gelap Gelita

Gelap sudah pandangan ku....
Baru semalam aku masih lagi mampu melihat cahaya...
Melihat riak nya muka....
Melihat Gembiranya...
Melihat Warnanya...

Gelap Sudah pandangan ku...
Hanya bunyi yang ku dengar...
Suara kamu...
Batuk kamu...
Gelak kamu...
Ccerita kamu...

Gelap sudah Pandangan ku...
Namun hatiku masih bisa melihat kamu...
Hatiku masih bisa membayangkan kamu...
Hatiku masih bisa mengingati kamu...

Gelap sudah pandangan ku...
Entah bila bisa melihat lagi...
Entah bisa ku menulis lagi...
Entah bisa aku berkawan dengan kamu lagi...

Gelap Gelita Dunia ku...


17 March 2009, 1251
Dato Paduka Masri

Wanita Itu

Sedang aku berlalu....
Terpandang seorang wanita sedang menyapu.....
Aku perhatikan sapuannya....
Aku perhatikan riak wajahnya....
Di matanya tercoret sesuatu....
Sesuatu yang ingin di luahkan....

Di matanya ada sesuatu...
Sesuatu yang pernah aku saksikan...
Sesuatu yang selalu aku lihat....
Sesuatu yang amat aku kenali....

Mata itu hampir serupa....
Mata itu menyaksikan kehidupan yang perit...
Mata itu yang sentiasa mengalirkan air di celahnya...

Mata itu sangat serupa dengan mata ibu...
Mata Ibu melihat aku membesar....
Mata Ibu menanggung kesedihan itu...

Ibu aku rindukan mu...
Nantikan anak mu pulang....
Menjaga mu....
Selamanya.....
Membayar semula semua payah mu....
Melunaskan tugas ku kepada mu....

Aku terus belalu...
Dengan kerinduaan pada ibu....

Sigh......

16 March 2009, 2030,
Dato Paduka Masri

Bunga Angkasa

Nasib la aku bukan remaja masa zaman lagu ni. Tengok saja pada pakaian hero dan heroin video klip ni.. Agak drastik bagi aku untuk mengenakan nya...

Tambahan pula dengan gaya nyanyian yang agak keras itu...

Hakikat

MU.... Loser...... Termasuk Rooney... Sape suh ko hina Liverpool...

Liverpool memang superb!!!!!!

4 - 1 Menang keatas MU.... Harapkan orang-orang vateran la konon....

Aku puas Hati....

Terima lah hakikat itu....

Antara khayalan Dan Nyata


Mari mencari gambar hantu. Sempena malam jumaat. Aku telah meng-google-kan gambar-gambar hantu. Antaranya ialah gambar dia atas. Antara Nyata dan Khayalan.

Tengahari yang amat Cerekarama

Tarikh: 11 Mac 2009

Waktu: 1400
Lokasi: Bank Hong Leong, Bdr Bukit Tinggi 1.
Tujuan: Tunaikan cek.

Dekat kaunter. Aku serahkan cek kemudian aku serahkan kad pengenalan aku. Dia suruh aku tanda tangan di bahagian belakang cek. Kemudian dia besuara lagi.

"You ni Muslim ke?" aku dengan selamba jawab " Ye." Malas nak mejawab panjang-panjang. Dia sambung lagi "Ye ke? Napa ada nama ni kat belakang?" aku jawab lagi " oh.. that's my father name" Kenapa pula dia ni. Banyak tanya pula.

" So your father cristian la...?" tanyanya lagi. " Eh... Bukan la... Muslim.. He converted when marrying with my mother" Jawab ku. Dengan panjang lebar. "owh so your father bangsa apa? Sabah ke Sarawak?" Tanyanya lagi yang mana membuatkan aku membalas lagi " My father bangsa Dusun and my mother malay. Saya asal Sabah."

"O..... Your mother asal sini la...??" Tanyanya sambil mengirakan wang di tangannya. Aku memerhatikan wang itu dan menjawab "Bukan la. Memang asal sabah mak saya tu".

Selesai sahaja wang di serahkan aku pun meninggalkan kaunter dengan penuh tanda tanya. Kenapa????

Waktu: 1430
Lokasi: Pejabat WCT Land Sdn. Bhd.
Tujuan: Ambil dokumen yang salah di serahkan. Bukan aku serahkan salah tapi kawan sepejabat aku.

Belum sampai lagi di pintu masuk aku terpandang wanita berkaca mata dan bebaju warna merah jambu. (sila baca entri sebelum ini di sini). Ya. Jumaat baru-baru ni dia tidak datang mesyuarat. Tidak sangka dapat bersua dengannya lagi. Aku tenung dia. Dia tunduk dan berlalu sebelah ku sahaja. Aku masuk pintu dan memberikan senyuman pada receiptionist yang mekap tebal dan meluru ke lif.

Tiba di lif aku bersua dengannya lagi. Wah.... Kami berkongsi lif. Dengan nada yang malu-malu dia berkata "Tingkat 2 ke?" Macam mana dia tahu ni. "ye". Jawab ku ringkas. Sepanjang dalam lif kami diam. Dem. Kenapa lidah ku kelu.

Kenapa????

Waktu: 1445
Lokasi: Tapakbina di Bandar parklands.
Tujuan: Ambil gambar untuk laporan.

Aku tiba di sambut meriah oleh indonesia pekerja aku. Aku pandang dorang. Kenapa ni?

"Bos... Mau claim ka?" Tanya salah seorang dari mereka. "iya udah nanti saja ya tunggu 20hb itu macam.."

Aku menjawab "mau duit awal esok saya datang lagi ok". Dan mereka membalas "ngak usah bos nanti aja. Belum cukup lagi." Aku pun tinggalkan dorang sebab aku kena ambil gambar.

Sedang-sedang aku singgah dekat mekanik syarikat aku bekerja ada satu lori sedang parking. Pemandu entah mana. Pekerja aku cakap ada dalam. Tidur. OK hati aku memang panas kalau nampak macam ni. Aku tengok pintu dia tebuka. Secara sengaja aku sepak pintu lori itu dan dia tekejut.

"Banyak senang ah... Boleh tidur-tidur..... Lu punya kawan sana kerja lu tidur sini... takde kerja ke???" Aku sergah dia. Dengan tersipu-sipu dia terus jalan tolong kawan dia. Pekerja-pekerja aku tengok sambil senyum.

Dalam perjalanan menuju ke kenderaan aku. Aku terserempak dengan bos aku. Borak dengannya. Tengok kat sebelah ada Kentucky Fried Chicks. "Wow... Bagi aku la bos..." desus hati kecil ini. Perbualan selesai dia pun meninggalkan aku. Aku sempat berborak dengan pekerja aku pasal pasportnya yang hampir tamat.

Aku teruskan perjalanan menuju kereta. Aku nampak seorang jurutera yang amat anti aku. Dan semestinya aku sangat tidak suka akannya. Sebab perangai. Perangai dia yang selalu minta di sogok dengan itu ini. Dia makan K.F.C. "Ceh....!!! Babi ni punya rupanya. Makan lah benda tu. Biar botak kepala ko babi" kritik hati ku.

Kenapa ada manusia yang sanggup menindas orang macam ni? Kenapa jurutera itu begitu?

Kenapa????????

Pictures Of You

I've been looking so long at these pictures of you
That I almost believe that they're real
I've been living so long with my pictures of you
That I almost believe that the pictures are
All I can feel

Remembering
You standing quiet in the rain
As I ran to your heart to be near
And we kissed as the sky fell in
Holding you close
How I always held close in your fear
Remembering
You running soft through the night
You were bigger and brighter and whiter than snow
And screamed at the make-believe
Screamed at the sky
And you finally found all your courage
To let it all go

Remembering
You fallen into my arms
Crying for the death of your heart
You were stone white
So delicate
Lost in the cold
You were always so lost in the dark
Remembering
You how you used to be
Slow drowned
You were angels
So much more than everything
Hold for the last time then slip away quietly
Open my eyes
But I never see anything

If only I'd thought of the right words
I could have held on to your heart
If only I'd thought of the right words
I wouldn't be breaking apart
All my pictures of you

Looking so long at these pictures of you
But I never hold on to your heart
Looking so long for the words to be true
But always just breaking apart
My pictures of you

There was nothing in the world
That I ever wanted more
Than to feel you deep in my heart
There was nothing in the world
That I ever wanted more
Than to never feel the breaking apart
All my pictures of you

Laporan: Versi Ayat-ayat Puas Hati


Ok. Aku puas hati dan bersyukur sebab selesai sudah aktiviti itu. Aku rasa sangat senang hati. Tapi ada gak pekara yang buat terusik hati ini. Ah... Sensitif sangat aku ni kot sejak bila plak aku sensitif sangat ni. Saiko....


1) Aku dah sampaikan amanah orang kat budak-budak tu dan mereka menerimanya.

2) Aku dah bejaya jalankan aktiviti ini dan Insyallah akan di buat lagi.(sila beri sokongan)

3) Aku terusik hati memerhatikan budak-budak tu makan atas talam dan makanan dorang masa tu ialah nasi goreng kosong yang ade hanya sayur campur. Aku hanya memerhatikan nya. Tersentak juga aku melihat keadaan itu. Aku duk asrama dulu pun tak la sampai makan macam tu.

4) Ada penderma dari kalangan orang yang bukan pelopor blog datang untuk memberikan bantuan dan dia cakap dia baca kat intenet pasal rumah anak yatim ni. Agak-agak korang die baca blog sape eyh..???

5) Ada bayi yang tinggal kat sana mempunyai alahan pada susu biasa dan pada masa kedatangan kami itu susu khas untuk bayi tesebut sudah habis dan kebetulan pula pihak pengurusan sudah kekurangan wang ringgit untuk membeli susu tersebut. Lalu kami pun membelikan susu tersebut melalui wang ringgit yang telah anda dermakan. Kesan alahan pada bayi itu sangat la teruk. Sampai bedarah hidung bayi tu dan juga kulit bayi tu jadi merah-merah. Mesti gatal sebab aku pun kalau dah terkena alahan mesti jadi macam tu. Kesian kat bayi tu.

6) Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang tidak kira yang menyumbangkan wang ringgit atau barangan dan juga tenaga. Tidak dilupakan juga kepada mereka-mereka yang memberikan sokongan moral secara langsung dan tidak langsung. Dan dari pihak pengurusan Asrama penyayang Nur Iman serta penghuninya ingin merakamkan ribuan terima kasih yang amat tidak terhingga atas bantuan anda semua.

Aku nak taip banyak. Tapi aku dah hilang idea. So aku buat macam ni je la. Untuk bacaan lanjut dan gambar-gambar lain sila tengok kat sini dan sini.

Kat bawah ni aku letak gambar-gambar masa kejadian.

Ni adalah asrama perempuan.

Ni adalah nagamerah. Aku cari blog die tapi tak jumpa. Haih... Losernye aku....

Ni bibik-bibik jantina lelaki.



Ni budak-budak tu tengah makan.

Ni baby yang tak nak ngan pelopor blog lain. Tapi tidak dengan aku.

Aku tak pasti. Samada die ni bekerja atau posing je. Hehehehehehe.


Ni ruang memasak. Pun kami tolong kemaskan. Siap cuci lantai dan cuci pinggan.

Baby yang sedang tido. So cute.....

Tengok bibik ni betugas. Sangat rajin bebual dengan budak-budak kat sana.

Kan aku dah cakap bibik ni sangat rajin. Buktinya tengok kuda-kudanya.

Ni tengah repair jemuran kat asrama perempuan. Rajin kan dorang bedua ni.

Masih lagi di asrama perempuan. Budak-budak ni jemur kain plak.

Ni baby yang tak nak ngan pelopor blog yang lain. Aku je yang dapat dukung die. Hahahahaha. Lagi aku senang hati. Atas tu barang-barang yang kami beli dan ada gak orang awam datang bagi.

Ni saat-saat dah nak balik. Masing-masing dah penat.

Yang ni kami dah dalam perjalanan balik. Atas tu adalah balance duit sumbangan. So kami bagi je kat pihak pengurusan rumah tu tuk beli susu khas bayi yang alergi tu.

Sekian terima kasih.

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS EDISI KHAS

Edisi Khas Di awal pagi seawal pukul 5 pagi tu. Loser aku rasa apabila tebangun awal macam ni. Edisi khas di pagi jumaat ini pagi yang mulia pagi yang mana para isteri banyak kena tukar cadar dan si suami tersenyum lebar sambil sarapan bak kata MR.BLIND.

Lokasi: Zubaidah Nasi Kandar, Danau Kota (Sebelah Tapak Uptown Danau Kota)
Masa Berkumpul: 9 pagi
Acara dijangka bermula: 10 pagi


Ada masalah sila hubungi aku jangan malu jangan segan. Malu bertanya sesat jalan. Tepuk dada tanya selera. Sekian terima kasih.

Update: Aku letak peta lokasi kat sini. Sila rujuk peta di bawah untuk lokasi perjumpaan dan lokasi rumah anak yatim yang ingin di tuju.


View Larger Map

Projek Bloggers Tempat Bersua Muka

Aku nak tanya kepada kamu kamu kamu dan kamu...

Adakah kamu tahu di mana letak nya uptown danau kota????

Jika kamu tau di sana la kita akan bersua muka... Di restoran Zubaidah nasi kandar.....

ok....

map nanti aku lukis pakai tangan...

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS Part 2: Update - Lokasi

Sila Baca disini.

Tempat berkumpul akan di update dalam masa terdekat ni.

Aturcara majlis ialah gotong royong dan penyerahan bantuan untuk anak-anak di sana. Jadi, aku sarankan kamu kamu dan kamu bawa peralatan untuk bergotong royong seperti sabit dan parang.

Sekian Terima Kasih.

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS Part 2: Update

Lama aku tidak menaip pasal projek ni. Mesti orang dah telupa. Harap-harap ko masih lagi ingat. Semalam Aku dan Razor pergi ke rumah anak yatim tu semula untuk membincangkan kali terakhir berkenaan perihal projek anak yatim ni. Namun ustazah demam. Yang ada hanya adik beliau Kak Sharifah.

Aku dan razor bebincang aktiviti yang akan di laksanakan di sana. Selain daripada gotong royong, apalagi yang harus di laksanakan di sana. Sambil tu aku merakamkan beberapa gambar untuk kamu kamu perhatikan sambil berfikir.




Inilah keadaan di asrama lelaki. Agak daifkan. Tanpa apa-apa bantuan dari pihak tertentu. Yang ingin memberi bantuan pulak nak cari keuntungan. Cerita yang di ceritakan oleh Kak Sharifah.

Sekarang aku bingung. Dengan duit yang telah didernakan sebanyak RM 500 dari beberapa pelopor blog. Apa nak di lakukan dengan wang sebanyak tu. Aku takut hendak menyerahkan bulat-bulat kepada orang-orang di asrama tu. Sebab aku rasa yg patut dapat duit tu ialah anak-anak yatim piatu. Aku merancang untuk membuat makan-makan. Tapi bajet tidak mengizinkan. Aku tidak boleh berfikir.

Jadi kepada para pelopor blog, aku perlukan bantuan kalian. Kami perlukan bantuan kalian.

Tepuk dada Tanya Selera.