aduh.....

lama nye nak kul 5... aku dah tak sabar nak balik ni... kasut adik belum beli... zakat blom bayar... macam mana ni... hati dah kat kg.... len kali aku nak blik awal skit la macam ni... huhuhuhu... balik kampung la....

selamat hari raya


Get Hari Raya Graphics Here

Penghayatan versi ramadhan episod 2-phantom manace

Entah kenapa aku perlu mempost entri yang betajuk macam ni. Mungkin sebab aku perlu untuk mengingatkan sahabat-sahabat serta insan-insan yang membaca blog mahu pun melintas seketika sambil jeling-jeling kat entri aku yang aku rasa macam banyak yang merepek.(aoleh aku akui kata-kata mu dahulu).

Puasa di bulan ramadhan kali ini membuatkan aku banyak besabar. Hidup sendirian tanpa sahabat seagama membuatkan aku berdikari lebih untuk bersahur. Walaupun tepaksa pegi kedai makan dan makan makanan yang dah sejuk dan makanan tesebut jarang sekali aku makan ketika bulan lain. I mean bulan yang tak puasa la. Pekara ini membuatkan hati ku sentiasa berbisik "sabar mat, dah takdir macam tu...". Betul kata hati aku. Dah takdir.

Dan dah takdir juga la aku kehilangan moto suria baja hitam aku yang membawa aku kesana kemari di bulan yang mulia ini. "Sabar je la mat" sekali lagi hati berbisik. Memang aku patut bersabar. Besabar akan keadaan ini.

Puasa kali ini juga aku telah menderita sakit tekak. Sampai bedarah kahar aku. Doktor kata kat aku tekak aku luka. Tengah-tengah malam confirm aku tak dapat tido selena mungkin. Mesti nyanyian tekak aku berkumandang di tengah keheningan malam sehingga aku tidak lagi mampu menahan nya. Lalu ku bawa ke klinik 24hours yang cekik darah. "Huh.... mahal nye...."

Sekarang, sesudah aku sembuh dari sengsara batuk, ada lagi ujian buat ku. Yang mana pekara ini juga membuatkan banyak bersabar. Dugaan ini buat aku pening di waktu siang. Tak dapat tido malam. Entah kenapa jadi macam ni lagi. Nak saje aku minum ubat batuk di sisi aku untuk membuatkan aku lena. "argh... nape ni..?". dah la tak dapat tido. Tambah lagi dengan global warming. Panas aku dalam bilik tu. Bepeluh-peluh aku.

Sampai saat ini aku mulai faham dengan apa yang terjadi. Ini semua ujian bagi menguji tahap kesabaran seorang jejaka sepeti aku. Besabar dengan semua ini. Mesti ada hikmah di sebalik kesabaran ini. Hmm....... Selamat hari raya...

P/S: i mis my family. my hometown. etc. soo.... bad....

Penyucian versi VT

aku dengar lagu ni.. macam banyak je maksud die.. aku telitikan... wow... sesuai untuk di post sebagai entri untuk penyucian diri... hehehe... ye lah kan.. kita kan dalam bulan ramadhan.. jd aku rasa sesuai la untuk kita renung-renungan.

Aku taip blog dr enset aku

Wow.. Rsa hbt ble aku dpt post entri kali ini mlalui enset.. Hehe.. Bru la.. Skrg aku kt kl sentral nk pg rmh en hfizuan.. Die nk pg uk.. Hehe.. Ada 2 org awek dpn aku ni.. Hehe.. Awek mda.. Hehe.. Blsn thn.. Wow..
P/s: kt tgk apa kta bil aku bln dpn..
P/s: awek 2 org ni bdk ukm.. Ptt la aku truje sgt ngan drg ni.. Wow..

Malam yang Perit

Nyesal aku pandai hisap rokok. Nyesal sangat-sangat. Semalaman aku tido sambil menyanyikan lagu tekak(batuk tanpa kahak). Perit sangat. Habis posisi yang paling best tido aku buat. Masih gak tak dapat nak tido.

Dengan tekad yang tingg, aku pun drive pegi klinik. Pusing-pusing Bandar Bukit Tinggi ni langsung aku tak jumpe klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Jam di dalam keta dah tunjukan kul 1.20 pagi. Aduh*keluh ku dalam batuk.

Akhirnya aku jumpa klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam. Hati ku melonjak kegembiraan. Terpancar senyum di bibir ku yang seksi. Lalu ku parkingkan keta ku ngam-ngam depan pintu masuk die. Aku terus register kat receiption.

Hm.... Nama ku di panggil. Aku datang dan telah di tanya beberapa soalan mengenai masalah yang aku alami. Macam biasa, aku akan buat muka serius sambil becerita masalah aku. Doktor cakap tekak aku dah luke. So kalau tak elok dalam masa 3 hari, doktor akan rujuk aku kepada pakar paru-paru.

Aku diam je la kan. Then pegi semula kat receiption untuk bayar. " Semua 79 ringgit" kata cik adik yang comel itu. Aku seluk duit dalam kocek aku cuma ada 40 ringgit je. Yang lain dalam bank la kan. Aku ingat ada maybank kat hujung tadi. So, ngan muke slambe cakap kat cik adik tu" kejap eyh i pegi bank dulu". Aku pun jalan la pegi bank. Aku masuk dalam bank dan terus usha atm machine. Bangsat nya maybank ni. Out of service plak. Ni aku nak amuk satu stesen minyak caltex ni.

Then aku pegi balik kat klinik tu. Tanye kat guard kat sana mana ada bank area-area tu. Dorang pun memandai la cakap bank tak buka pulak. Then aku guna kan alternatif pinjaman segera. Aku kol kawan aku yang tengah lena di ulit intan. Pinjam die 50 ringgit.

.................................................


aduh... what happen to me.. knpa aku sakit mcm ni... kenapa aku patut terima semua ini... mungkin ini ada lah satu ujian kepada ku... aku patut terima semua nya...

menu sahur 9 ramadhan

mimpi-mimpi indah sekali...

menu berbuke 8 ramadhan

semua ni aku beli kat bazaar ramadhan taman andalas... hehehhe...

  1. paling utama mee goreng - saje nak tukar-tukar selera bebuke. harga RM 2.
  2. Murtabak daging - menu ni aku tepengaruh dari blog hilang punca. die ckp mmg layan bile time buke nanti. so aku pun layan la. nak bebaris tu aku malas. pakcik tu siap silap bagi plak. sape yang datang lambat die bagi dulu. sedangkan aku yang berdiri teguh di hadapan die belum pulak dapat. harga RM 2
  3. kurma - aku kalau bebuke mesti kena kurma. kalau boleh nak yusuf taioob. tapi aku jenis yang tahan nafsu. jd aku tahan la.(padahal takut xcukup nak beli menu lain)harga RM5.50
  4. karipap - pergh ni lagi layan kalau kena time bebuke. memang kalah murtabak. ranking no satu dalam list nafsu makan aku. harga RM 2 - 6 biji.
  5. air soya - ni kena sebungkus besar sorang sambil hisap rokok terus tak leh nak bangun. harga RM 2
itu la menu aku. tapi masa bebuke aku dapat menu tambahan. sebab member aku pegi borong bazar ramadhan. hehehe..

Moto suria baja hitam model H - EX5


ni la moto suria baja hitam aku.. ok kan... hm... tapi malang nye dah kena curi semalam (jumaat 5 september 08). sedih aku... moto ni la yang bawa aku kemana-mana.. moto ni yang lari laju-laju menuju destinasi kami... maafkan aku moto... tak pe... biar orang yang curi moto ni di timpa bencana.. serius.. aku sakit hati..

hari2 ku berada di ofis 6

5 ramadan
dah masuk 5 hari aku puasa. Alhamdulillah... Dapat juga aku puasa walaupun aku sebenarnya demam.. hehehe.. kira ok la kan... dah masuk 5 hari juga aku ulang alik dari kepong ke klang.. wah... hehehe...
seram sejuk badan aku kat ofis ni... tadi aku try tutup aircond tu.. tapi ada orang menjeling aku... wow... terus aku main-main remote aircond tu macam main kapal terbang kertas.. hehehe... sejuk... tolong la aku...
jam pun lambat nak pukul 5... cepat la...
huhuhuhu....

Puasa oh puasa

Mata semakin berat menghadap komputer ofis ku ini. Namun aku gagahi jua untuk menaip satu per satu ayat yang aku nak taip. Hingus cair mengalir d celah-celah hidung ku. Memang agak mencabar aku punya kesabaran buat masa ini. Kalau boleh aku nak balik rumah sekarang juga dan terus tido.

Pagi tadi selesai menunaikan solat aku terus beredar dari kepong menuju ke klang. Di mana rumah ku rumah company berada. Aku pecut moto suria baja hitam aku sampai dalam banyak kali kelip mata( mata kena angin beb tak tahan nak sekelip mata). Sampai je kat klang aku pun teringat sesuatu. "Adoi.........!!!! kena lepak kat depan rumah la aku ni.... kunci rumah plak aku tgal kat kepong..."

P/S: selamat berpuasa kepada semua pembaca...