Penghayatan versi ramadhan episod 2-phantom manace

Entah kenapa aku perlu mempost entri yang betajuk macam ni. Mungkin sebab aku perlu untuk mengingatkan sahabat-sahabat serta insan-insan yang membaca blog mahu pun melintas seketika sambil jeling-jeling kat entri aku yang aku rasa macam banyak yang merepek.(aoleh aku akui kata-kata mu dahulu).

Puasa di bulan ramadhan kali ini membuatkan aku banyak besabar. Hidup sendirian tanpa sahabat seagama membuatkan aku berdikari lebih untuk bersahur. Walaupun tepaksa pegi kedai makan dan makan makanan yang dah sejuk dan makanan tesebut jarang sekali aku makan ketika bulan lain. I mean bulan yang tak puasa la. Pekara ini membuatkan hati ku sentiasa berbisik "sabar mat, dah takdir macam tu...". Betul kata hati aku. Dah takdir.

Dan dah takdir juga la aku kehilangan moto suria baja hitam aku yang membawa aku kesana kemari di bulan yang mulia ini. "Sabar je la mat" sekali lagi hati berbisik. Memang aku patut bersabar. Besabar akan keadaan ini.

Puasa kali ini juga aku telah menderita sakit tekak. Sampai bedarah kahar aku. Doktor kata kat aku tekak aku luka. Tengah-tengah malam confirm aku tak dapat tido selena mungkin. Mesti nyanyian tekak aku berkumandang di tengah keheningan malam sehingga aku tidak lagi mampu menahan nya. Lalu ku bawa ke klinik 24hours yang cekik darah. "Huh.... mahal nye...."

Sekarang, sesudah aku sembuh dari sengsara batuk, ada lagi ujian buat ku. Yang mana pekara ini juga membuatkan banyak bersabar. Dugaan ini buat aku pening di waktu siang. Tak dapat tido malam. Entah kenapa jadi macam ni lagi. Nak saje aku minum ubat batuk di sisi aku untuk membuatkan aku lena. "argh... nape ni..?". dah la tak dapat tido. Tambah lagi dengan global warming. Panas aku dalam bilik tu. Bepeluh-peluh aku.

Sampai saat ini aku mulai faham dengan apa yang terjadi. Ini semua ujian bagi menguji tahap kesabaran seorang jejaka sepeti aku. Besabar dengan semua ini. Mesti ada hikmah di sebalik kesabaran ini. Hmm....... Selamat hari raya...

P/S: i mis my family. my hometown. etc. soo.... bad....

No comments: