Akhirnya

Kembali kesana tanpa akan ada lagi iklan yang sangat berkesan pada hari-hari perayaan. Tiada lagi cerita-cerita seronok yang penuh dengan kontrovesi.


Al-fatihah kepada Yasmin Ahmad.

Kawan aku kata

"Bos suka hati la bagi you jawatan. Apa itu? Nama saja. Bagi you jawatan assistant manager. Tapi masih juga you buat keje cikai."

Begitulah kata-kata kawan aku yang mana hanya dapat cuti 2 setengah hari selepas isteri dia besalin. Kalau aku yang kena macam tu, esok pagi-pagi aku hantar notis.

Apa pendapat anda.

Tarikh Tutup

Perindustrian Blogger Bersatu telah mengumumkan bahawasanya tarikh tutup untuk mendaftarkan diri dalam aktiviti suai kenal yang tempatnya telah pun di setujui adalah pada 3 ramadhan 1200 tengah hari. Oleh dengan itu, kepada sesiapa yang ingin menyertai sila buat pertanyaan dan pendaftaran kepada mereka yang berkenaan (aku la tu).

Ini dilakukan atas sebab ingin menempah tempat tidur dan mengetahui jumlah orang yang ingin menyertai aktiviti ini.

Kerjasama anda amatlah di hargai. Sekian, Terima kasih.

Baru True...

Dengar lagu indonesia sambil hisap rokok gudang garam. Baru pekerja kontrak sejati.

Sekali Sekala Jadi Skema Seronok Juga

Entah kenapa aku senjak dua menjak ni menjadi skema sikit. Nak ke ofis pun kena masukkan baju dalam seluar. Rambut sikat tepi. Kalau pegi site pun sama. Kalau nak pakai gagak hitam biar panas enjin dulu. Baru boleh jalan.

Masuk simpang kena bagi lampu isyarat ke kiri atau kanan walhal di belakang ku bukan ada kenderaan langsung. Kalau di highway kena bawa keta atau skuter ikut had laju. Kalau nak potong ikut lorong sebelah kanan. Setiap kali berhenti di tol ucapkan terima kasih.

Dan aku lakukan semua ini dengan rasa gembira. Entah kenapa.

Lalu aku merasakan ianya sangat hebat. Suatu perasaan yang sangat sukar di lafazkan.

Adakah aku skema???

Gagak Hitam

Aku ada sebuah gagak hitam. Satu badan hitam dan sesuai aku namakannya sebagai gagak hitam. Aku amat suka menaikinya. Tapi semenjak aku di berikan kereta aku selalu melupakan gagak hitamku. Sampai kadang-kadang gagak hitamku merajuk tak nak start. Kena la aku salu bawa jalan-jalan.

Aku sangat suka dengan gagak hitam. Tapi 'nya' aku tak suka aku bawa gagak hitam sebab macam aku tak pandai nak bawa. Buktinya apabila gagak hitam aku dah secara rasmi melanggar orang sampai tepusing. Sape suruh lintas jalan tak tengok kiri kanan. Huh!!!!

Perindustrian Blogger Bersatu (PBB)

Aku mengikuti satu kumpulan blogger di facebook yang di beri nama Perindustrian Blogger Bersatu. Ramai juga ahli-ahli perindustrian dalam tu. Ada aktiviti nak buat lepas raya nanti. Tapi sape-sape yang dah konpom nak pegi pun aku tak pasti. Sebab sehingga hari ini aku masih lagi menunggu ahli-ahli dan bukan ahli yang nak join melepak. Dengar-dengar nak lepak kat Port Dickson.

Jadi, siapa-siapa yang rasa ingin pegi sila inform aku secepat mungkin sebab perisiden nak kira-kira bajet.

Sila tinggalkan kesan anda agar aku bisa mengunjungi anda semula.

Kerjasama anda semua amat lah di hargai. Sekian terima kasih.

Hina Sangatkah Si miskin


Baru aku sedar bahawa duit itu sudah menjadi raja. Kekayaan itu adalah hidup. Miskin memang hina. Aku sepatutnya tidak menjadikan duit itu raja. Kekayaan itu hidup dan kemiskinan adalah hina. Namun dalam dunia serba-serbi ini duit dan kekayaan itu adalah segalanya. Duit dan kekayaan itu adalah kehidupan yang menguasai diri.

Aku juga sedar bahawa aku adalah seorang yang miskin. Miskin dari segi segala-galanya. Namun aku tidak sanggup untuk menjadi hina. Tapi hakikatnya miskin memang hina dan di pandang keji. Apa salah si miskin? Sebab tidak mempunyai duit yang banyak lalu di hina. Adakah si miskin ini bukan manusia yang mempunyai hati dan perasaan?

Mungkin aku patut menerima keadaan ini. Aku cuba untuk mengubah nasib ku. Namun aku bukan tuhan yang menentukan segalanya. Aku juga bukan seorang yang kaya. Sebab itu aku masih lagi bekerja. Sabtu pun aku bekerja sepanjang hari. Adakah ini hina? Hinakah pekerjaan ku yang mana aku terpaksa bergaul dengan orang dari seberang? Adakah bejemur yang mana membuatkan aku menjadi gelap adalah hina? Adakah berjauhan dengan insan yang aku cinta dan sayangi itu tidak bertanggungjawab dan membuatkan aku menjadi hina?

Semuanya menjadi persoalan hidup yang berputar di minda si kerdil yang miskin dan dikatakan hina ini. Setiap persoalan ini masih lagi belum terjawab dalam hidup ku ini. Adakah aku mampu mengubah hidup ku ini. Sedangkan sudah beberapa tahun aku hidup namun hina itu masih di sana. Aku langsung tidak di pandang sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab malah aku selalu di perlekehkan. Aku masih cuba mengubahnya. Aku sedar. Ya, aku sedar.

Hanya pada Mu aku beserah dan kepada Mu juga aku memohon.

Kenapa Link Kau Tukar

Aku saja tukar link sebab kadang-kadang aku heran. Aku heran aku tulis kat header aku catatanseorangkontraktor, tapi......(sila baca dengan panjang bagi menyedapkan bunyi tapi itu) bawah header aku tu aku letak "seorangpekerjayangbekerjabersamakontraktor" lebih kurang la bunyi macam tu. Lagi pelik bila nama pena aku di letakan dengan nama dato' paduka. Hairankan ada ke dato keje ngan kontraktor lagi. Dato yang menjual lesen kontraktornya adalah. Ali baba katakan. Nak cepat kaya. "Sape yang tak nak duit. Tak nak kaya...?" begitu lah bunyi dialog mustapha kamal dalam cerita drama melayu tv2 semalam (jumaat) aku tengok.

Adakah kamu faham apa yang aku maksudkan dengan soalan kenapa aku tukar link. Korang faham kan. Kalau tidak faham biar aku terangkan lagi. Sebabnya aku rasa nama tu tak sesuai ngan aku. Mungkin suatu hari nanti baru aku sesuai pakai nama tu. Tapi bukan setakat nama tu la. Aku nak ada tan sri ke. Gila pangkat tak aku. Kan......??

Melaka. Ya sekarang aku dah bekerja di Melaka. Dua minggu baru aku balik semula ke Klang. Ada kerja ingin di selesaikan di sana. Kerja ofis. Becerita tentang kerja aku di site. Site aku kerja sebagai surveyor. Buat "peg". Jalan sana jalan sini. Cari orang tu sign sana. Sign sini. Sampai 'nya' aku pun aku dah tak telayan. Maaf je la yang dapat aku katakan. Sebab aku dah banyak tanggungjawab bila aku keje site. Maklum la anak sulung.


Siaran Langsung Dari Restoran Nasi Kandar Pinang Besar, Taman Bachang Melaka.

Aku sekarang besiaran langsung dari Restoran Pinang Besar Melaka. Punya la kedekut elektrik owner restoran ni. Aku charge betri laptop pun nak bekira. Nampak sangat kedekutnye tu. Bekira. Nanti dekat kubur kena kira baru tau.

Sape-sape nak lawat aku di Melaka sila la roger-roger aku. Aku esok cuti dan akan meronda sekitar melaka. Sekian terima kasih.

p/s: dah 3 kali aku nak nengok Transfomer langsung xde tiket.