Berjumpa Doktor Gigi Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Abaikan tajuk yang agak-agak rabut belah tepi. Tapi rambut belah tepi ok apa. Hensem.

28hb 12 2011. Ni tarikh yang aku agak aku memang takkan ingat. Tapi akan tercatat dalam fail pertama untuk rawatan gigi aku. Gigi aku sakit? Tak langsung. Cuma gigi aku sekarang macam makin menipis dan belobang sana sini.

Kenapa pergi ke klinik kerajaan? Klinik swasta aku kurang mampu. Nanti silap-silap kena bayar 2 3 ribu. Mana nak cari duit. Jawab.

Aku datang lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi dan mendaftarkan diri. Mendaftarkan diri kenalah tunggu dalam 10 - 15 minit. Dengan sabar. Sambil-sambil tinguk gelagat orang. Selesai mendaftar kena naik tingkat 1 dan tunggu untuk rawatan. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Tiba-tiba aku rasa kurang selesa dengan keadaan aku. Tekanan darah tiba-tiba tinggi. Aku buat kesimpulan aku lapar mungkin.

Bila nombor aku dipanggil aku sempat melihat seorang wanita yang dicabut giginya. Aku jadi tidak keruan lagi apabila di panggil masuk dan suruh duduk ala-ala baring di kerusi rawatan. Menjadi parah apabila aku kena tunggu doktor tu habis menulis. Semakin lama semakin nervous jadinya aku. Bila doktor tanya aku mau buat apa aku jawab dengan nada yang tersekat-sekat aku mau tampal gigi yang berlobang.

Doktor memulakan pemeriksaan dengan teliti. Berhati-hati. Selesai pemeriksaan doktor cakap dengan aku "ada 8 gigi mau kena tampal dan 1 tidak dapat sudah tampal. Besar tul dia punya lubang. Cabut saja ni."

aku menjawab "Cabut? Bila? Sekarang? errrrrrrrrrrrrrr...." Bunyi nervous. "Dari kau saja bah. Kenapa? ko ada penyakit ka?" Tanya doktor tu.

"ish... ndalah... Teda penyakit.. cuma nervous bah." Doktor tu tersenyum. Aku fikir. Memang aku dari kecil tidak suka dan benci dengan doktor gigi. Lebih-lebih lagi jarum suntikan untuk membiuskan gusi.

Dan efek sampai aku meningkat dewasa. Selepas sekolah rendah beberapa tahun dulu aku tidak pernah lagi ke klinik gigi hingga ke tarikh 28hb 12 2011.

PS: Selesai saja pemeriksaan gigi aku di berikan tarih temu janji yang seterusnya. Iaitu Julai 2012. Hebatkan. Dan aku belum cabut gigi aku. Kehkehkeh.

Seminggu

Seminggu ni aku makan gaji buta. Ya, aku mengaku. Hampir seminggu ni aku online ja waktu bekerja. Kehkehkeh. Sudah tiada kerja. Bukan tidak bekerja. Tiada kerja hendak di buat. Aku selesaikan semua claim sub-con yang hari-hari tanya sudah siap ka belum dan akhirnya aku dapat menjawab yang aku sudah selesaikan kerja aku.

Dua tiga hari telefon lagi tanya payment tempat aku. Mula-mula aku suruh tanya akauntan lepas tu petang telefon aku lagi dan tanya aku. Kemudian aku panas hati telefon akauntan. Dia jawab cek sudah ada tapi bos belum sign. Aku tanya kenapa? Dia jawab bos pergi Australia.

Aku ketawa kahkahkah sambil berfikir gaji aku tidak akan keluar untuk cuti ni.

Demmmm!!

Selamat


Desktop aku sempena krismas ni. Sambil-sambil tu aku ucapkan selamat menyambut hari krismas buat kawan-kawan yang beragama Kristian.


Pung Pang Pung Pang

"Pung pang pung pang Muslim" Kata cik kate. "Pung pang pung pang UMNO" Sambung cik kate.

"Pang pung pang pung UMNO sama Muslim" Sokong cik alis.

"Pung pang pung pang Kristian" Tambah cik kate untuk memanjangkan cerita.

"Susah betul pung pang pung pang UMNO pung pang pung pang Kristian pung pang pung pang" tona kata slang cina cik kate yang buruk bunyinya mengakhiri sesi pung pang pung pang mereka.

Entah apa yang mereka marah sangat dengan UMNO. Dan apa pula kaitan Islam dengan UMNO dan Kristian. Macam ada unsur-unsur rasist pun ada. Aku malas nak hangatkan lagi cerita. Aku ni cepat naik darah kalau tidak puas hati. Nanti hancur pula PC depan aku ni.

Bikin Malas

Apa yang bikin malas dan bikin panas adalah kalau aku baca blog orang tapi loading lambat. Macam-macam aksesori kena tambah-tambah. Bikin semak.

Secara auto aku tekan "X".

Hairan Dunia Hiburan

Dengan adanya ruangan Twitter dan Facebook, macam-macam boleh terjadi. Macam-macam aktiviti boleh di lakukan.

Antara yang paling aku alert adalah kalau artis-artis gaduh. Kalau dorang ni gaduh, habis semua diungkit dari makan minum sehingga pakaian, dari tolong menolong hingga pinjam meminjam. Semua ni di post kan di ruangan Twitter dan Facebook. Siapa bagi nama-nama samaran lagi. Diva sangkak la, bapuk murah la. Macam-macam la. Masing-masing tak ngaku kalah. Masing-masing nak menang siapa pemaki paling 'king'.

Hairan betul aku sikap artis kita yang cuba memartabatkan dunia hiburan kita ni. Ada saja cerita yang mengarut. Sampai aku rasa aku pun taip benda-benda mengarut ni.

P/S: Kan aku dah cakap, aku rasa aku dah jadi pengkritik dunia hiburan kelas bawah ni.

Industri Hiburan Yang Melampau

Nak cakap dunia hiburan kita ni tak aktif aku tengok aktif juga. 

Tapi bukan itu yang aku nak katakan. Aku nak katakan betapa aku kecewa dengan beberapa filem kita yang nampak gempak previewnya tapi bila kita nampak yang sebenarnya hanyalah satu filem yang sangat menghampakan. Tapi boleh pula menang anugerah itu ini. Sudahlah mesej yang dibawa entah apa-apa entah, jalan cerita macam jalan masuk ladang. Tapi boleh menang itu ini. Korap ke?

Belum lagi cerita pasal trofi anugerah yang boleh kena tarik balik. Lagi la menghampakan berbekalkan dengan alasan "salah kira markah" yang sama alasan murid sekolah rendah cakap bila salah kira 2 + 2 x 2 = 8.

Sekarang ni persoalannya di tingkat mana tahap ke professional an juri ataupun auditor yang menilai industri hiburan kita ataupun pengarah & penerbit filem kita? Adakah setingkat? Ataupun dua tingkat? Ataupun semua korap? Tapi takkan sampai filem pun nak main korap? 


PS: macam penulis ruangan gosip pula aku ni kali. 

Source bacaan: Berita Harian

Pekara-pekara Kecil

Pekara 1. Tiada benda yang berkekalan dalam dunia ni selain dari mati.

Pekara 2. Mengelak Lubang sebelah kiri tapi lubang sebelah kanan di redah saja.

Pekara 3. Lelaki akan kalah kepada teman wanitanya kalau dia benar-benar lelaki, tolak gay dengan nyah.

November

November sudah datang.

Jadi kenapa?

Adahal yang penting akan datang.

So?

Soalan

Apa perasaan anda bila pagi-pagi anda di tanyakan soalan "Siapa lagi gemuk i atau alihs? cakap terus terang" dengan nada penuh semangat ok.

Reaksi aku hanya senyum.

Dalam hati ketawa hairan.

Dilema Seorang Pengguna Tandas

Suatu ketika dahulu memang aku mempunyai masalah dalam menggunakan tanda. Aku tak pandai langsung nak menggunakan tandas jenis duduk. Geli siut nak kongsi2 tempat duduk tanpa alas. Sampai aku kerja di Sabah ni aku terpaksa tukar style nak meggunakan tandas.

Mula-mula kerja aku memang mengelak untuk berak di pejabat. Malas nak buka semua. Ya aku jenis kalau nak berak kena buka semua seluar. Tak selesa buka sikit-sikit. Tak seksi. Satu hari tu memang aku dah tak tahan. Jenis yang berpeluh basah baju walaupun kat air-cond. Aku teruskan hajat melepas di tandas pejabat. Bila aku keluar senior aku masuk kemudian senior aku sound direct "lain kali kasi kering sikit. Jangan kasi biar basah." memang aku terdiam mencari penyelesaian.

Apa penyelesaian?


Cakap Biar Betul, Bukan Main Sembur Saja

Aku baru teringat mula-mula sekali aku kerja di tempat kerja sekarang ni.

Oleh sebab aku baru di tempat ni jadi aku pun tanya superior aku macam mana format dan 'presentation' yang biasa dia gunakan untuk buat 'claim'. Dia bagi aku 'soft copy' dan terangkan kepada aku. Dia cakap"tapi tidak semestinya kau follow yang ni. Buat sendiri pun boleh."

Aku 'follow' sajalah apa yang kena bagi tu, takkan nak ubah-ubah pula kalau semua sudah biasa dengan apa yang dorang sudah biasa.

Satu hari tu entah apa angin superior aku marah-marah dan buat muka. Kemudian dia marah dengan aku dan cakap aku punya presentation untuk claim sangat buruk. Aku hairan kenapa pula macam tu sekali dia cakap. Sedangkan aku langsung tidak mengubah apa-apa. Agak-agak la kalau nak tegur. Orang cakap "cakap siang pandang-pandang, cakap smalam dengar-dengar". Betul ke?

Patutlah

Setelah aku menonton filem "Nasi Lemak 2.0", baru aku tau kenapa ada orang bantah penayangan filem ini. Sebab dorang terasa pedas dari sambal "Nasi Lemak 2.0". Mungkin ada yang buasir sekali kot. Hehehehe.

Inilah Malaysia.

Argh...!! Kau Google kan saja. Mesti ada tu

Orang zaman sekarang ni sikit-sikit mesti jawab seperti tajuk di atas. Sikit-sikit tak faham terus melakukan seperti tajuk di atas. Tapi kebenarannya:

Tidak semua boleh di jawab oleh "google" dan kadang-kadang jawapan yang diberikan google itu membawa kurafat. Haih!!!!!

Duit Raya

Kali ni aku dapat duit raya. 1 dari bos. 1 dari company. yeeehaaaa...

Baju Raya

Serius aku langsung tidak pandai memilih untuk diri sendiri. Tapi kalau mau kritik baru orang aku tau. Gagal~~~~!!

Kenapa Perlu Buang Masa?

Aku mau tanya sama kamu semua. Kenapa perlu buang masa kalau kamu tidak mahir menggunakan sesuatu tapi kamu beli. Betul-betul buang masa. Kalau buang masa diri sendiri saja tidak apa, tapi kalau tebawa-bawa kepada orang lain macam mana? Sia-sia kena maki o...

Kepada pakcik yang tidak MAHIR menggunakan mesin photostat tu, jual la kau punya mesin tu. Kau banyak membuang masa.

Berantakan

Hiba pula rasanya bila mengetahui tingkah laku seseorang dari keluarga sendiri sangat buruk. Apa aku boleh lakukan. Sabar dulu. Kasi kumpul. Nanti baru kasi letup.

She's Gone Forever




Walaupun banyak masalah sosial aku tetap minat dengan orang macam ni. Tidak berpura-pura. Tapi dia sudah pergi. Apa boleh buat ajal maut di tangan Tuhan.

Sekarang Amy Winehouse sudah masuk kelab '27'. Menurut akhbar tempatan sabah yang aku baca tadi. Banyak artis-artis yang macam dia ni pergi pada umur macam ini. Antaranya "Kurt Cobain".

Seronok Ka? Adele

Huiyo

Baru pula aku perasan blogger ni dah pakai style baru. Nampak sangat lama tak update. Bai.

Lama

Memang lama sudah tidak update. Ok tolong klik la sini kalau berani.

Waktu Rehat = Berharga

Waktu rehat tengah hari ada satu waktu yang berharga buat setiap pekerja. Tidak kiralah jika ianya bermula 1200 tengahari ke, 1230 tengahari ke, ataupun pukul 0100 petang. Bagi aku, waktu rehat adalah waktu yang paling aku tunggu. Paling.

Selalunya waktu rehat aku akan bermula pada pukul 1230. Tapi selalunya 1225 aku sudah mula keluar dan menghisap nikotin. Lepas tu aku akan mual mencari 'spot' terbaik untuk aku melelapkan mata. Tapi 'spot' paling aku gemarkan ialah sofa di ofis. Memang aku akan baring macam kat rumah, cuma tiada televisyen untuk di tonton.

Selain daripada tidur pada waktu rehat, kadang-kadang aku akan keluar. Tapi, bila aku keluar aku akan balik lambat. Dan yang paling aku jarang buat adalah makan tengahari. Elak dari tertidur ketika menaip benda-benda yang boring ataupun elak gemuk sebenarnya.

Waktu rehat memang sangat berharga. Waktu sekolah dulu pun waktu rehat adalah waktu untuk bermain-main sambil makan mee hun. Makin sedap kalau dapat main bola sepak sambil makan mee. Terbaik!!

Sejuk

Setelah aku imbas di fikiran ku, baru aku sedar sudah hampir sebulan aku kesejukan. Kesejukan ketika tidur walaupun sudah berselimut. Kesejukan ketika mandi pagi sampai rasa malas mau mandi pagi. Kesejukan dalam pejabat, ni penghawa dingin punya pasal. Pandai sejuk sendiri. Sampai mau menaip pun susah.

Ini bukan cerita pasal kesejukan aku saja, tapi kesejukan semua. Bos aku pun cakap sejuk. Mungkin salah satu puncanya ialah hujan terus-terus tanpa henti. Alam sekitar kita sudah berubah. Sudah sukar untuk di duga.

Mungkin salah kita juga. Patut menjaga alam sekitar. Tapi kita mencemarkannya lagi. Sepatutnya bulan febuari ni bulan panas tapi sekarang masih lagi hujan. Apalah nasib.

Mari kita sokong ini-----> wwf.org.my


Lagu ni tiada kaitan dengan alam sekitar. Tapi berkaitan dengan kehidupan.


Tan Sri P. Ramlee - Bintang Yang Hilang



Kamu tengok lah video ni. Kamu akan faham kesengsaraan beliau. Bagaimana beliau memperjuangkan industri seni kita demi masa depan. Kepada pengarah-pengarah dan penerbit-penerbit, faham-fahamlah. Jangan bikin filem untuk mengaut keuntungan tapi seni di lupakan.

Jangan Pandang Cermin

Ini adalah benda serius. Sebab benda ni di alami oleh aku. Baru-baru ni jugalah. Waktu aku sedang berada di Labuan, kampung halaman aku. Waktu tu sudah malam dan agak-agak lewat. Lebih kurang pukul 12 malam jugalah.

Seperti kebiasaan aku selepas melepak, mesti akan pulang rumah lewat dan terus masuk ke bilik. Jadi entah apa angin malam tu seluruh kawasan kampung aku tu menjadi gelap. Terputus bekalan elektrik. Memang aku teraba-raba mencari jalan dan telefon bimbit. Kedengaran juga ada jeritan. Siapa tah jerit-jerit malam-malam buta.

Selepas sahaja jeritan itu hilang bekalan elektrik terus ada. Aku yang tadinya tunduk-tunduk pun bangun dan terlihat sesuatu di cermin. Aku hampiri dengan perlahan-lahan. Aku perhatikan dengan teliti. Hairan. Kemudian hampa. Seram. Semualah.

Dicermin tu aku tahu segalanya. Cermin memang sakti. Baru aku tahu yang aku ni dah gemuk. Siap ada 'double chin'. Haih.

ps: baca entri ni sambil makan limau mandarin sebab aku menaip sambil makan limau mandarin. Manis!!!

Antara Reliti Atau Fantasi

Kamu baca saja di sini. Baru kamu tau apa itu. Malas sebnarnya aku mau menerangkan. Sekian terima kasih. Pandai-pandai lah fikirkan...

Konvoi Borneo Vivac Sabah

Sebenarnya banyak aku mau cerita tapi aku letak tajuk macam tu untuk lebih spesifikkan lagi cerita ini. Bukan juga cerita sebenarnya.

Baru-baru ini iaitu pada penghujung bulan januari, aku telah menyertai satu konvoi ke kuala penyu. Konvoi pemilik viva atau dengan lebih panjangnya viva club. Semua peserta adalah pemilik viva. Ada macam-macam wajah viva. Semuanya menarik. Semua sangat peramah dan baik. Konvoi ni memang seronok. Lain kali aku nak ikut lagi. Kalau di izinkan la.

Esok sudah cuti. Tapi hari ni ramai yang cuti sudah. Entah syarikat ni. Masih belum cuti lagi. Harap-harap hari ni awal balik.

Sekarang ni asal saja balik dari pejabat aku akan culik beberapa biji limau mandarin untuk 'nya' aku. Suka sangat makan limau mandarin tu.

Untuk yang menyambut CNY ni. Aku ucapkan selamat menyambut CNY. Tak sabar aku nak kutip angpau dan balik rumah di kampung halaman.

Shaolin VS Witch

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton 2 filem luar negara. Jadi aku bandingkan kedua-dua filem ini. Filem pertama adalah filem 'season of the Witch'. Buatan barat la ni kalau sudah pelakon pun brother Nicholas Cage. Cerita ni memang nampak karut sikit tapi cerita ni banyak juga berkaitan agama. Cerita yang berkaitan dengan perang salib dan pemerintahan gereja yang di tentang oleh rakyat.

Cerita kedua adalah Shaolin. Cerita cina. Cerita pemerintahan di negara China suatu masa dahulu. Ni sangat best dengan effect dorang. Tambah pula cenimatic tone yang mereka gunakan membuatkan aku kagum dengan pembikin filem asia. Kalau nak cakap jalan cerita aku rasa cerita Shaolin ni lagi baik daripada cerita 'Season of the witch'.

4.5 bintang untuk Shaolin.

Pesanan Dari Yang Berpengalaman

Di pejabat tempat aku bekerja sekarang ni ada satu orang wanita yang aku panggil auntie. Memang auntie pun umur sudah 48 tahun. "Umur tua tia apa yang penting hati muda bah". Padahal muka dia tidaklah nampak tua mana pun. Macam hujung-hujung 30-an adalah.

Aku dengan si auntie ni memang kamcing. Sikit-sikit ketawa. Walaupun benda serius. Walaupun tengah sibuk dan pening. Memang seronok. Lagi seronok kalau kena ceramah. Contoh hari jumaat aku tidak pakai baju melayu. Aku akan kena ceramah. Blablablabla. Macam-macam la.

Tapi apa yang point penting disini adalah pesanan pagi tadi yang di tujukan untuk kaum lelaki.

"Kalau kau sudah kawin nanti, jangan pandai buat saja. Jaga anak pun mesti pandai. Kasi tidur anak mesti pandai. Barulah ada kerjasama."

Musim Limau

Datang lagi musim ni. Selalunya mesti aku sakit perut makan limau terlalu banyak. Tapi kali ni macam kurang saja limau yang di hantar ke syarikat baru ni. Kalau yang dulu mesti banyak. Mesti aku sapu sampai 2 3 kotak. Tidak sabar aku menunggu limau itu.

Tadi pagi aku dengar radio mengatakan bahawa ada blogger dapat paling kurang 12k sebab berblog. Aku mahu cakap sudah 3 tahun berblog satu sen pun belum ada aku terima. Tidak perlulah nak besarkan pekara ni. Haih..

Berkenaan Dengan Pakaian Ke Pejabat Aku

Bagi aku pakaian ke pejabat mestilah kelihatan bersih, segak apabila dipakai, dan nampak macam baru. Semua tu mempengaruhi pandangan orang lain, mood dan keselesaan aku. Bagaimana aku memilih pakaian ke pejabat aku? Aku hanya ada beberapa pakaian yang cukup untuk pergi ke pejabat selama 10 hari. Kira 2 minggu. Semuanya aku ganti-ganti. 'Rotation' bak kata orang. Entah betul entah tidak. jadi setiap pakaian akan aku pilih rambang sahaja. Tidak perlu pun pening-pening memilih.

Selalunya sebelum aku bertolak ke pejabat aku akan memandang cermin diri untuk mengenakan sentuhan terakhir pada rambut. Tapi hari ni lain. Lain sangat. Aku terpandang kepada diriku. Pakaian aku. Rupanya selekeh gila pakaian ke pejabat aku. Dan dalam perjalanan ke pejabat aku tanya kat 'nya' aku "adakah pakaian aku ok hari ini?"

Jawapan 'nya' aku senang sahaja "Macam badut".

Mood jatuh ke tahap negatif. Aku memang perlukan pakaian ke pejabat yang baru nampaknya.

Haih!!!!!!

Pening Untuk seketika Tapi Lepas Tu Pening Lagi

Melalui tajuk diatas pun sudah kamu tahu bahawa saya sedang pening. Panjang tajuk. Ingatkan cerah sampai petang sampai balik. Rupanya tidak. Aku tidak akan senang duduk. Mahu goyang kaki. Lagilah tidak akan kesampaian.

Mood yang tadinya naik sekarang sudah turn balik. Malasnya mahu kerja ini hari. Esok kerja lagi.


Harghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Pentingnya Mempunyai Lesen Serta Pengalaman Memandu

Memang tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan lesen memandu bagi mereka yang memandu sesebuah kereta samada besar atau kecil, komersial atau bukan-komersial, lori atau pikap. Lesen memandu pula mempunyai pelbagai kelasnya. Ada lesen untuk memandu motosikal, kereta, lori, teksi dan sebagainya.

Antara kepentingan yang paling nyata adalah, untuk menunjukan kita mampu atau berkebolehan untuk memandu sesebuah kenderaan. Tidak kira apa jenis sekalipun. Kalau kita tidak mempunyai lesen mesti kena saman, kena marah dan sebagainya.

Bukan itu saja. Ada lagi. Satu lagi kepentingan lesen memandu. Masa temuduga lesen memandu pun diambil kira ok. Apa yang menarik lagi bila ditanyakan pengalaman memandu berapa kilometer. Macam mana mau jawab kalau aku sudah drive beberapa tahun.

Kualiti! Ini Baru Kualiti.



Ni baru video yang berkualiti. Nampak sangat kualiti yang sangat kreatif. I like...

So Sweet (Buat gaya awek-awek sikit)

Serius sweet pulak dorang bedua ni. Cewah.




"Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu"

Harap-harap 'nya' aku faham. Hahahahahaha

Bila Agaknya

Setahun sudah aku balik kat sabah ni. Dalam masa setahun ni baru sekali aku tukar tempat kerja. Di tempat baru ni ok banyak dari tempat lama. Tempat lama agak cekik darah. Biasalah bumiputra kalau tak cekik bumiputra nak cekik siapa lagikan.

Sebenarnya sepanjang setahun berada di Borneo, aku telah merancang ingin melancong ke tanah semenanjung. Jumpa kawan-kawan lama. Borak-borak. Lepak. Makan. Macam-macam lah yang aku rancang.

Tapi apakan daya, kita hanya merancang dan Allah s.w.t. yang menentukan segalanya. Insyallah tahun ni aku pergi melancong. Kumpul duit dululah.

Khurafat - Dari Hati Ikhlas

Ramai mengatakan bahawa filem Khurafat adalah yang paling seram tahun ini. Televisyen cakap seram, akhbar-akhbar cakap seram, temubual pun cakap seram, termasuklah radio cakap seram. Secara ikhlas aku cakap disini aku langsung tidak merasa seram. Filem ni lebih banyak aksi-aksi atau adengan-adengan yang boleh buatkan kita terkejut dan bukan seram.

Apa yang lebih mengecewakan adalah mengenai hantu dalam cerita tersebut. Jangan sesekali meniru gaya hantu jepun atau lebih tepat lagi 'Ju-on'. Masa aku tengok cerita ni ramai yang menjerit. Bukan jeritan seram, tapi jeritan yang menyebut "JU-ON!!".  Apa semua ini? Lemah semangat nak tengok cerita seram gelak lagi adalah.

Jika di bandingkan dengan cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', saya lagi seram tengok cerita HKLBR dari cerita Khurafat. Lagi seram part Kak Limah bediri ditingkap dan masuk ke bilik awie pada waktu malam. Seram gila. Cerita macam ni yang saya mahu tengok. Bukan cerita yang banyak buat terkejut.

Awan Nano

Memang patut Hafiz AF7 dapat vokal terbaik pada AJL ni. Lebih-lebih lagi kalau dengar lagu ni. Lagu "awan nano".




"Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu"


Sungguh menarik lirik. Dan lebih superb adalah video ni. Memang ada style orang bilang.

Berkenaan Sembahyang Jumaat Aku

Aku sembahyang Jumaat di surau ni. Memang cukup ramai orang. Kadang-kadang tu memang tidak muat nak sembahyang. Behimpit-himpit.

Cuma satu saja yang aku risau. Kenapa warga asing (india, pilipino dan pakistani) mewakili 80% daripada jemaah di surau tu? Mana mereka yang bergelar warga tempatan yang lain? Makan di kedai ka? Atau tidur di kereta?

Macam-macam o bau.

Apa Akan Anda Lakukan?

Aku selalu baca Harian metro online. Bahagian yang paling aku suka ialah bahagian bimbingan/dang setia. Macam-macam soalan. Yang ini bagi aku amat menarik:


"Teruna ragu-ragu curahkan perasaan



SAYA meminati seorang gadis dan kami berkawan 11 tahun. Sejak tahun lalu, saya mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Dia gadis yang baik pekerti dan budi bahasanya. Saya yakin dia boleh menghormati orang di sekeliling saya dan juga ibu bapa saya. Kerana itulah saya jatuh hati padanya.
Saya bekerja di sebuah syarikat penyiaran dan dia pula masih belajar. Umur kami sebaya. Kami pernah keluar bersama beberapa kali dan menelefon serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga kali seminggu kerana dia masih belajar dan tidak mahu dia terganggu.

Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya pada si dia. Lama-kelamaan saya mula berfikir, jika saya tidak meluahkan isi hati saya kepadanya secepat mungkin, kemungkinan saya menyesal kerana terlambat. Tidak mungkin saya boleh mencari wanita lain sebaik sepertinya. 

Apa perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara terbaik untuk meluahkan isi hati saya padanya? Pada masa dan suasana manakah yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini?

DELIMA
Selangor
 "


Kalau anda di tempat si teruna ini. Apa anda akan lakukan?

Rasanya Seperti Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Baru-baru ni iaitu semalam aku pergi 'site' di Lahad Datu, Sabah. Kalau naik bas memang lama. Sampai kebas-kebas badan. Jadi aku naik kapal terbang. Sebelum ni pun memang naik kapal terbang. Belum lagi staf-staf sini naik bas pergi site yg jauh-jauh drive sendiri atau naik bas. Habis kebas-kebas badan tidak dapat bekerja. Buang masa.

Semasa perjalanan pergi memang cuaca sangat cantik dan sedikit berawan apabila tiba di Lahad Datu (LD). Jadi  juruterbang telah membuat hati ku gundah gulana gelisah entah kemana-mana dengan mengelak kiri kanan awal-awal tu. Siap buat 'U-turn' lagi. Ada orang cakap macam roller coster. Uncle cina sebelah aku pun muka cuak sudah bila pilot tu buat U-turn macam roller coster. Aku memang keras-keras badan la.

Rasanya seperti aku ni baru pertama kali naik kapal terbang. Haih...!!!

AJL 25?

Entah hampir semua cakap AJL 25 punya pemenang sepatutnya tidak menang. Pada aku semua tu rezeki si pemenang. Nak sakit hati untuk apa? Korang dapat bahagian ke kalau lagu orang lain menang selain dari pemenang semalam?

Layak ke tidak semua sudah terjadi. Juri adalah seorang yang adil. Kalau tidak adil bukanlah juri. Lagipun tahun lepas pun ramai juga orang tidak puas hati dengan keputusan juri. Aku rasa macam tiap-tiap tahun orang tidak puas hati dengan juri.

P/S: Sampai buat page di facebook tu. Tajuk dia "Kami tidak bersetuju Ana raffali menang AJL 25". Malaysia oh Malaysia.

Menjelmalah Idea Mencurah-curah

Menaip tanpa arah tujuan adalah kemahiran aku. Memang aku selalu menaip tanpa arah tujuan. Penting ke tidak aku pun malas la nak cakap. Setiap kali ada mood aku nak menaip mesti tiba-tiba hilang idea. Kadang-kadang masa bawa kereta tu ada juga idea terlintas tapi bila depan komputer 'social networks' pula yang terlintas. 

Ok. Awal-awal tahun macam ni rasa macam mau ambil cuti 2 3 hari. Tapi bila tengok-tengok tarikh masa yang paling sesuai cuti ialah tahun baru cina ni. Sebab boleh sambung-sambung sampai 2 3 hari. Kalau dulu sah-sah cuti sampai seminggu dua. 

Bingung. 

P/S: Apa laman web yang sesuai untuk letak-letak gambar? Kalau tahu tolong tunjukan.

Rasanya Seperti Pertama Kali Bawa Motosikal

Entah kenapa. Hati rasa senang sangat. Rasanya seperti baru pertama kali bawa motosikal. Padahal mula-mula aku bawa motosikal ramai orang takut nak naik dengan aku. Cakap aku bawa macam nak langgar orang. Padahal aku rasa aku sudah cukup berhati-hati.

Oh ya. Aku belajar bawa motosikal ketika umur aku 20 tahun. Mempunyai motosikal sendiri ketika mula-mula bekerja. Syarikat punya motosikal. Hati memang senang tapi tiada lesen. Selepas setahun motosikal ni kena curi time aku sudah masuk ke pejabat. Dapat naik pangkat la katakan. Sakit hati masa tu. Motosikal kena curi.

Selang 2 minggu kemudian aku beli sebuah skuter yang bernama 'gagak hitam'. Hati senang bertambah senang sebab masa tu aku memang dapat bonus 2 bulan. Kena pula masa tu adalah bulan puasa. Memang senang hati tahap naik motosikal pertama kali.

Tapi kenapa semalam aku merasakan hati macam tu juga? Apa kaitan? Mungkin ada orang yang jujur dengan aku dan buat aku di hargai.

Terima kasih.

Perlukah Azam Baru?

Tiap-tiap tahun pasti ada saja orang tukar-tukar azam, walhal azam yang lama masih lagi tersangkut. Masih lagi belum dikecapi. Tapi tiap-tiap tahun baru saja mahukan azam baru dan azam yang lama di padamkan begitu sahaja. Langsung lupa apa azam tahun lepas. Kalau begini bagus tidak meletakan azam dalam hidup. Benda sama sahaja. Lagi bagus kalau kalau kamu meletakan matlamat atau azam kamu dan perbaharui sahaja azam tu sekiranya belum tercapai. Kalau sudah tercapai barulah buat azam baru.

Lagipun rasanya kalau mau berazam tidak perlu tiap-tiap awal tahun. Bila-bila masa boleh berazam.

Azam baru? Perlukah?