Sakit-sakit Badan

Hari isnin 21hb Jun 2010. Memang hari isnin hari ni. Hari yang aku tunggu-tunggukan. Hari terakhir aku berada di syarikat pertama aku bekerja semenjak aku balik ke sabah ini. Syarikat apa tah ni. Macam bukan syarikat pembinaan ni. Cakap perniagaan utama ialah pembinaan, tapi lagi pentingkan jual minyak dari pembinaan. Lepas tu aku sorang saja yang mengawal pembinaan. Tambah lagi lansung aku tidak di pedulikan dari segi kebajikan. Memang semangat la aku bekerja.

Ok. Badan aku sakit. Entah. Memang sakit. Sakit badan mau sambung tidur. Haih...

Jom Bukit Bintang

Entah tiba-tiba status aku te'update' macam tu. Mungkin hari mendung begini membuatkan aku ter'flashback' kisah silam aku. Kisah di mana aku lebih gemar bejalan-jalan. Walaupun hanya cukup-cukup tambang wang di dompet. Aku tidak kisah. Yang penting dapat jalan-jalan Bukit Bintang.

Kenapalah aku suka lepak Bukit Bintang? Sebab ada banyak manusia ganjil. Belum kira lagi manusia yang loncat-loncat. Manusia emas ataupun perak. Manusia yang minta Ringgit Malaysia 4 untuk satu ruang meletak kereta. Manusia yang bawa banyak beg Gucci. Manusia yang ada kamera gantung tengkuk. Manusia suka jerit-jerit lagi. Bawa anak lagi. Macam-macam la gaya.

Cuci kekotoran mata di Bukit Bintang kan seronok.

Lambat

Sekarang fesyen tajuk pendek-pendek. Panjang-panjang nanti tiada idea pula. Tajuk panjang tapi pendek saja dia punya isi-isi. Tapi tidak pasti pula untuk yang pendek-pendek punya tajuk. 

Minggu ni lambat betul berlalu. Tiap-tiap hari mengantuk. 

Mengantuk. ZZZZZZZZZZZZZZZZzz..

Sampai ada hari tu aku siap tidur depan bos. Biarlah dia tengok dan nampak. Dari aku buat sesuatu di belakang dia. Macam ada satu manusia yang cakap saja lebih.

Lambat betul isnin....

Hati

Sukar. Entah kenapa terpacul perkataan itu dari hati ini. Dan kemudian membuatkan fikiran aku berhenti untuk menghasilkan apa-apa idea. Tapi sebelum itu aku sudah ada idea di dalam minda untuk di taipkan pada hari ini.

Hilang.Aku belum lagi bercerita mengenai kehilangan yang aku hadapi. Seorang insan yang tidak pernah aku kenal walaupun hanya tinggal di belakang rumah ku dan selalu menjadi teman sepermainan adik bongsu aku. Aku jarang sekali berjumpa dengan arwah. Masa aku cuti balik rumah saja peluang aku berjumpa. 4hb June 2010, aku terima pesanan ringkas daripada salah seorang anak buah aku merangkap sepupu kepada arwah. 

"Ko di mana? Anak si N kena tahan di ICU. Macam nda harapan sudah."

Aku minta 'emergency leave'. Terus gerak balik kampung. Panas. Hujan. Panas. Sampai Kampung. 

Aku ke hospital. Melawat arwah di ICU. Sepupu aku suruh tabah. Hati aku menjadi cair memerhatikan arwah yang sedang betarung dengan maut. Saluran-saluran banyak masuk ku badan arwah. Aku diam sahaja. Bergenang.

5hb Jun 2010. Mama kejutkan aku dengan nada sedih. Mama suruh aku siap. Aku bangun dan terus sarapan. Aku pergi ke rumah Makcik aku. Arwah sudah pergi. Hening hari itu. Sunyi. Semua yang hadir pada hari itu seperti hendak menjatuhkan air mata.

Hati. Mengapa sukar difahami.

Seminggu Lagi

Ok. Aku lupa sebenarnya mahu taip apa di sini. Entah. Aku biarkan page ni terbuka dan kemudian aku menyiapkan laporan bulanan projek rumah kampung ni. Entah apa projek ni, macam bukan projek saja. Banyak sudah 'delay' dari aku mula-mula masuk.

.................

Oh ya. Tadi ada seseorang datang interview. Aku yang rekemen. Padahal boleh saja masuk kerja esok tapi senang-senang saja dia cakap kat bos aku yang dia dua hati nak kerja. Sebab tengah tunggu satu kerja lagi. Baru yang satu kerja lagi tu kontrak 2 bulan buat 'survey'. Macam ni lah rakyat Malaysia. Tiada langsung semangat pekerja berdedikasi. Dah dapat yang tetap yang kontrak juga di kejar-kejar.

....................

Cepat juga masa berlalu. Sudah beberapa hari piala dunia bermula. Seperti biasa, ramai juga orang menonton bola ni. Rasa seronok bila tengok bola ramai-ramai sambil suap makanan dalam mulut.

Gila perut aku semakin buncit.

When I Need You.......



Lagu ni memang dalam dan di khas kan kepada "nya" aku....

Siapa Masih Ingat

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai


Entah siapa masih ingat ini puisi. Siapa yang masih boleh faham maksudnya.

Sepintas Lalu

Entah apa yang patut aku tulis sekarang ni. Langsung tiada idea. Sudah la otak macam dalam keadaan serabut. Tidur tidak tentu. Makan pun tidak tentu. Hati, jangan cakap la.

Hm... Di sabah hari ni baru mula kerja bagi orang-orang yang bekerja di ofis. Tapi tidak tahu pula aku bagi orang-orang yang bekerja lebih masa. 

Kecoh... Dalam televisyen, akhbar-akhbar tempatan mahupun radio-radio tentang kekejaman si israel. Heboh sana-sini kapal-kapal bantuan kena tahan. Ramai maki hamun si israel. Apa tindakan yang boleh membantu mereka? Kalau setakat memaki budak darjah-darjah pun bisa maki. Zaman sekaranglah. Dulu-dulu cakap ja benda-benda yang tidak sedap di dengar terus kena lada. Baru tahu.



Hidup Singkat

Memang hidup ini singkat.
Singkat mana? Kita pun tidak tahu.
Jadi hargainya.
Hargai setiap detik kita bersama.
Setiap kegembiraan.
Setiap senyuman.
Setiap gambar.

Hidup ini singkat.