Alam Maya

Setelah sekian lama aku hidup dalam dunia maya ini aku dapat membuat satu kesimpulan. Di alam maya ini sama seperti alam sebenar kita. Hasad dengki, psiko, dan pelbagai perbuatan buruk dan baik wujud dalam alam maya ini. Sama seperti di alam yang sebenar ini.

Update: Kenapa saling cemburu antara manusia? Sebab dia hebat dan mempunyai segalanya.

Hari Bapa (Walau aku benci papa ku sendiri)

Bapa. Aku bahasakan diri mu sebagai Papa. Sepuluh tahun dulu kau dan aku serta yang lain dalam keluarga kita sangat bahagia. Sehingga satu hari tu di mana aku balik dari melepak dan melihat mama menangis. Saat itu, detik itu kekal dalam minda ku. Di mana orang yang paling aku benci ialah Papa. Ya, Papa yang paling aku benci sebab buat mama menangis dan di saksikan oleh kami adik beradik yang hanya diam dan tidak mampu membuat apa-apa.

Bapa. Kau datang untuk melihat adik ku yang bongsu lahir selepas beberapa bulan kau buat mama menangis di hadapan kami. Saat itu kami sangat derita. Langsung kau menghilangkan diri. Langsung kau melupakan kami. Tapi saat adik ku yang bongsu lahir kenapa kau muncul? Dan kemudian kau tinggalkan kami semula tanpa berita dan tanpa apa-apa wang untuk belanja kami adik-beradik. Lalu aku menganggap mu kejam. Seorang papa yang kejam.

Sekian lama kau mendiam tanpa berita. Lalu aku mengambil keputusan untuk mencari mu. Aku pulang ke kampung mu walaupun aku hanya ada beberapa ringgit sahaja. Aku mencari mu dengan bantuan adik-beradik mu dan akhirnya aku dapat berjumpa dengan mu papa.

"Kenapa papa buat macam ni? Kenapa papa kasi nangis mama??"

"Satu hari nanti kau akan faham."

Itu adalah jawapan mu yang mana aku masih lagi tidak tahu apa isi tesurat dan tesirat yang ada di jawapan mu itu. Aku sangat kecewa. Aku kecewa sebab tidak dapat memahami apa yang kau katakan. Apa yang kau maksudkan.

Sudah bertahun-tahun semenjak dari memoir sedih dan menusuk kalbu itu. Sudah bertahun-tahun kau membuatkan aku dan adik-beradik berhempas-pulas menanggung derita yang kau berikan aku akur. Aku menerimanya sebagai satu pengalaman yang banyak mengajar aku. Adik bongsu ku pun sudah dewasa dan aku yang bertanggungjawab keatas mereka sebab aku adalah yang sulung. Demi kebahagian mereka aku menerima mu kembali. Aku menerima mu sebagai papa. Aku menerima mu sebagai ayah ku dan juga adik-beradik ku.

Papa, aku ingin minta maaf atas segala kekasaran aku dan juga kekasaran adik-adik yang lain. Aku wakilkan diriku ini sebab mereka masih lagi benci dengan tindakan papa yang lalu. Aku sudah lama memaafkan papa. Aku juga ingin berterima kasih atas kebahagian yang sementara, pengalaman dan juga nafkah yang kau berikan kepada ku dan adik-adik selama itu. Aku tahu yang kami tetap anak mu walaupun kami sangat membenci mu.

Selamat Hari Bapa.

Lif Fantasia

"Ting!!!" bunyi lif yang baru tiba dari tingkat atas dan menandakan pintunya sedang terbuka. Tingkat G, Solomon sedang menunggu lif itu terbuka habis, lantas Solomon masuk terus masuk tanpa memerhatikan siapa di dalam. Dia sedar ada orang dalam lif menemaninya.

Akhirnya Solomon sengaja menoleh untuk melihat siapa bersamanya di dalam lif itu. Solomon tekelu bahasa apabila dia sedar yang dia se-lif dengan makhluk asing bewarna pink. Solomon terkejut dan hampir pengsan apabila makhluk asing warna pink itu senyum kepadanya.

Bila pintu lif itu terbuka baru dia sedar bahawa Solomon tidak lagi berada di bumi yang sebelum ini. Kini dia berada di bumi yang penuh dengan makhluk bewarna pink. Maka bermulalah penjelajahan Solomon ke dunia baru. Dunia yang penuh dengan makhluk bewarna pink berkepala babi dan yang penting pandai senyum.

Perjanjian Kambing

"Kau perasan tak dulu Samad tu miskin. Sekarang dia dah paling kaya di kampung kita ini." Petah sangat orang kampung itu mengata Samad.

Memang sangat ketara perubahan Samad yang dulu hanya menjaga kambing. Sambil-sambil tu Samad ada juga buat 'partime' gali-gali kubur; Kadang-kadang Samad tolong menghiaskan kebun orang. Itulah kerja Samad beberapa bulan lepas. Tapi tidak pada beberapa bulan kebelakangan ini.

Di kampung itu ramai juga penduduk yang asyik sangat nak mengatakan kekayaan mengejut Samad. Ada yang kata dia ni kena nombor loteri 6D la, tak kurang juga yang mengatakan bahawa Samad mempunyai toyol yang kaler pink untuk buat duit mudah. Tak perlu kerja.

Samad memang kaya harta namun tidak kaya melalui hubungan persahabatan. Satu per satu sahabat Samad menjauhkan diri dari Samad. Entah kenapa terjadi macam tu. Mungkin ada sebab yang tersembunyi. Ataupun mungkin kerana kekayaan Samad itu sendiri.

..................................................................

Samad menggali kubur pada waktu itu jam menunjukkan pukul 7 malam. Ini kerana mayat itu hendak di segerakan di tanam dan Samad terpaksa buat 'O.T.' hari itu. Sedang-sedang asyik Samad menggali datang seekor kambing kepada Samad dan bersuaralah kambing itu kepada Samad.

"wei penggali...!!!" Sergah Si kambing. "Babi kau, kau panggil aku benggali??!" sahut Samad dengan berangnya. Si kambing pun ketawa sambil berkata-kata "Pekak sangat ke kau ni. Aku cakap penggali bukan benggali. Kakakakakakakakaka!!!"

Pada saat itulah segalanya berubah. Samad semakin hari semakin kaya harta tapi tidak kaya pada perhubungan persahabatan. Samad semakin di jauhi atas sebab yang mudah. Kawan-kawan serta orang kampung tidak lagi mahu berkawan dengan Samad.

Setiap kali Samad mengajak lepak pada waktu malam sambil main-main dam aji di warung pak Ali semua kata "ya". Namun bila tiba waktu malam semua hilang. Semua duduk diam di rumah. Warung pak Ali pun tutup. Mana taknya kalau Samad yang datang pada malam itu bukan Samad yang biasa namun Samad yang berbungkuskan dengan kain putih. Dan teloncat-loncat cara Samad berjalan. Keadaan macam ni buat Samad di jauhi dan Samad sering menangis. Bila dia menangis satu kampung itu kedengaran. Itulah sebab Samad kaya. Perjanjian.

Kerja Yang Hebat!!!

Dalam waktu kerja aku boleh buat benda yang di senaraikan di bawah:-

  1. Bayar-bayar bil.
  2. Makan cendol dan rojak mee di tepi jalan dan rasanya superb.
  3. Gunting rambut.
  4. Servis kereta.
  5. Tidur.
  6. Pegi bank in duit.
  7. Borak dengan india yang jual digi.
  8. Urus pembelian kereta member sebab aku tolong die buat loan dan sebagainya.
Hebatkan!!!!!! Semua aku buat dalam masa beberapa jam sahaja.

Pinka Bukit Tinggi, Klang

Pinka seorang yang berkulit hitam bukan gelap tapi hitam. Sangat hitam. Hitam sampai kalau berdiri di tempat gelap langsung tidak kelihatan kelibat Pinka. Pinka tidak bekerja. Siapa lah yang hendak mengupah orang yang hitam sepertinya walaupun dia mempunyai ijazah dari universiti tempatan dan satu lagi ijazah dari universitas di Indonesia dan satu lagi ijazah dari universiti di India. Oh.. Lupa, Pinka berbangsa india.

Hari-hari Pinka di habiskan di tepi jalan di Bandar Bukit Tinggi 2 bersebelahan dengan Gedung Jaya Jusco yang besar itu. Besar sangat. Pinka menghabiskan hari-harinya dengan menjual surat khabar pelbagai jenama dan bahasa. Itulah kerja Pinka walaupun dia mempunyai pelbagai ijazah dari 3 negara, 3 universiti. Cita-cita Pinka malap macam tu sahaja.

Hari ni hari selasa, seperti biasa Pinka ada di gerai surat khabarnya. Sebuah van berhenti di hadapan Pinka dan memaksa Pinka masuk ke dalam van itu. Pinka meronta namun akhirnya Pinka tepejam mata langsung tidak menyedari apa yang terjadi selepas meronta.

Pinka sedar. Dia sekarang berada di sebuah bilik yang mewah. Di katil yang sangat indah seperti katil ala-ala puteri raja. Pinka lantas bangun dan melihat keadaan sekitarnya kemudian pergi ke bahagian tingkap dan teperanjat beruk Pinka bila menyedari dia berada di atas awan. Pintu di ketuk dan muncul bibik membawa salinan untuk Pinka. Tanpa di suruh Pinka terus menelanjangkan diri dan pergi ke kamar mandi. Air mandi pinka di isi dengan bunga-bunga yang harum mekar mewangi.

Selesai mandi kulit Pinka bertukar menjadi putih melepak seperti bidadari. Lalu di kenakan pula pakaian macam cinderella. Elok sangatlah kelihatan Pinka saat itu. Cantik, putih, gebu, banyak air semua lah. Siapa pandang pun sah-sah jatuh hati.

Datang seekor burung helang yang pandai berkata-kata berjumpa Pinka.

"Wahai puteri langit ini. Sekian lama kami mencari tuan puteri akhirnya terjumpa jua kami dengan tuan puteri."

Maka hidup la Pinka bersama burung-burung yang pandai berkata-kata dan pandai minum todi yang memabukan dan kehidupan Pinka penuh dengan adegan luar kawalan di sirami todi di langit-langit itu. Maka dengan izin hatinya Pinka menukar namanya kepada Poothi Jinta.

Mati

Koman sedang baring. Mata tertutup sebab dia pengsan akibat dari hentakkan di bahagian belakang kepala tepat di antara sambungan tulang kepala dan tulang belakang. Sakit tidak terhingga.


"Aku kat mana ni?" Dengus hatinya. Kehairanan. Sebelum ni Koman berada di Chow Kit mencari teman untuk bersenggama. Lepas tu dia langsung tak ingat kecuali deria sakit yang dia rasa.

Burung warna warni. Bau harum-harum. Harum macam bahagian yang menjual sabun di pasaraya 'Jusco', 'Tesco', 'Carrefour' dan sebagainya. Cerah secerah cerahnya. Hijau sekeliling. Bunyi-bunyi burung mengikuti irama jazz. Sungguh indah. Disamping itu keindahan itu di tambah lagi dengan kehadiran wanita-wanita sorak pasukan ragbi Sekolah Menengah. Lagi berbunga mata Koman memerhati. Seraut senyuman terukir di bibir sumbing Koman.

Merah

Merah datang dengan parang. Kelihatan kekejaman di matanya seperti cerita 'ghost rider'. Parang itu di ikat rapat di tangan supaya tidak terlepas dari tangannya ketika sedang berjuang. Kepala Merah turut di ikat macam cerita 'Rambo' begitu juga bahagian lengan sebelah kanan; Diikat seperti cerita 'Ong Bak'.

Musuh ramai di hadapan. Bermuka binatang. Seperti serigala. "Huh." dengus Merah dengan penuh yakin bahawa dia boleh mengalahkan kesemua musuh-musuhnya. Selangkah musuh Merah ke depan selangkah juga Merah undur. Kemudian bermulalah pesta pantun Kg. Sepatah Dua Patah.

Aku ingatkan ni blog Budak Hijau...

Sape tak kenal ngan budak hijau. Aku ingat ini blog die juga. Rupanya pelanduk 2 serupa. Ke budakhijau ni yang curi idea mamat ni. Ataukah ini jodoh (bermaksud yang telah di terjemah melalui tesaurus bahasa melayu dewan membawa maksud kata nama pasangan, teman kawan, lawan, saing, kelamin;menjodohkan kata kerja mempertemukan, mempertalikan, mengikatkan, mempertunangkan, mengahwinkan, menikahkan;(antonim) menceraikan;penjodohankata namapertemuan, pertunangan, perkahwinan, pernikahan;(antonim) penceraian.)



Misteri Nusantara!!!!!


PS: sila klik di bahagian yang berkenaan.

Risau-risauan

Korang tak risau ke?

Aku.... risau gila.....

=Klik sini untuk kerisauan anda=

update: Best gila mulut aku di sumbat dengan biskut serta nescafe sambil online di ofis.

Misi

Misi: Cameron Highland.
Bila: Entah.

Update: Siapa nak join. Picnic kat cameron highland.
Update2: Atau nak pegi tempat lain???

Penat

Entah kenapa 2 3 hari ni cepat sangat aku penat. Padahal bukan ada kerja banyak-banyak sangat. Nak begerak pun susah. Semalam ia datang lagi. Sakit gila.


Updated: Kenapa la perangai perempuan depan meja aku ni macam babi. Kejap ok, kejap macam sial. Apa dia ingat aku diam tanda aku kalah. Tunggu saja la.

Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Gambar







Gambar di bawah menunjukkan aktiviti aku sesampai di W.P. Labuan kampung halaman ku. Aku di lahirkan di pulau mutiara laut china selatan ini.



Lokasi riadah/'hiking' pertama.

Ini adalah sesi pemanasan badan kami. Borak dan hisap rokok.




Dalam perjalanan dan hampir tiba di puncak.

Tiba di destinasi dan inilah hasilnya. Pemandangan yang memuaskan nafsu serakah.





Aksi-aksi ghairah kami semua.




Ni adalah lokasi riadah/'hiking' yang kedua. Lebih mencabar dan terletak di tepi pantai. Ini la pantai yang berjurang.


Situasi dalamgambar diatas boleh di definisikan sebagai masa ingin pulang. Ini kerana kelihatan kesemua jejaka-jejaka di dalam gambar kelihatan sangat penat dan semput. Oleh itu adakah mereka menanti bas atau menanti seseorang.








Durian Oh Durian

5 Julai 2008,

Sekarang ni kat tapak bina aku ni durian dah mula nak jatuh... So aku kalau ade masa aku pegi la teng0k-tengokkan kebun orang kot-kot ade sebiji dua durian yang jatuh... Ada jugak la rezeki aku... Walaupun hanya dapat makan seulas saje... Kira ok la mulut ade bau2 durian kan... hehehe... Ye la dua biji durian tp setengah biji je yg dapat di masukan kedalam mulut.. Kena plak yg makan sampai 5 6 orang... Sabar je la...

Nak di jadi kan cerita, suatu hari bos aku datang bersama 'cladding' punye bos... So dorang pegi round dusun durian orang... Dapat la dalam 4 5 biji... So kitaorang makan dalam 3 biji yang boleh di makan... hehehe... Lepas tu dorang ajak pulak aku gi round lagi dusun orang... pergh...!!! Kali ni dapat lagi dalam 8 biji... Agak rakus juga la mata-mata pekerja aku memerhatikan gelagat sumbang orang atasan mereka.

Tak cukup dengan apa yang telah kami perolehi bos aku mengajak lagi meronda bahagian lain. Bahagian yang jauh. Dan lagi banyak pokok-pokok durian yang mengeluarkan hasil yang agak merimbun. Ronda. Ronda. Dan terus meronda. Tiba-tiba ada suara menjerit.

"Woi!!!!! Bikin apa?!!!!!" Jerit seorang lelaki separuh umur naik motosikal. Aku terdiam sendirian. Aku keluar dari semak dan melihat bos aku sedang bercakap dengan orang tersebut. Dan bahasa mereka aku langsung tak faham malahan seperti orang tersebut sedang marah. Namun sekelip mata terus muka lelaki itu berubah menjadi seperti tidak marah dan terus beborak dengan bos aku.

Selesai saja perbincangan itu, bos mengajak aku balik dan menceritakan perihal marah lelaki itu. Lelaki itu telah membeli buah durian yang ada di sana. Kesemua sudah di 'booking' beliau. Tapi lelaki itu tidak membeli tanah itu. Hanya membeli buah saja. Aku bermonolog di dalam hati "macam ni pun ada jua".

............................................................................

Sekarang sudah bulan mei. Mesti pokok-pokok durian di daerah Mantin sudah berbuah. Sangat seronok kalau aku masih lagi berkhidmat disana. Durian oh durian.

Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri KeLima – Pesta Sukan Air Labuan

Siri kali ini di mana aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang akan aku namakan sebagai 'm', telah pergi berfoya-foyaan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan. Kami tiba lebih kurang pukul tiga petang. Hari sangat membakar. Namun ia tidak menghalang kami untuk berfoya-foyaan di sana.

Aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang ku beri nama sebagai 'm' meronda di bahagian gerai-geraian. Di sana kami singgah sebentar di gerai para sepupu. Melihat jualan mereka. Adik ku yang ketiga turut serta dalam aktiviti itu juga. Dia bertugas sebagai tukang masak dan tukang sedia 'burger'. Tugas untuk membungkus telah di berikan kepada isteri kepada sepupu ku yang sehingga kini aku tidak tahu bagaimanakah namanya. Yang aku tau dorang ada anak lelaki bernama Dafi yang amat takut pada ku.

Kemudian aku dan ibu dan adik bongsu dan juga kawan aku yang ku beri nama 'm' meronda bahagian yang menawarkan pertandingan kayak. Sampai di tepi pantai aku lihat air itu sangat jernih. Rasa ingin ku basahi badan ku dengan air yang semasin itu. Air masin itu aku rindui dan bau air itu sangat membuat aku ingin melompat kedalam. Namun ku pangkahkan keinginan ku itu di sebabkan panas terik pada ketika itu. Mahu saja te bakar tubuh ku yang di katakan sedap ini.

2 mei 2009,

Pada hari ini aku dan kawan ku yang ku namakan 'm' pergi ke pesta sukan air Labuan untuk melihat 'autoshow'. Banyak kereta dan sekuter di persembahkan. Pelbagai ketegori telah di sediakan.

Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Keempat - Cuti yang seronok.

1 Mei 2009,

Selamat Hari Pekerja. Dan ramai kawan-kawan aku sudah datang mencari adik aku. Jam baru pukul 8 pagi. Kemudian aku mendapati ada pesanan ringkas masuk di telefon tangan ku. Aku lupa untuk menjemput kawan aku yang datang dari Papar, Sabah. Lalu aku bangkit bangun dan mandi dan menyiapkan diri. Mandi di kampung seawal pagi membuat aku rasa derita. Derita ke bekuan. Sejuk air waktu pagi itu lalu mengibaskan aku zaman aku sekolah lagi di mana aku mandi dengan air sesejuk itu.

Aku perhatikan member aku di luar terminal feri Labuan. Duduk seorang diri. Aku hanya tersenyum dari jauh. Dan ketawa. Kawan aku menelefon aku dan aku hanya tergelak sebab aku berdiri tidak jauh di hadapan dan dia langsung tak nampak aku.

Kami pergi makan soto yang sedap ya amat di sebuah kedai bernama kedai makan ceria. Ramai orang makan di sana. Tempat duduk pun penuh. Memang laris kedai ni. Dalam kami mencari-cari tempat duduk aku terpandang kawan lama kami. Lalu aku ajak kawan aku masuk dan menyerbu tempat duduk kawan kami tu yang bernama 't'. Makan dan berkongsi cerita.

Sedang asyik kami berkongsi cerita tiba-tiba ada satu cerita yang amat menyedihkan. Cerita seorang member kami yang di beri nama 'r' telah menukar status agama. Dari islam ke entah agama apa. Kecewa dan terkejut. Itu sahaja yang mampu di katakan.

Setelah aku dan kawan ku mendapat kereta, aku membawa kawan ku melihat Labuan. Ronda-ronda dan balik ke rumah. Rehat sebab petang aku kena bawa ibu dan adik bongsu ku ke "Pesta Air Labuan".

Andres Si Pekerja Kontrak

Andres. Berasal dari Timur Timor/Timur Leste. Masa remaja Andres iaitu lebih kurang dalam umur 18 tahun Andres sudah berdikari sendiri dan sudah pun mengembara. Mengembara sampai ke Malaysia. Masuk ke Malaysia secara halal pada mulanya dan menjadi haram apabila dia sengaja mematikan visa lawatan sendiri untuk hidup sebagai pendatang tanpa izin. Andres memasuki Malaysia melalui lapangan terbang di Kuala Lumpur pada masa itu terletak di Subang.

Sekarang Andres sudah mempunyai taraf sebagai penduduk tetap di Malaysia. Andres juga mempunyai keluarga. Sephieya isteri kepada Andres dan hasil hubungan sulit mereka, mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonas dan Kameleya, putera dan puteri Andres. Hidup mereka bahagia. Walaupun Andres hanya pekerja kontrak, namun Andres tetap mampu menyara keluarga.

Andres mampu menyara keluarga sebab Andres adalah seorang yang tidak memilih. Semua pun dia tidak pilih. Makan, minum, mandi, mahupun kerja. Sampai la suatu hari dia terpaksa mencari sesuatu untuk di sediakan sebagai santapan kepada permaisuri , putera dan puteri hidup Andres. Setelah sekian lama hanya memakan tumbuhan dari hutan seperti pucuk paku dan tumbuhan air seperti kangkung isteri Andres, Sephieya memohon Andres menyediakan satu makanan berunsurkan daging. Puas Andres mencari apa yang harus di sediakan untuk santapan keluarga. Daging mahal. Ayam mahal. Ikan mahal. Semua mahal di sekarang ini.

Tiba-tiba dia ternampak daging percuma.

................................................................................................................

Maka makanan pada hari itu adalah daging untuk keluarga Andres. Andres berasa senang hati sebab telah menyampaikan hajat anak dan isteri. Bangga di dada Andres.

Lif

230pm, 12 Mei 2009. Selesai dari upacara tidur-tidur di rumah, aku bergegas ke kereta untuk menghantar dokumen kontrak setebal satu inci setiap satu buku dan kesemuanya mempunyai 6 buku. Korang bayangkan beratnya. Mau keluar urat-urat di bahagian lengan aku mengangkat pegi ke kereta.

Tiba di Bangunan WCT land, aku menolak pintu dengan badan aku sahaja. Ada awek yang 'bermuka palsu' dihadapan senyum dengan aku dan membukakan pintu untuk aku.

Cis!!!!!

"Lift under maintenance" satu papan tanda depan lif. Patut awek tu senyum lebar. Aku kena bawa dokumen kontrak tu ke tingkat tiga naik tangga.

Ibu.........

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi - Exist oh ibu

memang betul. Ibu selalu bangun pagi. Seawal 5.00 pagi. Menyediakan sarapan untuk anak-anaknya yang kesemuanya adalah lelaki. Sambil-sambil tu ibu akan membasuh kain dan kemudian akan mengejutkan anak-anaknya dengan penuh kasih, dengan penuh sayang.

Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia - Dato Shake Umi

Ibu memang sengsara. Menjadi ibu dan bapa. Ibu adalah ibu tunggal kepada kami tujuh beradik yang kesemuanya adalah hero dalam hidup ibu. Kami sering berdoa untuk ibu. Agar kami dapat menanggung sengsara ibu. Meringankan semua sengsara ibu.

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan- Exist oh ibu

Ibu. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana ingin meneruskan kehidupan aku dan juga adik-adik yang lain. Bagaimana kami ingin mengisi perut kami yang kosong. Bagaimana kami ingin tidur dengan selesa. Dan siapa pula yang akan mengejutkan kami ketika kami nyenyak tidur. Dan siapa yang akan menyekolahkan kami. Kalau orang lain mesti kami di suruh menjual balsem, keropok dan sebagainya di stesen minyak petronas.

Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita

Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira- Dato Shake Umi

Sedaya upaya ku. Menghilangkan derita ibu. Membuatkan ibu gembira. Bila masa aku telah membantu ibu menjaga adik-adik. Membantu ibu mentadbir keluarga ku yang agak bergelora. Walaupun aku masih lagi bersekolah. Ibu aku menggembirakan mu dengan menyambung pelajaran ku walaupun kau tidak mampu. Namun aku tetap berusaha sendiri menanggung pembelajaran ku di kota konkrit yang amat panas ini. Ibu tak perlu risaukan aku. Anak remaja mu ini bermotivasi tinggi dalam perantauan ini. Biar dimana aku di campak, dengan berkat doa mu aku masih lagi bernafas.

Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...

Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia

Umi... Umi cinta padamu - Dato Shake Umi

Ibu. Derita mu kini aku yang menanggungnya. Apa-apa masalah mu akan kau ceritakan kepada mu. Dan aku akan mengambil semua tindakan tegas seperti jeneral tentera mengarahkan orang bawahan. Aku memang tidak lagi sanggup melihat kau menderita. Biar aku yang menanggung kesemua derita mu ibu.

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati- Exist oh ibu

Ibu. Hasrat ku dan juga hasrat adik-adik ku yang mahu kau tahu bahawa kami sangat menyayangi mu, bahawa kami mahu menanggung derita mu, bahawa kami sanggup bekorban demi mu ibu. Namun kami belum lagi sempat melakukan sebahagian dari hasrat kami ini. Setiap hari kami mencuba dan terus mencuba dan terus. Sampai kami berjaya. Mudah-mudahan kami sempat melakukannya, membuktikannya.

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu- Exist oh ibu

"Ya Allah. Ampuni lah segala dosa ibu Fatimah Bte Md. Yassin. Tempatkan lah ibu bersama-sama insan yang mulia. Kau bahagiakan lah kehidupan ibu ku Ya Allah. Murahkanlah rezeki ibuku dan Kau panjangkanlah umur ibu ku Ya Allah."

Doa ini selalu ko bacakan. Untuk ibu ku. Ibu, aku mohon maaf atas segala kesilapan ku. Kekasaran ku. Kebiadapan ku yang mana telah melukakan hati mu. Ibu selamanya adalah hari mu.

Kepada ibu ku Fatimah Bte Mohd Yassin yang membesarkan ku. Yang memanjakan aku biarpun aku anak sulung. Dan mengharapakan aku membantu ibu suatu hari nanti dan harinya sudah tiba, aku ingin meminta maaf kepada mu atas segalanya.


Hari Jumaat Yang Ramai Kaum Wanita

Hari jumaat memang ramai kaun wanita di Jusco Bukit Tinggi ni. Selalu aku perhatikan. Bukan aku tak sembahyang jumaat. Tapi aku kadang-kadang makan kat 'food court' dalam jusco tu. Saja-saja tukar angin. Tak pun ada member yang baik hati membelanja aku makan kat sana.

Sambil-sambil tu aku cuci-cuci mata la. Sebab ramai wanita mengenakan baju kebaya. Tapi agak seksi. Hairan aku. Hari biasa tak macam tu. Hari jumaat juga lah di pakai baju macam tu. Gila apa.

Belum lagi tu. Ada yang bertudung. Tapi bawak balak. Balak dorang tu belum akil baligh lagi ke?


Sekian terima kasih.

Ragut

Jahanam.
Peragut memang patut mati.
Aku doakan agar peragut-peragut di Malaysia ini mati dengan dasyat.


Bacaan lanjut arahkan 'cusor' anda ke sini.

Kamu....!!! Tolong lah!!!!!

Tolong...!
Itu sahaja yang aku mampu perkatakan.
Itu sahaja yang aku termampu selain memerhatikan.
Jangan salahkan binatang itu.
Jangan salahkan Tuhan.
Salahkan kepada manusia itu.
Kerana semuanya datang dari manusia itu sendiri.

Tolong....!
Jangan tangkap binatang itu.
Jangan bunuh binatang itu.
Dan juga jangan di biarkan binatang itu.
Tangkaplah manusia itu.
Bunuhlah pembunuh itu.
Kerana semuanya datang dari manusia yang tinggi nafsunya.
Kerana semuanya datang dari manusia yang pelik nafsunya.


Dato' Paduka.
239pm, 7hb Mei 2009.

Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Ketiga: Gagah Mendaki Bukit Dan Menyusuri Hutan serta Tebing Yang Indah

Minta maaf sebab tajuk aku panjang macam nak buat satu karangan. Sebab aku suka macam tu. Sebab itu aku punya gaya penulisan. Sebab aku gembira macam tu.

30hb April 2009,
4.00 petang. Penat menaiki kapal terbang sambil membuang angin belum lagi habis di balas dengan rehat yang amat merehatkan, tiba-tiba satu panggilan telefon masuk ke telefon tangan aku. Hanya dengan satu ayat sahaja iaitu "sedia" aku pun terus mengenakan baju lengan panjang aku tapi bahagian celana aku aku kenakan celana yang pendek. Atas lutut sikit. Hehehehe.

Tibanya sahabat aku dengan jeep yang menjadi kaki utama kami sekumpulan, sekumpulan lelaki yang beperangai pelik tapi macho dan bergaya (puji diri sendiri sebab korang takkan puji aku) dan terus kami tuju ketempat yang bernama Warisan Sejarah Terowong Bekas Lombong Arang Batu. Ya, Labuan pernah menjadi popular dengan arang batu. Tiba di sana kami mengambil beberapa gambar yang akan di 'upload' kemudian sebab aku punya kad reader takde.

Memang terasa hebat sangat bila kami sampai di puncak. Sungguh indah. Lama aku tak melihat Labuan dari tempat yang tinggi dan melihat kehijauan pulau ini. Asyik-asyik aku lihat hutan batu di Kuala Lumpur. Naik bengkak mata aku. Destinasi kedua kami ialah tebing pantai pancur hitam. Tebing yang curam membuatkan kami ghairah untuk merentas hutan di bahagian tebing tu. Dah la tepi pantai, curam dan cantik pula tu.

Pada sebelah malamnya pula kami melepak di bandar Labuan. Sebab itu adalah benda wajib kami dari dulu kini hingga sekarang dan kemudian hari. Malam belabuh dengan kesejukan kampung halaman aku. Hebat dan hebat sejuk di kampung dari sejuk yang ada di bandar besar ini.

Bersambung...

Siri Balik Kampung Halaman Siri Kedua: Mendaki Ke bukit Merentas Hutan dan Tebing

30hb April 2009,
Berbunyi roda kapal terbang itu sama juga berbunyinya kentut ku. Aku rasa sangat hebat. Bila saja ada pengumuman yang berbunyi "Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati, kita telah selamat....blablabla....." Aku meminta lalu dan kemudian aku mengambil bagasi yang berada di atas kepala ku. Aku keluar dari isi kapal terbang dengan hati yang amat senang dan gembira. Seperti baru mendapat hadiah tempat pertama ketika berada di bangku kayu sekolah rendah. Sangat hebat!!!!

Aku menanti beg aku keluar dari mesin yang putar-putar itu keluar. Hampir 15minit kemudian baru keluar beg aku. Sambil-sambil aku menanti kehadiran beg itu aku mesti mengejutkan sahabat rapat aku untuk mengambil aku di lapangan terbang labuan yang agak 'cool' itu. Sahabat aku tiba bawa kereta yang 'cool' jenama honda. Kami pegi sarapan sebab aku dan ibu hendak berjumpa di pusat perniagaan yang paling popular di kampung halaman aku ni. Sebab pusat perniagaan ni popular kerana ia adalah yang pertama dan terakhir berdiri sebagai pusat perniagaan. Korang fahamkan. Tak faham tanya cikgu korang.

Pertemuan aku dengan ibu di pusat perniagaan. Dan persoalan yang pertama ibu tanya ialah "Lampuh jua kau?? Inda ku kanal dari jauh" aku hanya tergelak. Aku dan ibu pulang ke rumah pukul 115 petang sebab dah panas sangat di kampung ku. Lagipun aku ada aktiviti pertama aku iaitu mendaki bukit merentas hutan dan tebing laut.


Bersambung lagi......

p/s: Sepanjang perjalanan aku di dalam kapal terbang aku asyik teringat sambil terkentut, mimpi aku yang buruk..... seram gila....

Siri Balik Ke Kampung Halaman

29hb April 2009,
Aku sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Aku mengemas barang-barang kiriman ibu dan juga barang-barang ku. Dalam masa setengah jam selesai segalanya termasuk mandi. Ini di kira pakej. Pakej 30minit bersiap sedia. Dan aku sempat bertemu dengan'nya'. Makan sekali dengan'nya'. Selesai sahaja aku makan kereta BMW Malaya aku pun terus meluncur laju menuju ke Bukit Mahkota, Bangi.

Tiba di sana aku terus beborak dengan sahabat aku bernama 'a' yang mempunyai motosikal besar. Dan aku suka melihat motsikal besar itu. Dari rumah kami berpindah ke kedai mamak untuk berborak. Kali ni bertambah dengan seorang lagi teman yakni jiran sebelah rumah 'a' yang bernama 'af' yang mana 'af' mempunyai adik perempuan yang selalu 'a' dan abang kepada 'a'(yang kini berada di U.K.) dan juga aku perkatakan.

30hb April 2009,
Bangun seawal 5 pagi untuk bersiap sedia menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (yang mana selepas ini akan di sebut-sebut LCCT). Tiba di LCCT aku menuju ke kaunter daftar masuk. Kali ini aku awal datang sebab aku khuatir terlambat seperti bulan ramadhan lepas di mana aku terpaksa berlari-lari dari hujung ke hujung bangunan LCCT. Macam tak puasa. Padahal aku puasa. Jangan cakap aku tak puasa sebab berdosa kau cakap aku tak puasa.

Dalam kapal terbang aku duduk di tepi tingkap. Sekarang Air Asia pun dah kena duduk ikut nombor yang di sediakan. Sekapal dengan aku adalah kumpulan Kristal. Aku buat tak kenal je sebab aku rasa aku lagi artis dari dorang. Hahahahahahahahaha. Dan duduk di sebelah kanan ku adalah dua orang awek.

Dari mula penerbangan sampai la di umumkan oleh pemandu kapal terbang aku terus mengeluarkan angin dari perut. Kadang-kadang harum, kadang-kadang takde bau. Selamat la awek yang duduk tepi aku tukan. Hehehehehehehehe.

Bersambung........

Menanti Dan Terus Menanti

Ada yang menutup telinga.
Ada yang menutup mata.
Ada yang menutup mulut.

Ada yang mengenggam tangan suami, isteri, anak, teman wanita, teman lelaki, teman dan ada juga yang mengenggam kerusi. Ada juga yang mengumat-kamitkan mulut sendiri. Entah apa yang di baca. Ada yang bepura-pura untuk membaca buku. Padahal buku sudah lama habis di baca.

Ada menggeletar tangan, kaki dan tubuhnya. Sepi. Sunyi. Terdengar suara seakan orang sedang muntah. Jantung semakin tinggal jauh dan berdebar. Tiba-tiba kerusi begegar. Dan satu suara berkumandang "Tuan-tuan dan Puan-puan, kita telah selamat mendarat di destinasi kita..blablablabla....."


p/s: Blog ini telah kembali beoperasi. Sekian terima kasih...