Shaolin VS Witch

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton 2 filem luar negara. Jadi aku bandingkan kedua-dua filem ini. Filem pertama adalah filem 'season of the Witch'. Buatan barat la ni kalau sudah pelakon pun brother Nicholas Cage. Cerita ni memang nampak karut sikit tapi cerita ni banyak juga berkaitan agama. Cerita yang berkaitan dengan perang salib dan pemerintahan gereja yang di tentang oleh rakyat.

Cerita kedua adalah Shaolin. Cerita cina. Cerita pemerintahan di negara China suatu masa dahulu. Ni sangat best dengan effect dorang. Tambah pula cenimatic tone yang mereka gunakan membuatkan aku kagum dengan pembikin filem asia. Kalau nak cakap jalan cerita aku rasa cerita Shaolin ni lagi baik daripada cerita 'Season of the witch'.

4.5 bintang untuk Shaolin.

Pesanan Dari Yang Berpengalaman

Di pejabat tempat aku bekerja sekarang ni ada satu orang wanita yang aku panggil auntie. Memang auntie pun umur sudah 48 tahun. "Umur tua tia apa yang penting hati muda bah". Padahal muka dia tidaklah nampak tua mana pun. Macam hujung-hujung 30-an adalah.

Aku dengan si auntie ni memang kamcing. Sikit-sikit ketawa. Walaupun benda serius. Walaupun tengah sibuk dan pening. Memang seronok. Lagi seronok kalau kena ceramah. Contoh hari jumaat aku tidak pakai baju melayu. Aku akan kena ceramah. Blablablabla. Macam-macam la.

Tapi apa yang point penting disini adalah pesanan pagi tadi yang di tujukan untuk kaum lelaki.

"Kalau kau sudah kawin nanti, jangan pandai buat saja. Jaga anak pun mesti pandai. Kasi tidur anak mesti pandai. Barulah ada kerjasama."

Musim Limau

Datang lagi musim ni. Selalunya mesti aku sakit perut makan limau terlalu banyak. Tapi kali ni macam kurang saja limau yang di hantar ke syarikat baru ni. Kalau yang dulu mesti banyak. Mesti aku sapu sampai 2 3 kotak. Tidak sabar aku menunggu limau itu.

Tadi pagi aku dengar radio mengatakan bahawa ada blogger dapat paling kurang 12k sebab berblog. Aku mahu cakap sudah 3 tahun berblog satu sen pun belum ada aku terima. Tidak perlulah nak besarkan pekara ni. Haih..

Berkenaan Dengan Pakaian Ke Pejabat Aku

Bagi aku pakaian ke pejabat mestilah kelihatan bersih, segak apabila dipakai, dan nampak macam baru. Semua tu mempengaruhi pandangan orang lain, mood dan keselesaan aku. Bagaimana aku memilih pakaian ke pejabat aku? Aku hanya ada beberapa pakaian yang cukup untuk pergi ke pejabat selama 10 hari. Kira 2 minggu. Semuanya aku ganti-ganti. 'Rotation' bak kata orang. Entah betul entah tidak. jadi setiap pakaian akan aku pilih rambang sahaja. Tidak perlu pun pening-pening memilih.

Selalunya sebelum aku bertolak ke pejabat aku akan memandang cermin diri untuk mengenakan sentuhan terakhir pada rambut. Tapi hari ni lain. Lain sangat. Aku terpandang kepada diriku. Pakaian aku. Rupanya selekeh gila pakaian ke pejabat aku. Dan dalam perjalanan ke pejabat aku tanya kat 'nya' aku "adakah pakaian aku ok hari ini?"

Jawapan 'nya' aku senang sahaja "Macam badut".

Mood jatuh ke tahap negatif. Aku memang perlukan pakaian ke pejabat yang baru nampaknya.

Haih!!!!!!

Pening Untuk seketika Tapi Lepas Tu Pening Lagi

Melalui tajuk diatas pun sudah kamu tahu bahawa saya sedang pening. Panjang tajuk. Ingatkan cerah sampai petang sampai balik. Rupanya tidak. Aku tidak akan senang duduk. Mahu goyang kaki. Lagilah tidak akan kesampaian.

Mood yang tadinya naik sekarang sudah turn balik. Malasnya mahu kerja ini hari. Esok kerja lagi.


Harghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Pentingnya Mempunyai Lesen Serta Pengalaman Memandu

Memang tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan lesen memandu bagi mereka yang memandu sesebuah kereta samada besar atau kecil, komersial atau bukan-komersial, lori atau pikap. Lesen memandu pula mempunyai pelbagai kelasnya. Ada lesen untuk memandu motosikal, kereta, lori, teksi dan sebagainya.

Antara kepentingan yang paling nyata adalah, untuk menunjukan kita mampu atau berkebolehan untuk memandu sesebuah kenderaan. Tidak kira apa jenis sekalipun. Kalau kita tidak mempunyai lesen mesti kena saman, kena marah dan sebagainya.

Bukan itu saja. Ada lagi. Satu lagi kepentingan lesen memandu. Masa temuduga lesen memandu pun diambil kira ok. Apa yang menarik lagi bila ditanyakan pengalaman memandu berapa kilometer. Macam mana mau jawab kalau aku sudah drive beberapa tahun.

Kualiti! Ini Baru Kualiti.



Ni baru video yang berkualiti. Nampak sangat kualiti yang sangat kreatif. I like...

So Sweet (Buat gaya awek-awek sikit)

Serius sweet pulak dorang bedua ni. Cewah.




"Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu"

Harap-harap 'nya' aku faham. Hahahahahaha

Bila Agaknya

Setahun sudah aku balik kat sabah ni. Dalam masa setahun ni baru sekali aku tukar tempat kerja. Di tempat baru ni ok banyak dari tempat lama. Tempat lama agak cekik darah. Biasalah bumiputra kalau tak cekik bumiputra nak cekik siapa lagikan.

Sebenarnya sepanjang setahun berada di Borneo, aku telah merancang ingin melancong ke tanah semenanjung. Jumpa kawan-kawan lama. Borak-borak. Lepak. Makan. Macam-macam lah yang aku rancang.

Tapi apakan daya, kita hanya merancang dan Allah s.w.t. yang menentukan segalanya. Insyallah tahun ni aku pergi melancong. Kumpul duit dululah.

Khurafat - Dari Hati Ikhlas

Ramai mengatakan bahawa filem Khurafat adalah yang paling seram tahun ini. Televisyen cakap seram, akhbar-akhbar cakap seram, temubual pun cakap seram, termasuklah radio cakap seram. Secara ikhlas aku cakap disini aku langsung tidak merasa seram. Filem ni lebih banyak aksi-aksi atau adengan-adengan yang boleh buatkan kita terkejut dan bukan seram.

Apa yang lebih mengecewakan adalah mengenai hantu dalam cerita tersebut. Jangan sesekali meniru gaya hantu jepun atau lebih tepat lagi 'Ju-on'. Masa aku tengok cerita ni ramai yang menjerit. Bukan jeritan seram, tapi jeritan yang menyebut "JU-ON!!".  Apa semua ini? Lemah semangat nak tengok cerita seram gelak lagi adalah.

Jika di bandingkan dengan cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', saya lagi seram tengok cerita HKLBR dari cerita Khurafat. Lagi seram part Kak Limah bediri ditingkap dan masuk ke bilik awie pada waktu malam. Seram gila. Cerita macam ni yang saya mahu tengok. Bukan cerita yang banyak buat terkejut.

Awan Nano

Memang patut Hafiz AF7 dapat vokal terbaik pada AJL ni. Lebih-lebih lagi kalau dengar lagu ni. Lagu "awan nano".




"Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu"


Sungguh menarik lirik. Dan lebih superb adalah video ni. Memang ada style orang bilang.

Berkenaan Sembahyang Jumaat Aku

Aku sembahyang Jumaat di surau ni. Memang cukup ramai orang. Kadang-kadang tu memang tidak muat nak sembahyang. Behimpit-himpit.

Cuma satu saja yang aku risau. Kenapa warga asing (india, pilipino dan pakistani) mewakili 80% daripada jemaah di surau tu? Mana mereka yang bergelar warga tempatan yang lain? Makan di kedai ka? Atau tidur di kereta?

Macam-macam o bau.

Apa Akan Anda Lakukan?

Aku selalu baca Harian metro online. Bahagian yang paling aku suka ialah bahagian bimbingan/dang setia. Macam-macam soalan. Yang ini bagi aku amat menarik:


"Teruna ragu-ragu curahkan perasaan



SAYA meminati seorang gadis dan kami berkawan 11 tahun. Sejak tahun lalu, saya mula menyimpan perasaan terhadapnya.
Dia gadis yang baik pekerti dan budi bahasanya. Saya yakin dia boleh menghormati orang di sekeliling saya dan juga ibu bapa saya. Kerana itulah saya jatuh hati padanya.
Saya bekerja di sebuah syarikat penyiaran dan dia pula masih belajar. Umur kami sebaya. Kami pernah keluar bersama beberapa kali dan menelefon serta menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) tiga kali seminggu kerana dia masih belajar dan tidak mahu dia terganggu.

Saya tidak pernah meluahkan isi hati saya pada si dia. Lama-kelamaan saya mula berfikir, jika saya tidak meluahkan isi hati saya kepadanya secepat mungkin, kemungkinan saya menyesal kerana terlambat. Tidak mungkin saya boleh mencari wanita lain sebaik sepertinya. 

Apa perlu saya lakukan dan bagaimanakah cara terbaik untuk meluahkan isi hati saya padanya? Pada masa dan suasana manakah yang sesuai untuk meluahkan perasaan ini?

DELIMA
Selangor
 "


Kalau anda di tempat si teruna ini. Apa anda akan lakukan?

Rasanya Seperti Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Baru-baru ni iaitu semalam aku pergi 'site' di Lahad Datu, Sabah. Kalau naik bas memang lama. Sampai kebas-kebas badan. Jadi aku naik kapal terbang. Sebelum ni pun memang naik kapal terbang. Belum lagi staf-staf sini naik bas pergi site yg jauh-jauh drive sendiri atau naik bas. Habis kebas-kebas badan tidak dapat bekerja. Buang masa.

Semasa perjalanan pergi memang cuaca sangat cantik dan sedikit berawan apabila tiba di Lahad Datu (LD). Jadi  juruterbang telah membuat hati ku gundah gulana gelisah entah kemana-mana dengan mengelak kiri kanan awal-awal tu. Siap buat 'U-turn' lagi. Ada orang cakap macam roller coster. Uncle cina sebelah aku pun muka cuak sudah bila pilot tu buat U-turn macam roller coster. Aku memang keras-keras badan la.

Rasanya seperti aku ni baru pertama kali naik kapal terbang. Haih...!!!

AJL 25?

Entah hampir semua cakap AJL 25 punya pemenang sepatutnya tidak menang. Pada aku semua tu rezeki si pemenang. Nak sakit hati untuk apa? Korang dapat bahagian ke kalau lagu orang lain menang selain dari pemenang semalam?

Layak ke tidak semua sudah terjadi. Juri adalah seorang yang adil. Kalau tidak adil bukanlah juri. Lagipun tahun lepas pun ramai juga orang tidak puas hati dengan keputusan juri. Aku rasa macam tiap-tiap tahun orang tidak puas hati dengan juri.

P/S: Sampai buat page di facebook tu. Tajuk dia "Kami tidak bersetuju Ana raffali menang AJL 25". Malaysia oh Malaysia.

Menjelmalah Idea Mencurah-curah

Menaip tanpa arah tujuan adalah kemahiran aku. Memang aku selalu menaip tanpa arah tujuan. Penting ke tidak aku pun malas la nak cakap. Setiap kali ada mood aku nak menaip mesti tiba-tiba hilang idea. Kadang-kadang masa bawa kereta tu ada juga idea terlintas tapi bila depan komputer 'social networks' pula yang terlintas. 

Ok. Awal-awal tahun macam ni rasa macam mau ambil cuti 2 3 hari. Tapi bila tengok-tengok tarikh masa yang paling sesuai cuti ialah tahun baru cina ni. Sebab boleh sambung-sambung sampai 2 3 hari. Kalau dulu sah-sah cuti sampai seminggu dua. 

Bingung. 

P/S: Apa laman web yang sesuai untuk letak-letak gambar? Kalau tahu tolong tunjukan.

Rasanya Seperti Pertama Kali Bawa Motosikal

Entah kenapa. Hati rasa senang sangat. Rasanya seperti baru pertama kali bawa motosikal. Padahal mula-mula aku bawa motosikal ramai orang takut nak naik dengan aku. Cakap aku bawa macam nak langgar orang. Padahal aku rasa aku sudah cukup berhati-hati.

Oh ya. Aku belajar bawa motosikal ketika umur aku 20 tahun. Mempunyai motosikal sendiri ketika mula-mula bekerja. Syarikat punya motosikal. Hati memang senang tapi tiada lesen. Selepas setahun motosikal ni kena curi time aku sudah masuk ke pejabat. Dapat naik pangkat la katakan. Sakit hati masa tu. Motosikal kena curi.

Selang 2 minggu kemudian aku beli sebuah skuter yang bernama 'gagak hitam'. Hati senang bertambah senang sebab masa tu aku memang dapat bonus 2 bulan. Kena pula masa tu adalah bulan puasa. Memang senang hati tahap naik motosikal pertama kali.

Tapi kenapa semalam aku merasakan hati macam tu juga? Apa kaitan? Mungkin ada orang yang jujur dengan aku dan buat aku di hargai.

Terima kasih.

Perlukah Azam Baru?

Tiap-tiap tahun pasti ada saja orang tukar-tukar azam, walhal azam yang lama masih lagi tersangkut. Masih lagi belum dikecapi. Tapi tiap-tiap tahun baru saja mahukan azam baru dan azam yang lama di padamkan begitu sahaja. Langsung lupa apa azam tahun lepas. Kalau begini bagus tidak meletakan azam dalam hidup. Benda sama sahaja. Lagi bagus kalau kalau kamu meletakan matlamat atau azam kamu dan perbaharui sahaja azam tu sekiranya belum tercapai. Kalau sudah tercapai barulah buat azam baru.

Lagipun rasanya kalau mau berazam tidak perlu tiap-tiap awal tahun. Bila-bila masa boleh berazam.

Azam baru? Perlukah?