Pesanan Dari Yang Berpengalaman

Di pejabat tempat aku bekerja sekarang ni ada satu orang wanita yang aku panggil auntie. Memang auntie pun umur sudah 48 tahun. "Umur tua tia apa yang penting hati muda bah". Padahal muka dia tidaklah nampak tua mana pun. Macam hujung-hujung 30-an adalah.

Aku dengan si auntie ni memang kamcing. Sikit-sikit ketawa. Walaupun benda serius. Walaupun tengah sibuk dan pening. Memang seronok. Lagi seronok kalau kena ceramah. Contoh hari jumaat aku tidak pakai baju melayu. Aku akan kena ceramah. Blablablabla. Macam-macam la.

Tapi apa yang point penting disini adalah pesanan pagi tadi yang di tujukan untuk kaum lelaki.

"Kalau kau sudah kawin nanti, jangan pandai buat saja. Jaga anak pun mesti pandai. Kasi tidur anak mesti pandai. Barulah ada kerjasama."

3 comments:

Puan Capa said...

ya btol.aku sangat setuju!

aleen aiden said...

yg nih memang aku setuju sesetuju setujunya.ha3

VFN said...

silalah bekerjasama dgn baby..
haahahaa