Bukan rayuan Gombal Dong.




~~~~Selamanya hanya diri mu...!!!!!

P/S: Memang Layan suara budak ni.

Pesan Bos

1. Kau ingat dapat gaji besar boleh terus kaya? 

Aku jawab - Tapi bukan saya mau jadi kaya dengan gaji besar. Saya mahukan keperluan hidup ini cukup untuk menampung keluarga dan hidup.

2. Biar ada makan, jangan tiada langsung makan. 

Aku jawab - Ya aku tahu. Pasal tu aku mahukan gaji besar. Harap ko selidik balik la penyataan kau ini ok.

3. Saya tau kau ni susah, saya pun susah juga dulu. Hari-hari jalan kaki pergi sekolah. Tidak tinggal dengan famili. 

Aku jawab - Apakah kaitan jalan kaki dengan kesusahan seseorang. Aku pun memang jalan kaki pergi sekolah. Jadi?

4. Kau tengok company-company yang lain, semua sudah kurang bisnes. Projek semua kena tahan. Nasib baik company ni ada bisnes lain. Bolehlah bayar gaji kamu. Pasal tu saya kasi minimum kamu punya gaji. 

Aku jawab - Kalau company lain kurang bisnes, kenapa dorang kasi iklan jawatan kosong?

5. Lagi satu, kau kena tahu bisnes durang tu halal ka tidak? Kau faham jugakan kita ni sama muslim walaupun saya ni muallaf. 

Aku jawab - Kau pun sama. Kau fikir la bisnes kau ni dulu macam mana. Jangan la masuk campur bisnes luar.

Ini adalah kata-kata yang sempat aku copy dari bos aku bila aku mau resign. Yang lain aku tidak berapa ingat sebab aku sudah terbangkan minda ku dari bilik bos aku. Tapi satu sajalah aku jawab dalam hati saja semua ni.

Terkini

Waktu kerja: 8.00 pagi sampai 5.00 petang.

Hari: Isnin sampai Jumaat. Sabtu 'halfday'.

Kerja: Melakukan semakan pada claim. Kadang-kadang submit beberapa surat kepada client. Mengarang. Jalan-jalan pergi site. Ada juga kadang-kadang bercakap melalui telefon. Tapi yang paling hebat ialah bila melawat ke sini. Memang heaven.

Politik Lagi

Mungkin ada diantara kalian yang ingin menjadi kontraktor, yang ingin menjadi peniaga. Aku ada beberapa tips yang menarik untuk di kongsikan terutamanya kepada bumiputera malaysia yang ingin menjadi peniaga dan kontraktor yang berjaya.

Pertama, sebelum buat apa-apa pastikan ada duit. Duit adalah segala-galanya bagi sesiapa yang baru ingin memulakan kerjaya ini. Tanpa duit macam mana mau mula. Macam mana mau itu ini.

Kalau ada duit baru boleh menuju ke langkah seterusnya iaitu kena ada semangat politik. Daftar la jadi pemuda pas ke, pemuda umno ke, pemuda pkr ke, semua la. Yang penting mesti aktif dalam kumpulan politik ini. Baru senang dapat bantuan. Baru projek boleh jalan. Bisnes pun boleh maju.

Kesimpulanya sangat senang. Kuatlah berpolitik untuk jadi Kontraktor berjaya ataupun peniaga yang di kenali ramai.

Politik Sana Sini

Politik. Politik. Politik.

Semualah politik. Politik negara lagi. Politik hidup lagi. Politik pajabat lagi. 

Tapi yang paling teruk politik di pejabat yang kecil. Baru pejabat kecil, pun politik kalahkan pejabat besar. Depan aku lain di cakap. Depan bos lain dicakap. Belakang lagi la.

Bawalah mati kau punya politik itu. 

Ron oh Ron (Bukan Cerita Pasal Ronney)

Bercerita mengenai petrol memang penting juga sekali sekala. Petrolkan sudah menjadi keperluan kita zaman sekarang ni. Terutama yang mempunyai kenderaan yang menggunakan petrol. Tidak kiralah samada menggunakan Ron'95 atau Ron'97. 

Tapi bila kita sebut sudah nama-nama petrol ni mesti kita mau rungkaikan lagikan. Ok. Senang. Bagi fahaman aku, ron'97 pada sekarang ni di panggil minyak mahal atau minyak lama dan ron'95 adalah dinamakan minyak murah ataupun minyak baru. 

Sekarang aku ingin merungkaikan beberapa fakta yang di buat oleh aku sendiri dengan menjalankan ujian sendiri dan di sahkan benar oleh aku sendiri juga. Semua aku buat sendiri. Kira ini adalah repot daripada seorang amatur dalam perbezaan Petrol Ron'97 dan Ron'95.

Ron'95 - Kuasa enjin Tiada, Penjimatan Tiada, Penjagaan Enjin Kurang, Hairan harga lebih kurang macam harga kalau pakai ron'97.

Ron'97- Kuasa enjin ok, siap cepat panas kalau pagi-pagi, dan tidak mati-mati enjin. Penjimatan sangat jimat walaupun mahal. Penjagaan enjin jangan cakap la memang 'tiptop'. Senang cakap enjin kenderaan Malaysia ni memang sesuai untuk petrol bernama ron'97.

Dan kesimpulannya, aku rasa ron'95 ni sesuai untuk mesin-mesin seperti mesin rumput, mesin pam air dan sebagainya. Jadi ron'95 di wujudkan supaya kita selalu hantar kenderaan pergi bengkel dan ron'97 di naikan harga untuk menguntungkan orang-orang yang jual minyak.

Sekian, terima kasih.

Tempurung

Pepatah melayu berbunyi "Bagaikan katak di bawah tempurung".

Kenapa? Bunyinya sungguh ganjil. Tapi pada pemikiran aku, benda ni tidak sepatutnya wujud. Tidak sepatutnya menjadi persoalan. Kenapa kalau kuno sedikit mesti kena panggil "bagaikan katak bawah tempurung". Untuk apa dilabelkan dan di samakan manusia dengan binatang walaupun sebenarnya kadang-kadang manusia itu lebih jijik dari binatang apabila melakukan pekara bodoh seperti menyiksa darah daging sendir ataupun "makan" anak sendiri. Atau mudah aku katakan manusia pun bunuh manusia.

Sebenarnya, apa yang ingin di perkatakan oleh otak aku seorang manusia yang lemah seperti kalian adalah mudah, jangan kita beza-bezakan antara manusia. Walaupun di mana manusia itu hidup, di dalam atau di luar tempurung mereka adalah sama.