[KE]gembira[an] boleh me-nukar peri-laku [men]jadi lebih baik.

Jelas sekali sesuatu yang menggembirakan dapat menukar ting-kah-laku, pera-ngai, dan [se]kutu. Kenapa aku cakap begini. Setelah aku lihat beberapa video dari The Fun Theory, ternyata sekali kegembiraan boleh menukar  ting-kah-laku se[se]orang.

Di bawah adalah antara video yang aku suka [ton]toni. Yang lain tekan sahaja di link di atas ini.



Fun can obviously change behavior for the better.



Diari Ramadhan - Kerja

Kerja semakin banyak sebab ramai sub-con mau duit awal mau bagi pekerja-pekerja mereka gaji sebelum hari raya.

Cina pun faham bah.

Hari Raya Yang Bakal Menjelma

Hari raya kali ini betul-betul memberikan tekanan kepada aku. Dari segi kewangan memang aku tekanan. Tambah aku adalah anak sulung yang merantau. Kena gaji aku pun tak cukup untuk membuat persediaan untuk mak dan adik. Hidup aku menjadi tekanan.

Memang aku bukan orang yang senang. Aku orang yang susah. Dari kecil sudah hidup susah. Semuanya takkan terjadi kalau bapa tidak berubah. Mungkin aku tidak akan susah macam ni.

Harap ada keajaiban sempena hari raya ini.

Diari Ramadhan - Malam

Semalam. Aku cadang mahu tidur awal. Jadi selesai merokok, tepuk-tepuk bantal, setting badan aku pun mulakan sesi hendak tidur.

Rasa feel mahu tidur sudah terbit bila aku merasakan terapung. Walaupun aku sebenarnya baring. Mainan perasaan.

Tapi malang tidak berbau. Baru setengah jam aku tidur, belum mula pun mimpi-mimpi indah, aku tesedar dan merasa segar. Tapi aku tidak putus asa. Aku paksa tidur. 


Jam pertama belum ada rasa mau tidur.


Jam kedua belum ada rasa mau tidur.


Jam ketiga pun sama. Entah jam keberapa baru aku tidur.


Hasilnya. Aku gagal bangun sahur untuk beberapa hari ini. 


GAGAL!!!

Semalam Tengok Berita Utama

Hairan aku, sikit nak merusuh. Sikit-sikit nak merusuh. Sebut ganyang Malaysia. Baru kena tangkap pegawai perikanan. Kalau tiada salah tidak kena tangkap. Sedarlah banyak rakyat indonesia di malaysia ni menumpang. sah atau tidak belakang cerita.

Diari Ramadhan - Tidur

Setiap kali tiba bulan puasa memang susah untuk aku tidur waktu malam. Walaubagaimana mengantuk pun tetap sukar untuk mendapat tidur yang diperlukan. Pusing-pusing pun sama. Hasilnya waktu siang aku cepat emo dan mengantuk.

Ada apa-apa tips???

Pekerja Aku Suatu Masa Dulu.

Serius muka pekerja aku ni ganas macam incredible hulk. Cuma dia ni hitam dan tak pandai cakap melayu. Bangla tau la.

Sakit Gigi

Bukan aku. Ini cerita kawan aku yang selalu sakit gigi.

Orang cakap kalau sakit gigi ni banyak pantang. Ya. Aku memang katakan ya. Aku pernah bagi kung fu pada adik aku suatu ketika dahulu ketika di rumah ku. Rumah kayu aku tengah tidur adik aku lari-lari di rumah. Rasanya seperti sedang berlari sambil pijak-pijak kepala aku. Aku gunakan kung fu yang Ip man ajar aku untuk membuatkan adik aku duduk diam-diam sambil air mata keluar.

Sakit gigi ni boleh di iktiraf sebagai mejik. Kejap ada kejap tiada. Paling hebat kalau sakit gigi tiada duit mau bawa jumpa doktor gigi. Macam kawan aku. Waktu minta duit dengan kakak beliau memang sakit gigi. Bila sudah dapat duit hilang langsung sakit gigi. Hajat mau bawa ke klinik gigi swasta pun terbatal. Belanja kawan-kawan lagi afdal. Tapi, bila sudah habis belanja kawan-kawan, sakit gigi datang. Hasilnya terpaksa juga ke klinik kerajaan.

Klinik gigi kerajaan pula satu hal. Hal besar. Klinik gigi mesti ada hari-hari tertentu. Itu yang buat kawan aku lemah. Nasib baik murah. RM 1 sahaja. Tapi yang bengang lagi klinik kerajaan ni terlebih pandai. Kawan aku sakit gigi lain, yang lain di cabut. Memang layan sakit gigi kawan aku tidak pandai sembuh. Kena datang kali kedua baru boleh di cabut gigi yang sakit.

Inilah penangan sakit gigi.

Sekian.

Diari Ramadhan - Bazaar Ramadhan bukan Banzai...

Setelah sehari kita berpuasa mesti kita mahu makan benda-benda sedapkan. Maklumlah nafsu. Memang kalau ikut nafsu, lagi elok kalau kita ber-ala kadar sahaja. Macam ustaz-ustaz kan ayat aku.

Tempat yang paling sesuai untuk seorang 'pemalas masak sendiri' ialah bazaar ramadhan. Kalau bagi aku memang aku suka cari makanan di bazaar ramadhan ni. Macam-macam yang rare. Sendiri mau ingat la apa yang rare kan. Antaranya kuih muih yang terjual la. Macam-macam jenis. Tapi janganlah terlampau memborong sehingga orang yang kemudian pun tidak kesampaian mahu merasa kuih-kuih itu. Agak-agak la. Kesian pada orang yang balik pukul 6 mahu cari makanan. Kalau sampai borong kuih tu dikira membazir amalan syaitan tu kalau tidak habis.

Ada lagi satu yang aku lemah pasal bazaar ramadhan ni. Ini memang selalu terjadi. Tidak kira di mana-mana. Aku sudah kaji di beberapa lokasi bazaar di Malaysia. Memang confirm aku hilang beberapa peratus pahala puasa akibat daripada pekara ini. Rasanya lelaki lebih tahu benda ni.

Pandai-pandai fikirlah ok.

Diari Ramadhan

Pernah ka korang ketika bulan ramadhan ni korang main sikit peraturan puasa. Ala yang pandai-pandai puasa boleh sambung-sambung tu.

Mesti korang susah nak fahamkan. Ok macam ni, korang puasa lepas tu korang makan atau minum atau hisap roko tengah hari kemudian korang sambung balik puasa sampai waktu berbuka, berbuka dengan tenang tanpa rasa bersalah.

Aku pernah!

Darjah 3 rasanya. Makan kuih pulut panggang belakang kantin sekolah.

PULUT PANGGANG MANA KAU..........


P/S: tiba-tiba nafsu menaip naik... harap-harap tak batal puasa...

Puasa

Asal masuk bulan ramadhan saja mesti jadi kaki tidur. Kalau tidur boleh kenyang ok juga. Ni kalau tidur saja mesti lemas gila. Mimpi yang bukan-bukan.haih.

Rekod terbaik aku adalah tidur 10 minit sebelum buka puasa. Perangai macam apa tah.

...........

Selamat menyambut bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat.

Madu

Madu lebah. Awal pagi yang beberapa hari lepas, bapa telah menyuruh aku ambil sesudu madu. Entah untuk apa sebab aku langsung tidak mendengar apa yang bapa katakan sebab aku baru bangun dan bapa pun baru bangun.

Setelah beberapa hari ini aku minum madu tersebut, aku pun cuba google khasiat madu dan dapat link yang ini.

Secara amnya, memang madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Jadi aku rasa memang aku kena cuba sampai aku rasa perbezaan selepas aku mengamalkan madu lebah ini. Harap-harap boleh hilang buncit ini. Hahahahaha.

Teka teki

Banyak-banyak kari, kari apa paling seram.

Jawapan sila klik disini.


Ha... apalagi try la kalau berani....