Mata

Serius. Mata mempunyai satu kuasa yang mana dianugerahkan oleh Yang Maha Kuasa. Tanpa mata tiada penglihatan. Meraba-raba kesana kesini. Ya jangan cakap orang buta tiada mata. Orang buta ada mata yang lagi spesel dari mata kita. Mata Hati. Dari sana datang penglihatan mereka.

Mata buat kita jatuh cinta. Hanyut dalam asmara. Terapung tanpa kuasa. Padahal kalau orang lain melihat kita melalui mata mereka tiada apa pun yang terjadi. Ini membawa makna mata mempengaruhi naluri hati perasaan kita.

Mata mempengaruhi kita. Itu harus di mengertikan. Sebagai contoh yang sangat sesuai, kalau mengantuk. Mata juga yang mempengaruhi kita. Buktinya "Haiya you duduk pun boleh tido o...... manyak hebat o...." kata auntie di ofis aku kepada ku.

Demm!!!!

No. Ruj. : 2010/7/23-1a

Ok. Sekian lama aku sudah tidak update blog ni. Sayang pula rasanya. Macam membazir ruang untuk blogspot saja. Jadi aku pun mencadangkan untuk menaip apa saja tidak kira diari hati ke hati ("macam *****!!!" kedengaran suara hati aku berkata-kata setelah pihak jari menaip ayat di atas) ke, cerita dongeng rakyat kontemporari ke, apa-apa sahaja asalkan blog ni terus aktif. Walaupun untuk sekali dalam masa sebulan sahaja.

Ok. Sekarang aku sudah berada di ofis baru. Pindah kerja. Dapat komputer meja baru, window 7 lagi. Tapi malang tidak berbau. Belum pun genap seminggu terpaksa hantar kedai balik. Ada masalah. Apalah nasib.

Ok. Ada sebuah lagu memang buat aku tergelak. Aku kongsi gelakan aku dengan kalian yang membaca.


P/S: Tajuk merujuk kepada nombor rujukan yang aku cipta sendiri. Tiada kaitan dengan surat cinta. Mana 'nya' aku ni?

Kisah si Penunggang Motor - Bukan cerita mat rempit

Si penunggang motor. Berpanas. Hujan. Mendung. Angin kuat. Semua di tempuhi. Paling selamat dari kesesakan lalulintas dan alasan 'jem' langsung tidak boleh diguna pakai sebagai alasan datang lambat.

Si penunggang motor. Debu. Dari lori-lori bawa pasir curi masuk mata. Kadang-kadang masuk hidung. Lagi sakit kalau masuk mulut ketika kunyah 'sing gam'. Sedap macam makan kaca. Tapi tidak boleh langsung melawan kalau-kalau dihadapan adalah lori pengangkutan sampah. Lagi kacau hati. Bukan hati sahaja, hidung mulut dan kemudiannya mata. Siap 'drebar' boleh senyum-senyum tanda suka tengok si penunggang motor. Alahai nasib badan.

Si Penunggang motor. Sakit pinggang kalau jalan jauh. Kalau berhenti rasa mengantuk. Bawa 'slow' lambat pula sampai. Laju sakit pingang. 'Slow' lambat sampai. Mana satu pilihan hati? Kena pula hujan di waktu perjalanan. Lagi susah. Kereta bukan mau bertimbang rasa. Tidak kira la rakyat mana. Malaysia, Singapura mahupun Brunei semua pandu kereta macam sakit perut ingin berak. Tidak tahu yang ada si penunggang motor di hadapan sisi dan belakang. Main redah saja. Langgar air. Baju kering jadi basah. "BASAH BRO!!!".

Kalau sudah basah macam mana mau menghadapi hari-hari kerja kalau macam ni. Baju 'semat' tapi basah. Kisah Si Penunggang Motor - bukan cerita mat rempit.