Sungai Yang Jernih Sungguh Indah

Sungai. Soalannya berbunyi "berapa banyak sungai kita yang masih jernih airnya? Sejuk dan nyaman walaupun kita terjun kedalamnya waktu matahari atas kepala. Bagitahu aku.

Salah satu yang aku tau adalah sungai di Kota Belud, Sabah. Sungguh beruntung aku ada mak saudara ataupun lebih tepat di panggil "Auntie" yang tinggal di sana. Orang sabah semua pandai "speaking" tahu. Tambah menarik apabila pemandangan gunung kinabalu itu sangat jelas dari rumah "auntie".

Tapi, apa barang ajak aku mandi di sungai yang cetek. Siap 'nya' aku cakap 'heaven' sungguh mandi di tempat cetek tersebut.

Jalan Pasti Berliku

Setengah orang tidak pasti apa ada di hadapan. Tapi yang pasti jalan mesti berliku. Setiap yang dijalani menentukan masa depan. Masa depan kelam atau cerah itu tidak pasti. Yang penting semuanya sudah di takdirkan seperti yang termaktub dalam qada dan qadar.

Jalan pasti berliku, setiap kali aku memandu kereta di bahagian yang berliku pasti ada suara 'nya' aku membebel kalau dia di bahagian pembantu pemandu. Seronok apa layan 'lap'.

Music For Relief


Memang ada pelbagai cara untuk membantu. Termasuklah mengadakan konsert dan mendermakannya kepada yang memerlukan. Sokonglah niat baik mereka ini. Adakah anda begitu juga.


Sumber dari - http://malaysia.youthsays.com/masri/musicforrelief


KK - Labuan - KK Part Borak 25 Tahun

"Umur sudah 25 tahun ni, apa yang kita ada?" Pertanyaan dari seorang kawan aku. Kawan aku yang jemput aku di terminal.

Memang sulit untuk kami perkatakan. Apa yang kami ada? Apa yang kami capai? Jika di bandingkan dengan teman rapat kami yang berjaya, kami terasa jurang yang jauh dan amat dalam memisahkan kami. 

Memang kami memperbincangkan tentang pencapaian kami pada umur 25 tahun ini. 25 tahun. 25 tahun. 25 tahun. Sukar untuk di terima.

KK - Labuan - KK

KK = Kota Kinabalu. Bukan Kuala Kangsar.

Menceritakan pengalaman yang memang mengajar penulis tentang kenderaan awam. Betapa kenderaan awam itu ada hadnya.

Sabtu, 13 Feb. 2010; Aku keluar awal sikit dari waktu pejabat aku ( sabtu pun aku kena kerja halfday wei ). Kawan aku menghantar aku ke stesen bas untuk ke Labuan (balik ke kampung halaman wei). Sampai sana ramai orang. Penuh. Sempat aku borak dengan pakcik yang sedang hisap rokok sebelum masuk KFC. Borak pasal ramai orang. Aku terus ke kaunter. Setiap kaunter aku singgah semua buat bodoh. Ada orang datang dekat aku cakap kat aku yang tiket habis. Lepas tu menasihatkan aku untuk menaiki kereta sewa. Memang kena cekik darah la. Bas = RM 15 kalau naik kereta sewa RM 30. Dan sepanjang dalam kereta sewa yang di naiki oleh 7 orang penumpang semuanya senyap. Yang bising ada 2 orang wanita warganegara asing yang balik-balik tanya bila mau sampai. Sikit lagi aku jawap pakai tangan. Nasib baik itu hanya perbualan antara mereka berdua.

Sepanjang perjalanan itu juga aku memerhatikan banyak hutan dan semak samun terbakar. Akibat dari kepanasan dunia. Hujan pun mula merajuk tak nak turun. Sebab manusia la ni. 

Sampai di terminal feri Menumbok aku terus baris untuk membeli tiket. Lagi sekali malang apabila feri pukul 430 petang datang pukul 5 petang. Masuk feri langsung tiada tempat duduk. Lama juga aku bediri memerhatikan laut di kala senja. Memang indah ciptaan Allah SWT.

B e r s a m b u n g . . . . .

V-Day

Seingat aku aku langsung tidak faham apa itu V-Day. Macam-macam la. 


Tapi paling aku ingat pertama kali aku mahu mengurat "nya" aku. Aku bawa "nya" aku menonton wayang pada V-Day. Dan wayang yang aku tonton adalah Valkyrie lakonan Tom Cruise. Dan menonton tayangan lewat malam. 

Cuba bayangkan, sebelum menonton wayang kami pergi makan. Makan yang ala kadar. Bukan Ala-carte. Sedang-sedang asyik makan tiba-tiba ada bunga api di mainkan di hadapan kami. Seperti sudah di rancang. Atau memang aku yang rancang?

Musik

Banyak musik yang aku suka. Antaranya adalah musik yag dimainkan oleh band-band yang memperjuangkan ideologi-ideologi tersendiri. Kebebasan besuara. Ya kebebasan besuara. Hak asasi. Ya hak asasi. Dengarkan lah.

Tiba-tiba aku mau buat band main lagu-lagu macam ni. Best!!!!!!!!!!!


POINTING FINGER!!!!!

RASIONALNYA

Biar tajuk nampak macam ini adalah entri panjang. Sebenarnya panjang atau tidak aku langsung tidak tahu.

Kenapa aku memilih tajuk ini? Ini adalah kerana aku rasa aku perlu menceritakan beberapa pengalaman aku semasa aku menjadi penunggang motosikal. Bukan mat rempit tapi penunggang yang berfikiran rasional ketika memandu dan kadang-kadang khayal sekali-sekala. Bukan khayal akibat di pengaruhi alkohol atau dadah tapi khayal kerana berfikir secara rasional.

Iya. Rasional. Rasional. Rasional.

Rasional.


Aku berhenti di lampu isyarat depan pusat membeli belah dan memerhatikan sekeliling sementara berhenti itu. Ada seorang lelaki tempatan sedang melintas di hadapan ku. Dan aku terus memerhatikannya. Dihadapannya ada dua orang pelancong. Pelancong yang bawa beg banyak. Sedang menanti lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi hijau. Si lelaki tempatan tanpa segan-silu melintas sedangkan lampu itu masih hijau. Dua orang si pelancong itu memandang satu sama lain dan berkata-kata.

Orang Malayasia tidak sabar langsung ka?

Aku tanya kawan aku sewaktu dia baru balik dari luar negara. "Ko ada drive ke kat sana dulu?" Selamba kawan aku jawab "Ada, bawa BMW lagi. Tapi sana banyak kereta tapi tidak seperti kat sini. Banyak eksiden. Tidak pandai sabar."

Kalau macam ni macam mana nak memajukan rakyat. Jika rakyat sendiri tiada pemikiran yang RASIONAL.

Header

Sekarang aku tengah usahakan pelbagai header yang simple tapi menarik. Tiada unsur-unsur gambar lucah, gambar orang dan gambar. Tiada bergambar.


Sebagai contoh header atas ni la. Memang amatur gila. Header yang simple habis. Pakai font typewrite saja. Menunjukan aku ni jenis yang bersahaja.


Tapi kalau aku letak header ni rugged tak???



Jepun Habis



Korang faham-fahamkan la. Layan wei lagu ni bawa karaoke. Baru jepun habis.

Limau Oh Limau 2010 Pt.2


Sekarang memang musim limau. Walaupun company tempat kerja aku sekarang ni bukanlah kompeni cina namun bos aku tetap beli limau (lebihan dari hantar-hantar ke kompeni lain je).

Sekotak limau lebihan tu di letak di ofis ini untuk santapan pekerja-pekerja termasuk aku. Tadi aku makan yang terakhir punya. Yang terakhir dari kotak limau itu. Sebelum aku buka aku tenung limau itu dan membuat andaian bahawa limau itu manis.

Baru aku tau, limau memang susah untuk di andaikan. MASAM!!!!

Limau Oh Limau 2010

Sekian lama. Musim limau mandarin sudah tiba. Makan limau lagi la ni. Hehehehehehehehe. Seperti tahun-tahun sudah, kehadiran limau mandarin sentiasa aku nantikan. Keenakan, kemanisan, kemasaman dan ketawaran limau mandarin menjadi idaman aku.

Nantikan kehadiran limau mandarin.

Diet

Memang aku dalam proses mendietkan diri. Makan memang sikit. Selalu orang minta nasi separuh. Tapi aku lagi suka minta nasi suku. Bapak punya sikit. Ikan pun sikit je. Tak payah over budget. Bajet-bajet sampai rm3.00 saja untuk makan.

Tapi ini hari sungguh lain. Aku bekerja seperti biasa. Pagi-pagi sudah berbincang dengan kawan-kawan tentang perlawanan futsal persahabatan antara sahabat. Memang kena rancang elok-elok. Belum habis aku berbincang aku ikut kawan sepejabat aku pergi menghantar barang ( limau sebenarnya ). Pusing-pusing singgah di satu pusat membeli belah ternama dari dulu hingga sekarang yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu.

Tujuan singgah di sana adalah ingin mengisi perut yang lapar. Tengah-tengah lapar dan di offer untuk makan di Mc Donald. Terus Double Prosperity beger. Memang diet aku hari ni gagal. Tapi siapa dapat tahan bila di offer makanan percuma bagitau aku.

Risau

Duduk pun susah. Tidur tiada mimpi. Ada pun yang memang kacau punya mimpi. Minum semua tak sedap. Termasuk la makan. Mandi basah la juga.

Kerja memang tidak senang langsung. Yang senang pun jadi susah. Susah betambah susah.

Jangan mengeluh....