KK - Labuan - KK

KK = Kota Kinabalu. Bukan Kuala Kangsar.

Menceritakan pengalaman yang memang mengajar penulis tentang kenderaan awam. Betapa kenderaan awam itu ada hadnya.

Sabtu, 13 Feb. 2010; Aku keluar awal sikit dari waktu pejabat aku ( sabtu pun aku kena kerja halfday wei ). Kawan aku menghantar aku ke stesen bas untuk ke Labuan (balik ke kampung halaman wei). Sampai sana ramai orang. Penuh. Sempat aku borak dengan pakcik yang sedang hisap rokok sebelum masuk KFC. Borak pasal ramai orang. Aku terus ke kaunter. Setiap kaunter aku singgah semua buat bodoh. Ada orang datang dekat aku cakap kat aku yang tiket habis. Lepas tu menasihatkan aku untuk menaiki kereta sewa. Memang kena cekik darah la. Bas = RM 15 kalau naik kereta sewa RM 30. Dan sepanjang dalam kereta sewa yang di naiki oleh 7 orang penumpang semuanya senyap. Yang bising ada 2 orang wanita warganegara asing yang balik-balik tanya bila mau sampai. Sikit lagi aku jawap pakai tangan. Nasib baik itu hanya perbualan antara mereka berdua.

Sepanjang perjalanan itu juga aku memerhatikan banyak hutan dan semak samun terbakar. Akibat dari kepanasan dunia. Hujan pun mula merajuk tak nak turun. Sebab manusia la ni. 

Sampai di terminal feri Menumbok aku terus baris untuk membeli tiket. Lagi sekali malang apabila feri pukul 430 petang datang pukul 5 petang. Masuk feri langsung tiada tempat duduk. Lama juga aku bediri memerhatikan laut di kala senja. Memang indah ciptaan Allah SWT.

B e r s a m b u n g . . . . .

2 comments:

vidadarisakura said...

neh.kotoh.

Lifesaver said...

apa pompuan warga asing tu buat di KK?