RASIONALNYA

Biar tajuk nampak macam ini adalah entri panjang. Sebenarnya panjang atau tidak aku langsung tidak tahu.

Kenapa aku memilih tajuk ini? Ini adalah kerana aku rasa aku perlu menceritakan beberapa pengalaman aku semasa aku menjadi penunggang motosikal. Bukan mat rempit tapi penunggang yang berfikiran rasional ketika memandu dan kadang-kadang khayal sekali-sekala. Bukan khayal akibat di pengaruhi alkohol atau dadah tapi khayal kerana berfikir secara rasional.

Iya. Rasional. Rasional. Rasional.

Rasional.


Aku berhenti di lampu isyarat depan pusat membeli belah dan memerhatikan sekeliling sementara berhenti itu. Ada seorang lelaki tempatan sedang melintas di hadapan ku. Dan aku terus memerhatikannya. Dihadapannya ada dua orang pelancong. Pelancong yang bawa beg banyak. Sedang menanti lampu isyarat pejalan kaki bertukar menjadi hijau. Si lelaki tempatan tanpa segan-silu melintas sedangkan lampu itu masih hijau. Dua orang si pelancong itu memandang satu sama lain dan berkata-kata.

Orang Malayasia tidak sabar langsung ka?

Aku tanya kawan aku sewaktu dia baru balik dari luar negara. "Ko ada drive ke kat sana dulu?" Selamba kawan aku jawab "Ada, bawa BMW lagi. Tapi sana banyak kereta tapi tidak seperti kat sini. Banyak eksiden. Tidak pandai sabar."

Kalau macam ni macam mana nak memajukan rakyat. Jika rakyat sendiri tiada pemikiran yang RASIONAL.

5 comments:

Lifesaver said...

btol!sokong kata2 kawan ko!sana sini org x sabar

~0~ said...

gelojoh...hehhehe

Pekerja Kontrak said...

lifesaver - hehehehe... aku pun sangat setuju...

~0~ itu salah satu la...

vidadarisakura said...

punca eksiden ialah khayal.

*SiRibenMerah said...

emosi dipengaruhi cuaca..
panas sgt kot time tuh..
hehehe..