Diari Hari Sabtu Ku:versi senangkan hati sendiri

  1. Seperti biasa Seawal 8 pagi aku dah pegi breakfast kat kedai mamak dengan memakan mee hun yang takde kicap. Putih cerah je kaler mee hun tu. Dah tu sambal plak cair semacam je. Sabar je la.
  2. Tiba kat ofis aku dengan selamba nya akan melayari intenet. Sambil buat-buat keje sikit sebelum aku meneruskan keje yang lebih serius. Agak lama gak aku online. Ade la sejam dua.
  3. Hari ni juga untuk pertama kali nya aku pakai suar jeans pegi ofis. Janggal aku rasakan. Macam ada yang tak kena je.
  4. Aku buat keje sampa kul 1 tghari.
  5. Siap keje aku balik rumah then kemas baju sikit aku pegi kepong. Weekends aku salu lepak sana. Nak lepak Klang aku takde sangat member kat sana. Member keje ade la. Takkan hari2 nak lepak ngan dorang kot.
  6. Tengok wayang ngan member aku cite 'Twilight'. Layan gak cite ni. Ade bab-bab yang agak slow. But overoll 4 bintang aku bagi.
  7. Lepas amik member aku kat flora damansara yang sempit gila pegi makan kat uptown.

Apa kata Hati aku Bila dalam situasi...

Situasi 1
Ternampak Polis trafik yang pakai baju putih nek moto tengah berhenti di persimpangan lampu isyarat. Lepas tu en. tu ajak beborak ngan seorang perempuan yang sedang-sedang cantek nya yang menaiki skuter.

"ceh... Ngan aku tak plak die buat macam tu. Ngan awek ye lah. Dah la bang. Anak dah besar. Bini kat umah tu harus di ingati..."

Situasi 2
Bila seorang awek yang bejalan dengan taman lelakinya. Kemudia die tengok aku dan senyum-senyum ngan aku. Sambil teman lelaki die jeling kat aku.

"wei... Ko jangan la macam tu. Boyfren ko tengok semacam je kat aku. Dah la. Ko dah ade boyfren tu syukur la.."

Situasi 3
Seorang awek duduk sorang-sorang kemudian aku cuba untuk senyum kepada nya. Kemudian die tarik muka.

"Eleh... Nak ajak borak pun sombong. Ingat cantek sangat la tu. Wei aku bukan nak ngorat. Aku boring takde kawan nak borak la.."

Situasi 4
Member aku borak cerita yang aku tak interested dan buat sakit kepala aku.

"Eh.. pagi tadi aku makan 3 ringgit. Hmm... Duit ni dah tinggal berapa eyh..???"

Situasi 5
Sedang aku memandu kereta/skuter. Tiba-tiba ade orang potong laju-laju macam die tengah sakit perut nak berak je.

"Ceh... Ko ingat ko laju ke.. Kang aku kejar kan sakit hati ko..."

Jadual Hari Ini: Edisi Sepantas Kilat

  1. Seawal 8 pagi aku dah redo aku punya claim. Progress Claim.
  2. Kemudian aku dah melayri internet sampai kul 10 pagi yang mana kemudian nya aku berjumpa dengan mr. Ho.
  3. Lepas sahaja berjumpa beliau aku pergi makan breakfast then pegi bank cash out RM 4500.00 untuk gaji pekeje indonesia. Tapi petang pun aku kena cash out lagi. Banyak duit.
  4. Balik semula ke ofis aku buat beberapa keje cikai-cikai.
  5. Lepas lunch ni aku nak pegi merayau-rayau dekat site sambil cari konsultan nak tandatangan claim aku.

Cuba Korang Fahami maksud Lagu ni

Wah.... Aku tangkap lagu ni... Seronok bagi aku.. Yelah... Apa yang di nyanyikan sama macam apa yang aku alami.. Memang tiap-tiap malam aku sendiri.. Takde yang menemani.... Dan tiap malam juga la aku berharap di kirim kan kekasih yang memahami... Cukup la yang sudah-sudah tu... Aku serik...

Vrommmmmmmmm....

sedang aku asyik memikirkan apa nak di taip....
Sedang aku memikirkan si dia....
Sedang aku memandu skuter ku sayang...

Motosikal besar lalu tepi aku.... Aku kejar.... Nasib baik die ikut jalan lain... Klau tak tau malu die kena ptong ngan skuter ku sayang yang comel....

sokong la aku

typetees

Just sokong aku..... tak yah nak apa-apa... sokong aku... klik benda alah kat atas tu....

hahahahaha

promo la kat member ko, kawan-kawan ko, sedare-mare ko, pak guard, serta ketua kampung ko....





Kenapa begini??????

Yang ko tak bayar bil stremyx tu pe hal...??? Kan aku dah tak dapat nak online secara beleluasa... Aduh....

Tambah lagi aku dah tak banyak keje... Aku salu kluar je pegi site... Baca paper borak ngan indon... Kadang-kadang cuba jadi khidmat nasihat dorang... Dengar masalah dorang kemudian aju kan kepada Bos...

Ntah kadang-kadang aku kesian ngan dorang tu... So kalau aku ada sen sikit aku pegi la blanje makan tengah hari mat-mat indonesia yang rapat ngan aku... Dan apa yang penting aku dapat pow Dji sam su.... jenama rokok rhoma Irama... pergh... mashuk.....

Mengejar mu

Aku dah single. Dan aku hendak mengejar seseorang. Mengejar sampai dia memiliki hati ini. Lalu hati itu milik ku. Boleh kah aku berjaya? Aku mesti berjaya kalau aku berusaha bersungguh-sungguh.


Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Aku pegang ayat ini.


Cerita 1.


Masa aku skolah menegah aku penah jatuh di khalayak ramai. Jatuh tahap tegolek. Malu gila. Aku jatuh depan orang ramai plak tu. Depan awek-awek plak tu. Malu.... Tapi aku cool....


Cerita 2.


Masa sekolah rendah iaitu masa aku darjah 6 ya aku ingat lagi masa tu aku darjah 6 pun aku penah jatu tegolek depan awek-awek. Sampai koyak seluar aku.

bagi aku....

bagi aku...

aku sorang lelaki yang memang aku tak pentingkan itu ini...

bagi aku...

yang penting hati dan perasaan... macam mana si dia menjaga hati ini begitu jua aku akan menjaga hati itu..

bagi aku...

kalau dah jodoh aku ngan dia yang mempunyai kisah silam yang busuk... aku terima dia seadanya...
yang penting hati... hati itu amat penting bagi aku....

****ni aku punya komen kat blog ladynoe cerita pasal dara and tipu...

Yehaa!!!!!

hehehehe....

aku dah siap report aku... hahahahaha....

Lately.....

Lately memang aku sibuk sampai nak post blog pun susah. Asyik ngan keje yang tak berapa dan buat busy bejalan kesana kemari bersama kereta.

Ntah kenapa lately aku semakin malas. Selalu masa keje busy pun aku boleh nak blog. Skang dah takleh. Aku rasa macam tak adil if my mate are wacthing me berintenet sedangkan dorang busy.

Siri mengembara pelusuk Kuala Lumpur

1. 2 Nov 2008 aku mengembara Bandaraya Kuala Lumpur secara rasmi apabila sampai di menara Kuala Lumpur dan menikmati pemandangan ala-ala orang melihat anak bualan Ramadhan dan Hari Raya Aidulfitri mahupun Hari Raya Haji@Qurban.

2. Hari ni aku liat gelagat anak muda selepas aku di gigs at mcpa. Klakar gila. And aku terjumpa ngan brother aru n the gang. Tabik kat dorang. Aku gak baru tau yang couple ni feymes gila skarang. Tak yah dorang nyanyi dah, penonton yang menyanyi tuk dorang.

3. 1 Nov 2008 aku angakat cover set dari chow kit ke Kepong. Punye la susah ngan benda tu kat blakang aku. Sampai kebas aku punye *tut.... Sakit gile beb... hahahaha...

4. Aku nak buat hobi baru ngan mengumpul cd-cd band-band local. Macam best plak datang gigs beli-beli cd tanpa menghiraukan budget bulanan aku. Hehehehe.. Kang tepaksa meminjam ringgit malaysia kat HelmiB. mesti die gelakan aku nanti. Die cakap aku lemas dalam kehidupan dunia serba metropolitan ini. Tapi aku bangga aku dapat survive untuk seminggu walaupun berbekalkan wang sebanyak ringgit malaysia 50.. hehehehe... Hebatkan!!!(bakar bontot sendiri)

5. 29 Nov 2008 aku melepak ngan member keje aku. Sorang india original datang dari india yang dah lebih 20 tahun duk kat sini dan banyak pengalaman pahit manis die. Sorang lagi member aku tu cina. Budak cina teruk kena tiau@marah ngan bos aku. Asyik kena je. Tak leh tak kena. sehari paling kurang setengah jam gak la.... Ni baru show kita orang ni bukan racist.

6. Bercerita pasal member aku yang india ni, dia ni memang dah lama merantaukan diri kat malaysia. Macam-macam dugaan dia tempuh. Kena buli ngan borang dewasa la, apa la, cium pokok la tapi yang paling membanggakan die ni boleh survive dari berhutang berpuluh ribu ringgit. Huntang ngan bank atau company ok lagi. Tapi ni hutang ngan along tu. Bunuh orang orang tu. Dapat gak die keluar dari semua tukan. Aku ni yang hutang baru xlebih dari empat pluh ribu pun dah nak pening.

7. Aku ni macam-macam nak beli plak bile dah single ni. Nak beli PSP la... Nak beli gitar la... Nak pimp my Scuter la... Macam-macam la... Kang pokai kang...


P/S: Gila la aku dah lama tak update blog aku.. Bz beb...