Diari Hari Sabtu Ku:versi senangkan hati sendiri

  1. Seperti biasa Seawal 8 pagi aku dah pegi breakfast kat kedai mamak dengan memakan mee hun yang takde kicap. Putih cerah je kaler mee hun tu. Dah tu sambal plak cair semacam je. Sabar je la.
  2. Tiba kat ofis aku dengan selamba nya akan melayari intenet. Sambil buat-buat keje sikit sebelum aku meneruskan keje yang lebih serius. Agak lama gak aku online. Ade la sejam dua.
  3. Hari ni juga untuk pertama kali nya aku pakai suar jeans pegi ofis. Janggal aku rasakan. Macam ada yang tak kena je.
  4. Aku buat keje sampa kul 1 tghari.
  5. Siap keje aku balik rumah then kemas baju sikit aku pegi kepong. Weekends aku salu lepak sana. Nak lepak Klang aku takde sangat member kat sana. Member keje ade la. Takkan hari2 nak lepak ngan dorang kot.
  6. Tengok wayang ngan member aku cite 'Twilight'. Layan gak cite ni. Ade bab-bab yang agak slow. But overoll 4 bintang aku bagi.
  7. Lepas amik member aku kat flora damansara yang sempit gila pegi makan kat uptown.

2 comments:

one love said...

hehehe!
betul2 diari! hehhe

Dato Paduka Masri said...

hihihi.... dah tajuk pun macam tu...