Peraturan Untuk Memilih Bakal Suami

Aku ber-yahoomessenger dengan kawan lama aku. Sorang wanita. Jadi aku pun borak pasal perkahwinan.

Aku: Jadi kalau aku mau meminang ko apa la syarat dia???
Kawan Aku: 1. Ada agama 2. Baik budi pekerti 3. Ada kerja 4. Dr kluarga yg baik. 5. Bukan laki org.
Aku: Wow....!! Macam rukun islam ja. Ni rukun berumahtangga la ni.
Kawan Aku: tu belum lagi tu. Rukun iman rukun nikah belum lag tu.

macam ni rupanya kalau nak memilih suami. Ada peraturan pula. Bagaimana hendak memilih isteri pula....???

Tepuk Dada Tanya Selera.

Jumaat Ini Ibarat Sorga

Pagi Jumaat mesti ramai yang tersenyum. Kenapa? Tepuk dada tanya selera.

Kata Hati: Atu tah lain kali mun kan merasa sanyuman pagi jumaat kawin tah awal. Tapi liat jua usin diri atu. Kang inda tebari makan anak dangan payah jua tu kan. Palui banar eh. Mimang banar tah Jumaat Ani Ibarat Sorga.

Entri kali ani aku tulis versi kedayan/brunei. Siapa paham ok. Siapa inda paham jangan malu kan betanya kang sasat payah nyamu kan membaritau.

Siapa kan bekanalan mai tah. Biar aku stat duhulu.

Aku: Hai... asl plz.....

Diskriminasi Kaum

Perkauman. Aku paling benci bila di tambah pula dengan Hirarki. Memang menindas secara lansung bagi aku.

Namun persoalannya wujud adakah dengan memulaukan Penkid, Mak nyah, Lesbo dan Gay adalah perkauman juga. Sedangkan mereka adalah kaum lelaki dan wanita yang songsang.

Fikir-fikirkanlah. Stop Racist!!!! Start To Unite!!!!!

Sekian Terima Kasih.

Limau oh Limau Part 2

Rindu.....

Itu saja yang mampu aku katakan kepadanya...
Entah kemana hilangnya....
Kenapa hanya bermusim datangnya....

Limau mandarin.....

Sekian Terima Kasih....

1206pm, 25 Feb 2009, Dato Paduka Masri

Friendster Mana Gambar Aku Yang Lain

Aku telah mencari-cari gambar lama-lama aku. Masa aku rasa zaman remaja aku adalah zaman aku sangat menggembirakan diri. Yang mana Kawan-kawan aku ada di sekeliling aku. Aku rindu kamu semua. Jadi aku jumpa gambar-gambar ni di friendster aku. Wow jangan tekejut dengan gambar -gambar aku ni. Ada lucah sikit tau. Lalalalalalala....
Antara kawan-kawan aku. Masa kami sedang melepak di kolej.
Yang ni nama dia man. Kawan satu kelas aku.

Yang ni adalah saat-saat akhir yang akan kami ingat sampai bila-bila.
Hah. Yang ni masa aku mengisi masa lapang dengan bergaya di taman tasik titiwangsa. Kalu korang tengok badan aku slim ya amat kan.

dan gambar terakhir aku adalah gambar aku beraksi. Beraksi dalam keadaan yang sukar. Dengan baru pertama kalinya aku melakukan nya. Aku sudah boleh untuk menghayunkannya sekarang.
Amacam ada berani ke ajak aku pukul bola ni. Aku hangin ngan friendster. Ada gambar aku dah hilang. Mana tah die letaknya.

Satu aku nak bagi tau. Badan akusekarang tidak sesedap badan aku dulu. Ok. Tapi aku tetap sedap untuk di pandang.

Lukisan Itu Banyak Contengannya

Aku ingin bertanya kepada kamu kamu dan kamu semua. Pernahkah korang cuba untuk memadam contengan di dalam lukisan hidup kamu. Contengan yang di conteng menggunakan pen mata bola. Yang kalau kita padam dengan cecair warna putih namun tetap ada kesan nya.

Ya.. Aku selalu mencuba untuk memadamnya. Namun tetap juga ianya ada di sana. Tetap terconteng juga lukisan hidup ku ini. Tetap aku ingat sampai bila-bila. Tetap aku diingatan terutama di kala sepi ini.

Lukisan hidup yang terconteng. Fikir-fikirkanlah kamu kamu kamu. Ya kamu pun.

-554pm, 23 feb 2009 Dato' Paduka Masri


Entri Khas Buat Hari Ahad

Selamat hari ahad.

Terima kasih kepada kak Nurul atas makan-makan semalam. Tidak dilupakan untuk along dengan cerita-cerita yang menarik. Hahahahaha.

Selamat Hari ahad.

Hujan lebat. Sedap untuk menyambung kembali tidur. Aku ingin bermimpi dengan sempurna.

Selamat Hari Ahad.


Aku rindu ko budak kecil.


Selamat Hari Ahad.


Aku juga rindu saat Ini.


Kenapa Aku Balik Awal

1. Hujan lebat di luar. Kain baju aku nak angkat<----- Aku ade jemur baju ke????

2. Rindu akan bantal serta tilam-tilaman. Bantal ku sering berkata "Kau jangan sombong ngan aku. Nanti kau tidur tidak lena". Begitu Juga tilam aku berkata.

3. Sudah sekian lama aku tidak merasai mentari senja. Keluar kerja pukul 530 adalah idaman hati ini. Asyik-asyik keluar pejabat mesti bulan je yang aku nampak.

Jadi ini adalah jawapan aku kepada en. bos kalau dia tanya aku kenapa aku balik awal. Kena sediakan nanti dia mesti tanya.

Ada apa-apa cadangan dari kamu kamu kamu semua.....????

Sepa Paling cool......?? Mesti Aku...

Ok. Korang rasa korang cool. Belum pasti lagikan. Tapi tanpa segan silu aku mengatakan bahawa diriku memang cool dan saiko. Kerja rajin sangat sampai sakit pun aku kerja(lagu MUH berkumandang lalalalalala kerja hari2 kerja).

Buktinya gambar di bawah. Meja bersepah dengan menggunakan 2 alat elektronik sekali gus. Cool habis kan aku. Kalau tak pasal tender. Tak jadi macam ni....Super super cool kan.......

Sekian terima kasih.

PlayStation: Dah dekat due dated submission of tender.

Terapung Sehingga Malam

Tiada kereta. Ok. Teruskan mengudur kereta. Sampai terdengar satu bunyi. Bunyi yang aku tau iaitu bunyi bontot kereta bersentuhan. Shit!!! Bila masa ada kereta sana?? Tadi takde pun.

Ini adalah kesan daripada terapung oleh pil-pil yang aku telan. Dem.........!!

Perjuangan Belum Selesai-Aku Terapung

*sigh*

Hari-hari aku kena telan pil. Sudah biasa aku bergantung kepada nya. Pil yang warna warni. Macam citrawarna. Macam pelangi. Aku sentiasa bergantung kepadanya.

Pil. Makanan asasi ku. Pil pengubat sakit ku. Pil menemani aku.

Sekian Terima Kasih.

PlayStation:Aku kurang sehat.

Wei... Aku rasa aku patut Marah sekarang

Kenapa??? Satu perkataan yang mewakili pertanyaan ok.

Mesti kamu dan kamu bertanya pada ku tentang tajuk ini.

ok.... aku jelas kan......

1. Hubungan jarak jauh. Selalu tidak akan berjaya. Ok fine. Satu statement yang aku amat benci. Sebab aku penah kena dengan si dia yang menyebut tentang hal ini.. Shit.....!!! INI SEMUA HANYA ALASAN......

2. Anda jadi pelopor blog kemudian boleh dapat duit. Ingat aku mata duitan. Member aku tanya "banyak la sudah ko dapat duit??" Aku jawab "aku blog bukan untuk duit" dan aku amat tidak stuju dengan statement jadi blogger boleh dapat duit. Apa ertinya ini. MLM???? Bukan aku tidak setuju dengan MLM. Tapi sampai blog pun mahu di MLM kan. Sudah la. Sudah la.

Pekara-pekara ini cukup untuk membuatkan hati aku tersakit sekarang. Aku nak menjerit dekat beranda rumah ni karang dorang ingat aku ni psiko...

Aku Psiko ke????

Sehari selepas V-Day

Sehari selepas V-Day. Apa V-Day tu. Ntah. Patut aku terangkan atau sekadar kita masing-masing faham ke? Atau tepuk dada tanya selera. Kenapa? Hm.... Malas la....

Lagu ni untuk kamu kamu kamu kamu kamu dan kamu kamu..



c h i n t a - M o n o l o Q u e

kau hadir bila tiba waktunya tidak diundang tak jua di pinta walau ku lari namun kau tetap datang jua keranamu chinta tak mampu menahannya aku terus mencuba untuk lari dari chenta kerana perit terasa sengsara tanpa kata kerana dusta chinta kau luhurkan hati ini membuat segalanya indah walau sesekali menjengah tiba oh chinta terasa bahagia hanya menunggu saat dan tika aku akan terus melangkah walau tak perlu owh chinta aku yakin akan agungnya setianya ceritera yang tiada akhirnyachinta abadi chintachinta padanya chinta satu chinta selamanya - monoloque


PlayStation: Valkyrie buat aku berfikir banyak. Filem best.

Perjuangan Belum Tamat - Keseksian ku teserlah

Aku rasa aku seksi......!!!!!!

Seksi seksi sekali.......

Anda pula bagaimana?????

PlayStation: Hahahahahahaha..... Kalau ngantuk memang jadi sewel sikit.....

Perjuangan Belum Tamat - Edisi Cool Gile!!!!

!!!!! Tanda seru. Untuk apa kegunaannya korang sudah sedia maklumkan. Mesti guru bahasa melayu korang dah ajar macam mana nak menggunakannya. Kalau korang tak tau ertinya korang memang tak tumpu perhatian kat guru bahasa melayu korang. Tapi hal pulak aku becerita pasal tanda seru ni.

........................................

Korang tak akan cool kalau tak bawa balik kerja ofis ke rumah. Macam aku baru cool. Dah 2 malam beperang dengan tender. Mengantuk siot!!!!!!! (tanda seru lagi)

Tak habis-habis lagi. Meja pun dah macam stor kertas.

Sekian terima kasih.

PlayStation: Sori lama tak balas komen2 membina dari saudara saudari sekalian. Doakan kerja ku ini akan selesai tak lama lagi.

Perjuangan Belum Selesai-Sempena entri ke 130.

Entri khas untuk perjuangan ku. Buat hari-hari mendatang. Buat rujukan di waktu tua. Buat tauladan kepada taulan. Buat-buat pandai.

Buat-buat ada kerja. Buat-buat sibuk. Buatan tangan. Buatan akal fikiran.

Kerana itu aku sibuk. Sibuk sesibuknya.

Saksikan lah oleh kamu wahai taulan. Jangan sampai kena pada kamu. Kamu. Kamu. Ya... kamu juga yang pakai baju merah.

Semak-semak meja aku, semak lagi fikiran ku.

argh.....................

Cinta Seorang Kontraktor Part 3: Kesudahan Yang adil ya amat.

Dalam beberapa bulan selepas aku dan si dia putus, aku mendapat pekabaran dari si dia. Ini membawa aku kepada ingatan silam besama si dia. Aku dan si dia saling bermesej atau lebih moden lagi bersms.

1 mei. Aku pulang ke kampung halaman sebab cuti waktu itu agak panjang. Sekadar 2 3 hari sudah panjang bagi ku untuk balik ke kampung halaman bertemu ibunda tercinta. Aku melepak di sebuah pusat membeli belah di kampung halaman ku. Memang hanya sebuah saja pusat membeli belah di kampung halaman ku. Dan ianya di gelar UK. Glamor gila nama. Tapi tidak bagi isi-isi di dalamnya. UK ialah tempat remaja bekumpul mencari kekasih dan bertemu sahabat.

UK jugalah aku bertemu dengan si dia dengan tidak sengaja selepas perpisahan dengan si dia. Aku beborak dengan. Borak yang agak simple dan kosong. Lagi berisi borak orang yang minum di warung-warung. Aku balik ke rumah dan saat itu aku masih lagi menghubunginya melalui sistem khidmat pesanan ringkas. Dan melaluinya juga lah aku mengajak si dia untuk menyambung semula hubungan yang lalu. Si dia setuju. Sebab si dia masih menyayangi aku. Bahagia.

Selang beberapa bulan. Aku sudah menamatkan pembelajaran ku. Aku ingin kembali dan aku menghubungi si dia. Si dia memberitahu bahawa si dia akan melanjutkan pelajaran nya jauh dari aku. Ok fine. Aku tak sempat untuk bersua muka dengan si dia. Sedih juga rasanya.

Selang 2 tahun aku bersama si dia. Aku masih lagi dengan sikap skandal aku yang amat skandal. Bukan sorang dua tapi ramai. Memang macam ni kot lelaki nak meningkat jadi dewasa. Dan suatu pagi jumaat aku baru balik dari kelas dan menunggu bas dan berhibur bersama sahabat-sahabat. Aku mendapat pesanan di talifon bimbit ku.

Suasana sepi yang ku dengar ketika itu. Bedesing telinga saat itu. Aku heran. Aku cuba memujuk. Tapi keputusan nya adalah betul. Dan tidak boleh di ubah lagi. Memang dah pembalasan kepada aku yang berpoya-poya sakan.

Sehingga sekarang aku belum lagi boleh mempunyai hubungan yang serius seperti hubungan ku dengan si dia. Tapi aku sedang mencari seseorang untuk menyerikan hidup ku. Si dia hanyalah contoh kepada perjuangan hidup ku. Memang susah hendak melupakan si dia.

Sekian terima kasih.

Cinta Seorang Kontraktor Part 2: Cinta itu manis Dan Pahit

Cinta itu memang manis. Semanis coklat yang sedang aku makan ini. Sambil mendengar lagu "as long As you love me".

Di lamun cinta memang mengasyikkan. Lecturer di hadapan pun aku tersenyum lebar walaupun dia sedang marah. Sebulan selepas percintaan kami berputik aku menemuinya di sebuah pasaraya membeli belah. Aku berjumpa si dia dan keluarganya. Si dia memperkenalkan aku dan keluarganya. Waktu itu keluarganya sedang bercuti-cuti malaysia. Jadi aku pun menemankan keluarganya bercuti. Memang aku rasa bahagia di sampingnya.

3 bulan kemudian. Aku kembali ke kampung halaman ku sebab waktu tu cuti semester. Aku selalu luangkan masa sama si bee. Kawan aku. Lama aku kenal dengannya. Akhirnya membawa aku kepada alam perskandalan. Ya aku masih sama si dia dalam masa yang sama aku juga berskandal dengan si bee. Memang sikap remaja aku untuk menjadi seorang 'playboy'.

Si dia telah terbau akan skandal ku dengan si bee. Sahabat aku belot pada aku. Sedangkan dia telah berjanji pada ku. Tidak akan memberitahu kepada si dia. Dan pernah sekali aku terkantoi waktu melepak bukan berdating tapi melepak besama si bee dan sahabat-sahabat lain. Aku mengejar si dia. Memang si dia amat kecewa. Dan si dia amat marah kepada ku. Aku cuba memujuk dan berjanji kepadanya bahawa memang dia seorang yang bertakhta di hati ini.

Aku meneruskan pembelajaran aku. Aku sempat berjumpa dengan si dia sebelum aku kembali meneruskan pembelajaran aku. Seminggu aku di tempat belajar aku pulang ke kampung ayahanda aku. Untuk meluangan masa bersama beliau. Sebab memang aku dan ayahanda rapat. Dari adik beradik yang lain hanya aku sorang saja yang dapat memaafkan ayahanda.

Dalam perjalanan itu aku menerima panggilan dari si dia. Si dia mengajak aku berfikir untuk memilih siapa sebenarnya hendak aku miliki. Si dia atau si bee. Tugas memilih memang agak leceh. Tapi aku salalu mengambil cara mudah. Macam skim bayaran mudah di courts mamoth. Aku tidak ingin memiliki si dia dan si bee. Itu lah keputusan yang amat mudah bagi ku. Selesai saja aku melafazkan ayat-ayat putus, Si dia menangis. Aku mendengarnya melalui ruang dengar di talifon medah alih. Aku membuat panggilan kepada si bee. Aku memutuskan hubungan dengan nya. Si bee hanya tekelu.

Pahitnya bila bercinta. Sepahit kopi tanpa gula. Atau lebih pahit lagi dari peria. Aku penah makan ke benda tu?

Bersambung.......

ps: kepala aku dah pusing mengimbas kembali detik-detik silam aku.

Cinta seorang Kontraktor Part 1: The Beginning

Cerita silam aku besama si dia. Sudah betahun lamanya cerita ini terjadi. Masih lagi segar di ruang ingatan aku. Masih bersih ingatan itu. Cinta pertama yang amat ku ingat.

31 ogos 2003, 0000. Tarikh dan masa yang masih lagi di ingatan dikala malam di teman bunga api sambutan hari kemerdekaan. Aku berkenalan dengan si dia. Tapi aku jual mahal. Memang style aku. Tak rugged la tak jual mahal. Lagipun si dia sudah menjadi rebutan kawan-kawan ku. Aku tidak mahu berebut dengan mereka. Sebab aku cool. Macam Xfresh fm tu.

Pagi 31 ogos itu ada program derma darah. Sahabat aku yang rapat sangat merangkap anak angkat mak aku mengajak aku menderma darah. Memang aku penderma yang tegar. Aku gemar sangat-sangat akan aktiviti menderma darah. Sampai mak aku pun hairan. Sahabat aku ni telah menjalinkan hubungan percintaan dengan sahabat rapat si dia. Pada hari itu, mereka telah mengenakan kami berdua. Aku dan si dia di tinggalkan besama manakala dorang telah beborak beduaan.

1 september, 11pagi. Masa aku berada di sana sudah sampai di penghujungnya di mana aku terpaksa pergi menuntut ilmu setelah diberikan cuti panjang sempena hari kemerdekaan. Aku perhatikan bas No 5 Kaler pink. "eh... si dia.." hati kecil ini berkata. Si dia melambaikan tangan kepada ku. Macam cerita mukhsin jadi nya. Mukhsin tiru cerita aku la ni. Aku berbicara dengan si dia sebentar sambil bertukar-tukar nombor telefon mudah alih.

Pukul 1 petang aku kena belayar. Tiba pukul 4 petang, di sana aku mencari talifon mudah alih yang hanya terpacak di sesuatu tempat. Masukan syiling. Mencari-cari nama si dia untuk di hubungi. Saat itu kami saling meluahkan rasa isi hati di hati masing-masing. Rasa cinta pandang pertama. Rasa cinta pertemuan yang tidak dirancang.

Bersambung..........

ps: nanti aku sambung... penat beb....

Oh.... Ni jalan baru ni....

Angin sepoi-sepoi hangat menerpa ke arah ku. Memang sedap kalau dapat tido di sini. Di tasek titiwangsa. Ssambil beborak ngan razor. Mata ku liar memerhatikan gelagat manusia sekeliling ku. Sebenarnya bukan sekeliling tapi depan kami la. Yang lalu lalang. Ramai budak-budak remaja berfesyen agak ganjil bagi aku. Sakit mata aku memandangnya.

Begerak ke kereta tapi kami terhenti berdekatan kereta sebab tengok orang perform. Sangat best dengar lagu "can't take my eyes off you". Tambah nak lena mata. Berangkat balik nak hantar razor. Jalan dekat batu caves memang dengki kat aku dan razor. Boleh sesak gila macam kami pun terlibat sangat dengan mengangkat 'kabadi' tu.

Singgah kat taman metropolitan mencari sang penjual eskrim RM 1.00. Tak jumpe. Jumpe pun yang baru nak beli orang dah pegi tangkap si penjual. Kesian die. Pegi ke selayan cari cendol pun menghampakan sangat.

Dan sekarang aku bersama razor layan cyber cafe. Ketagihan melampau.

ps: Semalam lepak ngan ramai blogers antara nya abg ajami, abg naga, kak nurul, razor, hijau, vida DLL.....
ps2: Aku nak cari mood cerita pasal cinta seorang kontraktor. Jiwang bulan Febuari..
ps3: Lebuhraya baru DUKE

Emo@sentap

Ni la Cyber Cafe zaman sekarang. Nak print pun susah. Printer ada akan tetapi langung tidak mempunyai dakwat. WTF!!!!!!!!!!!!!!

Atara gadis

Di tag oleh Cik Kak Ipar Faryn.....

Di buat waktu dalam masa 10 minit sebelum waktu balik keje hari sabtu.

* blogger wanita yang anda teringin hendak berjumpa dan sila senaraikan 3 sebab untuk setiap seorang kenapa beliau dipilih.
  1. Cik kak Ipar Faryn= sebab beliau telah mengoferkan adik beliau kepada aku. Then ade cerita menarik pasal kolej die dulu. Hehehehehe..
  2. Lifesaver= Sebab beliau nak bagi kad jemputan walimatulurus beliau.
  3. Budak Hijau= Sebab beliau suruh aku pegi amik die.
* 3 tempat yang sesuai dipilih untuk berjumpa dengan setiap blogger tersebut.
  1. Cik kak ipar Faryn= Kat umah beliau. Sebab die nak masakan makan malam tuk saya. Tapi kena tunggu cuti sem. Baru boleh. Lalalalalaalalla...
  2. Lifesaver= Putrajaya. Memang nak jumpe kat sana ke??
  3. Budak Hijau= Jalan duta pukul 7 kot malam ni.(7 feb 09)
* 3 lagu yang akan anda dendangkan apabila berjumpa dengan blogger tersebut (Pastikan cuaca sangat indah ketika itu)
  1. Do you ever seen the rain - creedence clearwater revival
  2. Selamat pengantin baru
  3. Lagu tema incrideble hulk apa eyh...
* 3 soalan yang ditanya kepada kepada setiap blogger wanita yang anda jumpa itu (Dibenarkan bertanya soalan sensasi)
  1. Adik sehat tak??
  2. Mr **** tak marah ke ni??
  3. Mana aku punye Dinner Plate??
* 3 hadiah yang akan diberikan kepada blogger tersebut (Ini taktik untuk mengorat juga ye)
  1. Bunga api.
  2. Hadiah tuk orang kawin.
  3. Cenderamata
Cik kak ipar... Dah jawab dah... So no fon adik mana??? gambar???

Si baju merah Memikat Jiwa

Tenung-tenung di mata.
Tenung-tenung di mata
Si baju merah memikat jiwa..........

Begitulah ceritanya. Buat aku ketika safety meeting tadi. Si baju merah bertudung kuning keemasan. Bergelas mata. Senyuman manis. Orang nya manis umpama Limau mandarin. Oh..... Indah nya melihat dikau....

Tenungan mata ku memerhatikan mata mu. Sesekali kau cuba untuk mengalihkan pandangan mu dari ku. Ingin ku bertanyakan apakah nama mu? Di manakah asal mu?

Sekian terima kasih.

ps: sori agak jiwang takala hujan sambil meeting yang penuh jenaka. Kenapa aku tidak melihat attendant list itu sahaja. Untuk nama mu. Oh... bunga....

Poster By Budak Hijau

projek bersama bloggers


Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada budak Hijau. Pasal poster ni.... sekian terima kasih....

Emosi menggelegak di awal pagi

Pagi ini. Ye pagi ini. Di ulangi pagi ini. Seperti biasa aku akan pergi menikmati sarapan di restoran biasa. Dengan selamba aku duduk di bahagian depan berhampiran dengan entrance. Meja tu panjang. Aku duduk di sebelah hujung. Dan sebelah hujung lagi di duduki oleh seorang lelaki cina gaya samseng gelap.

Ketika aku sedang menikmati hidangan pagi yang selalu aku nikmati dengan penuh khusyuk cine duduk di bahagian hujung aku selamba je buang hingus di tisu. Tekak menjadi loya. Memang takde adab sopan langsung. Aku berhenti makan. Nak temuntah. Memang agak menggelegak Hati ketika ini.

ps: awal pulak bos aku datang.
ps2: kecoh la minah sebelah meja aku ni. Macam makcik2.
ps3: aku pakai baju baru kaler biru.

Tengahari yang penuh dengan Emosi Panas Menggelegak

Satu tajuk yang agak panjang. Memang senang sangat nak panas hati bila waktu tengah hari terutama waktu tu aku lapar dan sedang berjemur di tengahari yang panas sambil matahari tersenyum lebar memerhatikan aku.

Peristiwa itu sangat aku ingat, waktu tu aku masih lagi menjadi penyelia tapak@site supervisor. Dan waktu tu sebenarnya waktu lunch hour aku. Waktu tu juga la aku kena menyelia kerja-kerja konkrit di tanah yang luas. Luas nya jangan la dikira. Pokok-pokok tempat berteduh semua jauh dari kedudukan aku. Dengan lori konkrit yang asyik-asyik datang tanpa henti buat aku geram. Buat aku tak boleh lepas pandang. Tak boleh buat aku mencuri tulang.

Aku lapar. Indonesia pekerja aku pun lapar siap menyalak-nyalak kat aku "bos!!! makan dulu... Ayuh...."

Dengan selamba aku menyalak balik kat dorang "ko ingat konkrit ni sentiasa cair ke hah...!!!!!!!"

Panasnya hati ku saat itu tidak terhingga. Akhirnya aku menyelesaikan kerja itu pada pukul 3 petang. Kemudian aku pegi makan. Pekerja aku terus balik rumah kongsi tak nak keje. Mampus ar korang...

ps: aku kejam kan ketika emosi aku kepanasan.......
ps2: Tajuk aku glemer tak????

Laporan Awal Bulan Febuary

Lama aku tak update kan entri ke blog ni. Memandangkan bulan ni memang aku sibuk gila. Awal keje je dah kena stay sampai malam. Huh....

Projek Anak Yatim akan di laksanakan pada 8 Mac 2009..... Untuk sapa-sapa nak join di sila kan....

Lokasi aku dah letak kat bawah ni... hehehehe....

hm.... Bosan duk depan komputer sehari-hari.... Nak tekeluar mata aku jadinya.... Semalam lak ada orang bermain mercun... Dan aku pun tak boleh nak tido....

Tag Dari Razor---> sengaja buat kat aku......

Apa pun aku terima kasih kat ko bro....

5 Fakta tentang diri:
  1. Orang kata aku cute. Muka macam budak-budak. Pandai la korang.
  2. Slim and slander.
  3. Berambut agak serabai sikit.
  4. Hisap rokok.
  5. Suka bejalan-jalan.
5 perkara menakutkan dalam dunia:
  1. Kecelakaan. Tak kira apa pun.
  2. Habis rokok.
  3. Tak makan.
  4. Tertinggal kunci dalam bilik yang berkunci.
  5. Kenal ngan pompuan.
5 lagu buat masa sekarang:
  1. Menanti sebuah jawapan - Padi
  2. Turn ur Light Down Low- Bob marley
  3. Setelah - ACAB
  4. Pergi - Couple
  5. Terima Kasih Cinta- Afgan
5 perkara yang selalu disebut:
  1. Adakah...
  2. Ko memang
  3. Eh....
  4. Yes...
  5. Cool....
5 perkara yang amat bernilai:
  1. Kerja aku.
  2. Skuter vroommm.....
  3. Tempat berteduh
  4. Harpe
  5. Air mineral
5 perkara pertama kali dalam hidup ku:
  1. Pertama kali berjumpa dengan pelopor blog yang langsung aku tak kenal. Dan dengan selamba berjumpa ngan dorang.
  2. Pertama kali di tag oleh razor. Entah kenapa die nak tag aku...
  3. Pertama kali berada di pentas gig bersama sahabat aku. Walaupun aku sebanarnya adalah gitaris gantian sebab band member aku punye gitaris ada masalah.
  4. Pertama kali nya aku kehilangan harpe. Buat aku sakit kepala.
  5. Pertama kali nya aku menjejakan kaki ke kuala lumpur merupakan sejarah besar dalam hidup aku. Susah senag hidup di kuala lumpur ku abadikan di jiwa raga ini.
Pelopor-pelopor yang hendak di tag ialah:
  • Niena Karena
  • LIfesaver
  • Sharamli
  • helena
  • sepet

PROJEK ANAK YATIM DAN ORANG MISKIN: Location


Atas cadangan seorang pelopor blog aku dan seorang lagi pelopor blog (Razor) telah menjumpai tempat ini pada tengah hari 1 feb 09. Dan dengan rasminya rumah ini akan menjadi tempat yang akan kita lawati. So, kepada pelopor blog yang lain jalan kan tanggungjawab anda.