Jamali Penyair Tandas Awam - Dimensi

Kelihatan sut baru yang dipakai Jamali. Sangat bersinar. Macam kepala botak di suluhkan lampu 'spotlight' kereta kancil. Kereta kancil yang tukar lampu pakai lampu 'HID'. 

Di tangan kanan Jamali ada sebilah pedang laser 'Star wars'. Yang ada bunyi-bunyi 'zarsssss' kalau kita hayun-hayunkan. Yang senang-senang untuk sesiapa membelah kelapa. 

Di tangan kiri Jamali ada sebuah perisai. Perisai yang di perbuat daripada besi yang paling tahan di dunia. Entah apa nama yang paling sesuai untuk besi tersebut. Tapi jarang sekali Jamali gunakan perisai ini. Kecuali ada hari-hari besar kaum Mensch. Pebarisan hari kebangkitan kaum Mensch adalah salah satu hari besar Jamali. Waktu itu dialah ketua dalam perbarisan. 

..................................................

Jamali memutarkan suis kelajuan kipas kepada nombor 3. 

...................................................

Kali ini Jamali berada di dalam sebuah kereta 'Fairlady'. Disebelahnya siapa lagi kalau bukan kekasih kesayangannya. Sangat-sangat.

Dengan kelajuan yang agak selamat bagi mereka, mereka menyusuri jalanraya di tepian pantai. Dan Jamali memerhatikan cermin pandang belakangnya. Kelihatan sebuah kereta 'Nissan Skyline' membontoti mereka. Jamali sengaja memperlahankan kenderaannya. Dan 5 minit kemudian Jamali memecut laju. Dibontoti pula oleh kereta di belakangnya itu.

Entah dari mana hadir lori tangki minyak di hadapan Jamali. Jamali mana sempat mahu mengelak lori tu. Lalu satu rempuhan di belakang lori tangki minyak itu.

.......................................................................

Jamali membasuh kedua pegelangan tangannya. Kemudian berkumur-kumur. Kemudian membasuh mukanya sambil niat dalam hati.......



Jamali Penyair Tandas Awam - Asal

Jamali berasal dari sebuah pulau yang berhampiran dengan kepulauan Borneo. Tidak penting pun sebenarnya asal Jamali. Setakat seorang penyair tandas awam.

Jamali mendapat ilham sambungan namanya "Penyair Tandas Awam" sewaktu Jamali dalam perjalanan dari kampung kelahirannya ke kampung kelahiran bapanya. Bermula sahaja perjalanan Jamali sudah terasa ingin menggunakan tandas. Sampai ke 'checkpoint' yang pertama, tandas yang hendak digunakan sangat mendukacitakan Jamali. Kotor dan tiada air. Jamali pun bersyair.


"Bayar nak mahal, servis tidak elok."


Dan bermula saat itu, Jamali terus bersyair mengenai tandas-tandas awam yang pernah di singgahinya. Tidak kira bersih atau tidak, baik atau buruk.

Jamali Penyair Tandas Awam - Laut Begelora

Anda pernah melihat bagaimana keadaan laut begelora? Merasai bagaimana laut begelora? Dengan ombak yang tidak disangka-sangka akan menjadi begitu ganas. Menghempas ke bot ekspres yang di naiki oleh Jamali.

Jamali pernah merasainya. 3 kali pergi ketandas meluahkan isi-isi perut Jamali. Mee sarapan pagi pukul 10 tadi semua keluar di gaul rapi dengan air milo ais. Ada sedikit makanan ringan tercampur di hasil luahan isi-isi perut Jamali.

.......................................................................................

Pernahkah anda merasai laut begelora? Pernahkah hati anda seperti laut bergelora? Di landa ombak yang menghempas kuat.


*Ini adalah cerita rekaan sahaja. Tidak berkaitan dengan hidup dan mati sesiapa. Jangan ambil serius.