Kepada Liverpool F.C.

Sila kalahkan M.U. malam ni untuk membuktikan bahawa kamu masih lagi boleh bangkit dari kejatuhan. you'll never walk alone.

p/s: sebab kecewa ngan korang.

Perlu

Aku sedang malas untuk menaip tapi di minda aku ada saja yang mendorong untuk aku menaip. Dorongan yang agak samar-samar. Idea yang agak rapuh. Perlu ke semua ini? Perlu ke aku terus begini. Membiarkan saja ruang ini di isi debu. Di habuki.

Bermonolog dengan hati sendiri adalah kegemaran ku. Ikut kata hati yang entah betul atau tidak hasilnya. Tapi kata hati memang amat menggembirakan. Kadang-kadang aku fikir juga "Perlu ke?". Hasilnya aku mampu tersenyum sendiri. Memang senang untuk menggembirakan diri sendiri. Lagi senang nak menggembirakan sahabat atau insan yang tersayang tapi lagi senang buat mereka terluka. Entah senjak bila aku jadi macam ni.

Kalau bicara pasal hati memang rumit. Apatah lagi kalau kita sendiri fikirkan. Memang rasa lain. Kadang-kadang boleh membawa mendung bearak. Lalu hujan. Kemudian panas semual. Ada juga keadaan yang berangin.

Kesimpulannya, aku tetap perlu begini sebab ia menggembirakan aku.

Siri Borak Yang Berlainan <-- Dari Batin Ku Diragut

Siang tadi aku kena bekerja di Kajang untuk beberapa masalah 'defect'. Sambil-sambil tu aku borak-borak bersama beberapa orang yang senior dari aku.

Borak 1:

"Tapi abang rasa tak patut dorang letak harga tol mahal-mahal. Baru beberapa kilometer dah nak sampai tiga ringgit. Ko bayangkanlah abang isi minyak kereta kancil 10 ringgit. Sekali banding ngan tol punya bayaran, tol dah lebi dari minyak. Kalau macam ni elok abang ikut jalan dalam. Boleh makan angin."

Beliau menyambung borakan kami,

"Cuba kau fikirkan dik ye, gaji sekarang ni dah la murah. Kalau kat KLtu gaji 3000 tu dah dikira miskin tu. Ni pulak yang keje kat kilang sana tu. Gaji 'basic' je dah 400 untuk perempuan. Lelaki pula 450. Ye lah belum tambah-tambah lagi 'O.T' dengan elaun. Kalau tambah ada jugalah 1000. Tapi kita jangan pandang itu. Kita pandang gaji pokok"


Kata hati:
Memang bijak abang ni. Petah pula becerita. Tapi bang dari mana abang yakin dan mendapat fakta yang gaji 3000 tu miskin? Kalau dia tu pandai simpan duit ataupun mempunyai keluarga yang kaya macam mana?? <-- Aku cakap dalam hati je taknak potong stim abang tu layan borak.

Borak 2:

"Dia cakap tak apa. Dia tau. Saya pun sudah cakap sama dia itu tanah sudah retak. Tak mau dengar. Lebih kurang pukul 8 begitu tanah timbus dia. Langsung pecah perut. Dia punya abang pegi tolong angkat batu. Tapi tak sempat. Langsung tanah jatuh lagi. Itu masa semua orang sudah balik. Dorang saja yang mau kerja sampai malam. Dia punya abang terus raba-raba dekat tanah cari dia punya adik."

Kata Hati:
Orang tamak memang selalu rugi.

Borak 3:

"Itu orang memang susah. Tauke sudah baik sama dia lagi dia bikin itu macam. Sekarang sudah susah baru mau cari bos lagi."

Kata Hati:
Ni orang yang tak tahu fikir. Tapi memang salu la dia macam ni. Aku pun penah kena ngan dia. Sekarang nak minta tolong aku. Malas aku nak layan.

Borak 4:

"Kalau you mau senang, nanti kalau you mau datang sini lagi you suruh ini orang tunggu you pukul 8 pagi atau 730 pagi. You pegi sarapan la lepas hantar ini orang"

Kata Hati:
Gila ke aku nak bangun awal. Ko ingat aku ada o.t ke?

Sudah tiba masa

Aku rasa sudah tiba masa untuk aku delete apa yang ada. Apa kata hati korang?

Asyik-asyik Ganyang Malaysia

Apa hal nak ganyang-ganyang Malaysia ni. Sudah-sudahlah rakyat Indonesia yang cuba untuk menghancurkan Malaysia.

Ganyang kalau tak silap aku bermaksud musnahkan atau hancurkan dalam bahasa Indonesia. Itu kalau aku tak silap la. Sebab aku rasa aku ada baca hari tu kat surat khabar. Tapi malas nak layan.

Dorang ni tak serik-serik ke dengan bencana alam yang menimpa negara dorang. Kalau tak silap tiap-tiap tahun ada saja bencana yang menimpa Indonesia. Lepas tu siapa yang tolong negara dorang. Rakyat Malaysia juga yang turun padang membantu mereka. Rakyat Malaysia jugalah yang bersusah payah menyelesaikan masalah dorang.

Belum cukup dengan itu lagi, rakyat-rakyat Indonesia yang tidak sedarkan diri ini tidak mengambil tahu tetang rakyat-rakyat mereka yang berada di Malaysia ini. Yang mencari rezeki dan perlindungan. Aku bukan cakap kosong ini kerana aku dapat lihat sendiri dengan mata aku. Aku kan kerja dengan kontraktor. Jadi kesemua pekerja yang berjawatan sebagai tukang, pekerja am dan operator-operator mesin ini adalah rakyat Indonesia yang bekerja bersama aku. Walaupun kadang-kadang tauke aku ni macam kedekut sikit, aku tetap bantu rakyat-rakyat Indonesia ini bekerja maksud aku memberi mereka kerja dan bagi masa tambahan kerja lebih sikit. Ish!! macam tak elok pula aku nak mengungkit macam tak ikhlas pula. Saja nak bagi infomasi yang betul tak salah kot.

Bukan setakat itu, ada lagi banyak benda yang negara kita yang di benci mereka ni bantu rakyat-rakyat Indonesia yang ada di negara kita ni. Ada yang sampai tak mahu langsung balik ke kampung halaman sebab sudah selesa tinggal di Malaysia. Selalunya dorang akan cakap macam ni "Di sini senang mas, apa-apa pun bisa dapat. Kerjanya pun banyak, gaji pun lumayan juga. Tak seperti di Indonesia mas. Gaji pun tak cukup mau makan. Itu pasal saya suka duduk sini. Kalau bisa mau ada i.c sini." Sampai macam tu sekali harapan dorang. Ada juga mereka-mereka yang telah menjadi jutawan di kampung setelah mereka berhempas pulas di negara kita untuk mencari rezeki. Sebab senang nak dapat duit di Malaysia ni.

Aku harap-harap rakyat Indonesia yang dipengaruhi dengan slogan "Ganyang Malaysia" sedar dengan tindakan mereka ini. Sedar-sedar la yang kita ni sebenarnya baik dengan dorang. Bukan menjadi musuh mereka. Untuk bacaan lanjut pasal protes dorang ni sila klik sini.

PS: Kredit tuk qish sebab bagi aku laman web tu.

Nak Taip Panjang-panjang? Perlu Ke?

Memang sudah sekian lama aku tidak menaip panjang-panjang. Tapi perlukah aku menaip panjang-panjang kalau hasilnya tetap sama. Entah bila ada mood mahu menaip lagi. Idea pun tengah kering.

Mungkin ini memang sudah suratan untuk aku malas menaip. Sedangkan suatu ketika dahulu aku rajin. Macam-macam idea aku. Macam-macam cerita aku taip. Ramai juga kawan-kawan baru aku kenal. 'Nya' aku pun aku kenal kat sini. Itu rahsia yang tersimpan rapi antara kami dan kawan-kawan yang tahu. Yang tahu rahsia kami tu sila "keep it quiet" ok.

Aku bercadang ingin melepak pada malam minggu ni. Tapi aku tidak tahu bagai mana ingin mulakannya. Mungkin aku sudah menjadi pemalu. Mungkin aku sudah segan untuk menghubungi kawan-kawan. Ada kemungkinan juga semua ini. Tapi senjak bila aku jadi pemalu ni. Kawan-kawan aku tahu kot aku ni pemalu ke tak.

Semenjak dua menjak ni aku selalu beli surat khabar berjenama Harian Metro. Kenapa? Sebab aku sudah lama tidak menonton televisyen, jadi perlu untuk aku mengetahui perkembangan dunia. Keadaan huru-hara di sekitar palestin, Filipina punya banjir, padang punya gempa bumi, Vietnam punya ribut, Samoa punya tsunami, Liverpool punya perlawanan, dan pelbagai berita menarik yang tercatat di setiap sudut rancangan dunia ini. Dan semuanya perlu di ketahui sebab itu adalah kepentingan bersama.

Sekarang aku sedang berada di kajang. Buat 'defect works' di LEKAS plaza tol Kajang Selatan. Memang ular la kerja aku selepas aku menghantar pekerja aku. 'Nya' aku sibuk dan tidak mahu dikacau. Kesimpulannya aku kena banyak becerita dan melayan cerita pekerja indonesia aku la.

"Ayuh pak kita pegi minum!!!"