Siri Borak Yang Berlainan <-- Dari Batin Ku Diragut

Siang tadi aku kena bekerja di Kajang untuk beberapa masalah 'defect'. Sambil-sambil tu aku borak-borak bersama beberapa orang yang senior dari aku.

Borak 1:

"Tapi abang rasa tak patut dorang letak harga tol mahal-mahal. Baru beberapa kilometer dah nak sampai tiga ringgit. Ko bayangkanlah abang isi minyak kereta kancil 10 ringgit. Sekali banding ngan tol punya bayaran, tol dah lebi dari minyak. Kalau macam ni elok abang ikut jalan dalam. Boleh makan angin."

Beliau menyambung borakan kami,

"Cuba kau fikirkan dik ye, gaji sekarang ni dah la murah. Kalau kat KLtu gaji 3000 tu dah dikira miskin tu. Ni pulak yang keje kat kilang sana tu. Gaji 'basic' je dah 400 untuk perempuan. Lelaki pula 450. Ye lah belum tambah-tambah lagi 'O.T' dengan elaun. Kalau tambah ada jugalah 1000. Tapi kita jangan pandang itu. Kita pandang gaji pokok"


Kata hati:
Memang bijak abang ni. Petah pula becerita. Tapi bang dari mana abang yakin dan mendapat fakta yang gaji 3000 tu miskin? Kalau dia tu pandai simpan duit ataupun mempunyai keluarga yang kaya macam mana?? <-- Aku cakap dalam hati je taknak potong stim abang tu layan borak.

Borak 2:

"Dia cakap tak apa. Dia tau. Saya pun sudah cakap sama dia itu tanah sudah retak. Tak mau dengar. Lebih kurang pukul 8 begitu tanah timbus dia. Langsung pecah perut. Dia punya abang pegi tolong angkat batu. Tapi tak sempat. Langsung tanah jatuh lagi. Itu masa semua orang sudah balik. Dorang saja yang mau kerja sampai malam. Dia punya abang terus raba-raba dekat tanah cari dia punya adik."

Kata Hati:
Orang tamak memang selalu rugi.

Borak 3:

"Itu orang memang susah. Tauke sudah baik sama dia lagi dia bikin itu macam. Sekarang sudah susah baru mau cari bos lagi."

Kata Hati:
Ni orang yang tak tahu fikir. Tapi memang salu la dia macam ni. Aku pun penah kena ngan dia. Sekarang nak minta tolong aku. Malas aku nak layan.

Borak 4:

"Kalau you mau senang, nanti kalau you mau datang sini lagi you suruh ini orang tunggu you pukul 8 pagi atau 730 pagi. You pegi sarapan la lepas hantar ini orang"

Kata Hati:
Gila ke aku nak bangun awal. Ko ingat aku ada o.t ke?

4 comments:

Liliyuli said...

ada yg faham..dan ada yg tak faham..huhuhu

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

apa yg ko merepek ni labuu... dah bosan sgt la tu

Yern Ain said...

kerja pungut kubis lagi kaya. bkn ko slalu buat ka?

j4l4k said...

Biasalah datuk kekadang kita kena gak game orang lain AHAHAHAH!!!