"Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan
dari Yang Maha Kuasa. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan."
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan
dari Yang Maha Kuasa. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan."
(Surah Al-Lail: 19-21)
Kesinambungan dari entri en. Razor1, en. Razor2 dan Cik Nurul.
Seperti yang kita maklum, aku dan beberapa pelopor-pelopor blog lain sedang merancang untuk mengadakan lawatan untuk kita ke rumah anak yatim dan miskin di kawasan selangor/kuala lumpur. Dan mungkin ada diantara pelopor-pelopor blog sudah sedia maklum bahawa ini bukan la idea aku seorang, akan tetapi ianya adalah idea seorang insan yang mulia yang telah memberikan aku ilham untuk bersama-sama berjuang membela anak bangsa kita sendiri.
Insyallah, antara aktiviti yang pasti akan di jalankan kali ini ialah
- Motivasi kepada anak yatim dan miskin - memberikan mereka maklumat tentang kerjaya, kehidupan dan juga pelbagai rintangan hidup di dunia penuh pancharoba ini.
- Bantuan - bantuan disini tidak la di maksudkan dengan wang ringgit sahaja. Akan tetapi bantuan dari segi keperluan peribadi dan bahan makanan yang perlu untuk mereka-mereka ini.
- Menghiburkan - mengadakan beberapa hiburan untuk mereka untuk mereka merasa hidup seperti manusia lain.
Oleh itu aku sangat berharap untuk aktiviti ini ramai la pelopor blog sedia menyertai dan menyokong aktiviti ini. Dengan itu juga, aku mengharapkan sedikit kutipan wang ringgit untuk di jadikan bantuan kepada anak-anak yatim. Tidak la banyak permintaan aku ni. Cuma RM 10.00 seorang je. Nak bagi lebih pun boleh. Selain itu, pakaian, makanan dan buku-bukuan yang tidak digunakan boleh juga di serahkan. Aku tidak memaksa, tapi kalian pikir la sendiri. Semua bantuan ini akan di simpan oleh aku di tempat yang sesuai dan selamat sementara menunggu aktiviti ini berjalan.
Harapan aku agar para pelopor blog dapat memberikan kerjasama kepada aktiviti ini. Kepada pelopor yang ingin menyertai aktiviti ini sila suarakan keinginan anda di bahagian kritikan dibawah.
"Semoga semua perbuatan baik kita akan dibalas di akhirat kelak....." AMIN....
ps: sebarang pertanyaan dan cadangan adalah di alu-alukan. Sila ym pada ofis hour di kasih_n_ancaman....