Warkah di awal bulan januari buat teman

*Amaran keras dari pemilik blog ini: Bahawasanya entri sekarang ini bakal-bakal mempunyai unsur-unsur kejiwaan keemoan dan kecintaan yang agak keterlaluan. Jadi pada mereka-mereka yang tidak dapat menerimanya secara langsung ataupun tidak langsung harap maaf. Buka la hati untuk membincangkan nya.


Awak........

Ntah kenapa terlintas di hati ini untuk mencoretkan/mencatatkan secebis isi hati yang selama ini tersiksa dari sikap kita berdua. Mungkin kesabaran telah mencapai tahap yang di benarkan oleh kerajaan kita.

Saya tak penah lansung ingin menyalahkan awak. Akan tetapi saya menyalahkan diri sendiri kerana telah menjatuhkan hati saya kepada awak. Namun awak menolaknya setelah saya membina tembok besar china di muka saya ini. Saya terima penolakan itu. Satu yang saya pohon jangan la menyiksa diri ini. Saya tau saya agak keterlaluan. Saya agak agresif, saya juga agak terburu-buru. Apa yang saya inginkan adalah persahabatan yang baik. Seperti garpu dan sudu, rambut dan kelimumur.

Mungkin agak keterlaluan bagi saya untuk mencoretkan/mencatatkan isi hati saya terhadap awak di sini. Namun saya terpaksa. Sepanjang persahabatan kita berlangsung, awak langsung tidak memahami saya seperti saya memahami awak. Serius saya kata kan bahawa saya agak kecewa atas sikap awak yang cuba menjatuhkan saya. Awak hanya baik bila memerlukan saya, awak hanya menggunakan saya bila awak perlukan saya. Apa semua ini? Dimanakah keikhlasan hati awak yang di anugerahkan oleh-Nya?

Awak.....

Sempena tahun baru ini saya ingin sangat berazam akan dapat melupakan awak. Saya dah bertekad bahawa ini adalah pangilan, sms, email, ym, msn dan lain-lain lagi seangkatan dengan nya untuk awak. Harap awak juga tidak lagi mengganggu hidup ini yang inginkan kasih sayang, kedamaian, dan ketenangan dalam kehidupan yang membahagiakan. Maaf. Saya amat-amat tersiksa kerana awak. Saya akan lupakan awak.

Sekian terima kasih

Yang kecewa

*Lagu-lagu yang agak mellow berkumandang<----nurul tiru awak punye trademark ye....

14 comments:

ab geldofg said...

tindakkan yg tpat bro..buat apa seksa diri...aku sokong 100%......kereta klau mragam je...baik cari kereta lain

Dato Paduka Masri said...

yes... memang betul kata ko bro... t aku blanje ko air tanpa alkohol, pewarna, rasa mahupun buih-buih yang di panggil gas....

ab geldofg said...

ooo yg tu..org pnggil jin n tonic hehehehe..mau2

Dato Paduka Masri said...

jin tonic.... ade ke jin nama mcm tuh....???

ab geldofg said...

lbih kurang mcm tu lah..sb tu bla minum...dia jadi myetan smcm je

Dato Paduka Masri said...

wahahahahahaha.... hebat... sangat hebat....

Kedai apakah yang menjual minuman seperti itu???

Nurul Harun said...

hehehe.

dlm emo tu ada juga kelakarnya.

btw, semuga berjaya! (;

Dato Paduka Masri said...

besa la.... emo gembira nama nya...

one love said...

cool :)

i mean, yeah, why not? at least, awak jujur dan berani berterus terang to the awak dalam surat blog awak nih!

best!

pink_butterfly said...

go 4 it bro!

gimme 5! ehehe...

Dato Paduka Masri said...

Nurul-thanks.... mmg cool... idea ni mmg dtg tb2... not for me but for my fren....

pink_butterfly-thanks nak five je ke??? xnak yang len...

cHimicHanGga said...

nice blog la bro..nyway..thanx so so much!!!

eiza said...

tidak setuju dgn rambut dan kelemumur.. bukankah kelemumur itu musuh???

helmi said...

mari kan pengsannnnnnnnnnnnnnnnnnn boy!!!