Aku memang Penah Hidup susah

Tidak di nafikan lagi aku memang penah hidup susah. Salah satu cite yang sangat aku ingat dan memberi pengajaran tuk aku ialah masa aku study lagi dulu.

Masa tu bulan ramadhan. Dah tengah-tengah bulan ramadhan dah. Yang berpuasa masa tu aku sendiri je. Member sebilik aku tengah hari dah makan megi. Aku sabar je la dugaan yang datang kat aku.

Sampai waktu berbuka, duit takde dan aku tengok megi dah habis. Tak pe la. Member sebilik aku tak tau pegi mana. Yang serumah plak dah kluar semua. Aku tak sedar sebab aku tido. Then aku set Tv 1. Biar dengar azan. Then aku tengok teh ada lagi. Ok sesuai nak buat bukak nanti. Aku pun masak la air. Tambah plak air masak dah habis.

Biasa aku buat teh masukkan serbuk teh <---jimat pakai serbuk teh uncang mahal baru aku tuang air panas. Lepas tu biar kaler teh dah nampak. Ok dah semua tu aku pegi carik gula. Eh.... Bekas gula kelihatan suram je. macam ringan je. Aku angkat dan bukak yang tinggal hanya sisa-sisa gula yang melekat di dinding bekas tu. Aduh... Aku kuat kan semangat ku. Aku masuk kan teh kedalam bekas tu dengan harapan.

Selesai je gula tu sebati ngan air teh tu aku tuang kembali kedalam gelas aku dan rasa sedikit. Pahit. Macam tak letak gula jugak. Aku dengan mata berair tuang air teh tu dalam sinki. Tiba-tiba azan berkumandang. Aku ambil air panas then aku tambahkan sedikit perisa paip agar suam sikit aku pun minum sambil berdoa.

Selesai azan member serumah aku balik dan masuk ke bilik dia. Tak sampai 10 saat dia kuar balik then tanya kat aku dah makan ke belum. Dia bagi singgit suh beli makanan. Syukur Allah dengar juga doa aku.



Dan hari itu telah mengajar aku erti kehidupan. Aku rasa aku patut masuk Program bersamamu di tv3 masa tu...



p/s: bulan ramadhan memang banyak dugaan buat aku. Bayak pekara sedih dan menggugat iman berlaku.

14 comments:

Helmi Razali said...

erm, ini sangat berkesan memberi saya kesedaran. tapi, rasanya sekarang tuhan dah tolong kan, kasi rezeki yang mencukupi. betul x?

miezi said...

aku juga pernah.
tp aku tak suka nk ingat. life is about looking forward kan?
apa pun, itu semua buat kita lebih kuat, macam minom milo.Erk :)

Dato Paduka Masri said...

helmi razali - alhamdulillah.....

miezi - memang la... tapi kadang-kadang nak gak rujuk kat blakang balik kan...

helmi said...

boy,
cuba ko ceritakan ani sm si che?hahah

ab geldofg said...

nak masuk prog bsama mu pun kena ada org dlm.....bro hehehehe

Dato Paduka Masri said...

helmi - shit!!! hehehehe

ab - tu la pasal.... kena gak masuk secara paksa bro.. maksud aku rakam then hantar ke bersama mu... hahahahahaha....

Nurul Harun said...

hmmm.. (;
saya x pernah buka puasa dengan air suam je.
tskkkkk.

Dato Paduka Masri said...

nurul - cuba test... sedap.....

Umi Mia said...

ishk..sedihnya citer....pernah gak bukak puasa ngan air suam...sebab still dlm kete..jln jam..itupun dah rasa nak nangis...tsk tsk...

Dato Paduka Masri said...

tu la.... hehehehe.... nasib la de member yg prihatin walaupun die xpuase...

Jake's Daughter said...

hanya orang2 yang pernah merasa susah j tau kedalaman maksud entry nih...kan3?

Dato Paduka Masri said...

betul2.... hehehehhe

eiza in the house.. said...

bersyukur la pada yang ada...bersama mu bro masri..hehe

shasha_ieda said...

salam..
tumpang lalu..
yup..i prnh hidup susah..dimana ade haty yg ikhlas..igt Dia..rezeki ade dimana2 aje..kehidupan x slalunya indah..so hargai la ble sng..yg susah itu jdikan suatu smgat utk mhdapi erti sebuah kehidupan..

-shasha-