Dulu-dulu

Semasa pembikinan blog ini dulu aku sentiasa search blog-blog orang lain. Blog-blog kawan aku dan blog-blog yang mantap macam pipiyapong punya blog. 

Tadi aku baca-baca balik tulisan-tulisan lama aku (actually bukan baca dengan sengaja. Terbaca sebenarnya. Kehkehkeh) punyalah skema habis tulisan aku. Macam tulis diari saja. Aku pun rasa macam mau ketawa saja. Mau muntah pun ada juga. Kahkahkah.

Sekarang macam ada-ada peningkatan sudah penulisan aku (angkat bakul sendiri). Walaupun kurang pembaca. Tapi aku suka gaya penulisan macam ni. Memang betullah kalau rajin membaca orang bilang boleh meningkatkan penulisan. Begaya jadinya penulisan.

Antara blog-blog yang aku amat suka baca adalah blog kakak ni. Banyak ilmu juga yang di kongsikan bersama. Dari dulu lagi aku sudah baca blog ni. Memang superb.

PS: Sebenarnya aku habis idea. Tapi aku mau kasi aktif blog ni balik. 

Kerana Hindi

Aku kalau menonton hindi kadang-kadang pandai lekat. Lama la aku depan tv. Entah kenapa hindi ni memikat.

Selalunya kalu cerita hindi ni kadang-kadang out habis. Kalau sudah out habis memang aku tidak menonton lama. Tapi kalau menarik memang aku tonton.

Apa menarik bagi aku adalah macam mana dorang mengambil video. Cantik. Dari zaman Kuch Kuch Ho Tai sudah cara dorang merakam ni menarik. Dari segi komposisi sampailah ke segi editing. Lawa saja.

Bukan itu saja, awek-awek pun lawa juga.

Tapi paling kacau kenapalah hero dia macam pakistan yang berniaga area rumah aku kacau habis la.

P/S: Kenapa cerita hindi ni malam pula. Esok mau kerja aku ni bos.

Penat

Ok. Penat. Tambah penat apabila Liverpool kalah. Mesti ada lastman yang laju larian. Lagi tu Pepe Reina kasi training banyak-banyak.

You'll Never Walk Alone....