Kalau Dahulu Kala Dan Sekarang

Kalau dahulu kala, udara sungguh sedap untuk di hirup.
Kalau sekarang, asyik-asyik asap je. Nak hirup udara segar pun kena pergi cameron highland.

Kalau dahulu kala, mandi sungai best je. Mana-mana sungai kita pergi pun boleh mandi. Ikan pun banyak. Siap boleh makan lagi.
Kalau sekarang, nak mandi sungai. Sungai mana? Sungai klang? kena pilih sungai yang best macam kat ulu yam tu. Tapi pun masih tak sedap lagi. Nak kena pegi lata kijang kot.

Kalau dahulu kala, nak tidur best je. Siap selimut satu badan lagi. Tak payah nak risau pakai kipas ke penghawa dingin ke. Best je.
Kalau sekarang, kalau boleh nak tidur bogel. Tilam bantal selimut semua basah. Basah dengan air yang masin. Buka kipas paling laju. Angin tak la laju mana. Buka penghawa dingin paling sejuk. Pun kena bogel baru boleh tidur sejuk-sejuk. Kadang-kadang kalah peluh aku joging.

Kalau dahulu kala, banyak hutan yang hijau. Sedap mata memandang. Best je. Boleh redah hutan. Jumpa harimau, gajah, kuda, monyet dan berbagai lagi. Kadang-kadang boleh rembat buah-buahan yang tumbuh merata kat hutan.
Kalau sekarang, hutan konkrit banyak la. Tak ada yang kaler hijau. Semua warna warni. Nak tengok gajah kena pergi zoo. Kadang-kadang ular pun masuk rumah nak cari perlindungan.


Kalau dahulu kala, dunia adalah indah sekali dan sekarang semua keindahan itu terkikis sedikit demi sedikit. Nak harap kan siapa lagi boleh jaga hutan kita ni. Aku nak berhubung dengan Makhluk asing ( alien ) untuk serang bumi kita biar dorang pula jaga keindahan bumi kita ini.

P/s: Blog ini akan di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian bermula jam 0000 waktu Lubnan semalam waktu Bombay telah terlepas sebab ada masalah dengan ejen di sana. Segala kesulitan dan masalah alat sulit sila berjumpa pakar tuan/puan yang berdekatan.

Tatatertib Wanita bermain Futsal

1. Seluar panjang yang ketat mengikuti susuk kaki. Kalau seksi ok juga. Tapi kalau besar macam kayu balak macam mana?

2. Memakai aksesori kecantikan seperti gelang emas, rantai emas dan subang emas. Bayangkan aksesori itu hilang atau pun telinga tu tetumbuk lalu koyak sebab ada subang di telinga. Mau ada ambulans datang tu.

3. Pakai pakaian yang kurang sesuai seperti bra biasa. Bra biasa silap-silap tetanggal dan dah tentu orang akan mentertawakan lebih-lebih lagi kalau aku yang ada kat sana.

4. Memakai mekap termasuk bedak asas, gincu dan pembayang mata. Macam nak pegi pusat perniagaan sahaja.

5. Berkasut tinggi. Kasut sukan yang tinggi yang hanya sesuai untuk di bawa berjoging. Gila ka apa nak pakai kasut macam tu. Nanti teseliuh ke tepatah ke kaki tu. Baru tahu.

P/s: Blog ini akan di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian bermula jam 0000 waktu Bombay. Segala kesulitan dan masalah alat sulit sila berjumpa pakar tuan/puan yang berdekatan.

"Selamat Jalan...!!! Jaga diri elok-elok....!!!!" Jeritan hati ku kepada ku.

"Selamat jalan. Semoga berjumpa lagi." Kata-kata itu sangat sesuai untuk di katakan kepada Dato Paduka dan blog beliau. Sebab beliau sudah lama tidak mengemaskinikan blog beliau. Hendak dikatakan sibuk dengan urusan beliau tapi mustahil lah sehingga di biarkan blog itu tidak dikemaskini. Sedangkan dulu sibuk macam mana pun dia sanggup mengarang sepatah dua di dalam blog ini.

Kesian blog ini di tinggalkan begitu sahaja. Apa nak jadi dengan blog ini.


...................................................................



Isnin, 20hb April 2009. Langit sungguh biru waktu itu. Aku sempat merakam keindahan alam ciptaan Tuhan. Keindahan ini membuatkan aku terdiam kelu. Hati menjadi tenang.

Sangat cantik dan sempurna ciptaan Tuhan. Aku masih lagi gembira kerana dapat merasakan keindahan ini walaupun aku tidak merasa seperti apa yang di rasakan oleh ayah dan ibu ku ketika kecil dulu. Aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat. Apa yang buat aku khuatir ialah bisa kah anak-anak dan cucu-cucu ku merasakan keindahan ini sepertimana apa yang aku rasai sekarang?

Tepuk dada tanya selera.


P/s: Blog ini akan di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian bermula jam 0000 waktu Bombay. Segala kesulitan dan masalah alat sulit sila berjumpa pakar tuan/puan yang berdekatan.

Perlumbaan Dalam Dunia



Hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan
ada yang memang ada yang kalah
yang kalah kan tenggelam di dalam jurang sengsara
yang menang pula menjadi raja

tak kira mengira cara apa
berlari dan berlari terus berlari

ternyata dan jelas yang lebih kuat kan menang
yang lemah pula kan terciciran
hadiah pada yang menang ialah ikhlas dan kehormatan
walau ini hanyalah hayalan

apa saja yang di kejar kejarkan
ini paling harus dia mengerti
jangan sampai sesay haluan nanti

memang benar diri kita mesti menang
tapi apa yang di pertarungkan
jangan sampai menyesal kemudian hari

hasrat semua manusia tiada banyak bezanya
semuanya ingin menang saja
tak kira terpijak kaki lawannya tak kira
kerana dihati kiri masih ada


*sedap gila lagu ni. Terutama yang Republic Of Brickfield Duet ngan papa Rock ni.

Kepada Peminat Siti Nurhaliza

Best gila memang macam siti suara gaya.



Maut aku muntah!!!!!

Zaman

Video ni pertama kali aku tonton. Sebelum ni aku tidak sama sekali tahu video lagu ni macam ni. Kelakar gila.

Tidur Basah

Senjak dua menjak ni aku selalu tidur basah. Bangun je waktu pagi mesti basah tilam, selimut mahupun bantal-bantal yang ada. Sampai ada masa tu aku tidur beralaskan lantai yang di pasang dengan "tiles". Pun basah juga.

Belum lagi masuk ke dalam ofis. Pun sama. Aku duduk buat kerja aku pun basah. Habis basah.

Ni semua pasal pemanasan global la ni. Buat aku tidur basah dengan peluh. Kornag pernah ke macam ni? Dari permulaan tidur sampai ke pagi waktu wajib sedarkan diri peluh masih di seluruh badan. Panas hati aku.

Di Kotak Kecil Ini

Di kotak ini. Ada sebuah speaker yang selalu membuat ku terhibur serta menghiburkan. Ada Sebuah almari di mana letaknya semua pakaian ku serta barang-barang peribadi ku. Ada dua tilam yang panas kalau aku hendak tidur di atas tilam itu. Ada tiga bantal yang selalu menemani ku.

Di kotak ini ada satu pemanas air yang mana ianya di gunakan ketika aku ingin sarapan. Ketika aku hendak minum minuman yang menyegarkan. Ada sebiji helmet hadiah percuma ketika aku membeli skuter aku.

Di kotak ini aku hidup makan tidur mandi dan sebagainya. Kotak kehidupan aku ketika ini.

Borak-borak Matang

Aku pegi ke site. Saje buang masa. Jumpa pekerja-pekerja aku. Lepak dan beborak dengan dorang. Macam-macam dorang cerita. Dari bab percintaan sampai bab keagamaan. Hebat memang hebat. Tapi yang rasa down habis bila dorang tanya aku soalan yang amat sensetif.

"Bos, dulu bos kurus sekarang perut bos udah besar ya....."

Aku blah dengar asap rokok yang berkepul-kepul keluar dari hidung dan mulut.

Limau oh Limau Part 3


Limau aku rindu....
Rindu akan mu....
Kenangan manis dan masam menjelma di ingatan....
Bentuk paras rupa mu telihat di cermin muka....

Limau oh Limau....
Bila agaknya akan menjelma....





17 April 2009, 0930,
Dato Paduka Masri.

Korang Nak Tau Siapa 'nya' Aku

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.















































































































Aku tak kan bagitau korang!!!! hahahahahahahahaha.....

Budak Lelaki Jangan Menangis

Boys Don't Cry lyrics

I would say I'm sorry
If I thought that it would change your mind
But I know that this time
I've said too much
Been too unkind

I try to laugh about it
Cover it all up with lies
I try and
Laugh about it
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry
Boys don't cry

I would break down at your feet
And beg forgiveness
Plead with you
But I know that
It's too late
And now there's nothing I can do

So I try to laugh about it
Cover it all up with lies
I try to
laugh about it
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry

I would tell you
That I loved you
If I thought that you would stay
But I know that it's no use
That you've already
Gone away

Misjudged your limits
Pushed you too far
Took you for granted
I thought that you needed me more

Now I would do most anything
To get you back by my side
But I just
Keep on laughing
Hiding the tears in my eyes
'cause boys don't cry
Boys don't cry
Boys don't cry

AYAH

Ayah.....


...........Ayah


Kasih sayang ayah = 0

Aku tak pernah merasainya.


ps: Aku baca blog mamat ni j4l4k. Kawan aku yang aku kenali. Dan amat dikenali.

Membazir itu mahal harganya

Tengahari aku makan kat warung yang menyediakan nasi lemak sedap ya amat. Tapi bukan makan nasi lemak makan nasi putih. Isi di pinggan ialah nasi putih, taugeh dan sambal kerang. Sedap.

Sambil aku makan aku teringat zaman aku kecik dahulu. Pada permulaan 90an ketika kebahagiaan ada di sana. Ketika kebahagiaan masih bertaut di sana. Aku makan di kedai bersama keluarga ku. Aku makan mee goreng yang menjadi idaman aku ketika itu. Memang sedap dan banyak. Tapi aku kan kecil lagi masa tu. Macam mana nak habiskan. Jadi aku biarkan macam tu saja.

Ibu memandang ku dan berkata.

Ibu : Baik kau habiskan mee mu atu...
Aku : Kanyang ku eh.
Ibu : Habiskan. Jangan membazir. Tadi kau jua yang mau.
Aku : Kanyang bah. Payah jua tu mun di paksa makan.
Ibu : Habiskan la. Karang mahal tu di bayar mun inda ko habiskan.
Aku : Mahal tu kan?
Ibu : Awu....

Aku dan adik-adik dengan segera menghabiskan mee goreng itu. Walaupun aku dah kekenyangan. Begitu juga adik-adik ku.

...................................

Sekarang aku sudah tahun 2009 dan aku masih lagi ingat kata-kata yang ibu lafazkan dulu "Karang mahal tu di bayar mun inda ko habiskan". Kata-kata ini memberi semangat untuk ku menghabiskan makanan yang aku pesan walaupun aku kenyang.

*"Karang mahal tu di bayar mun inda ko habiskan" - Nanti mahal kalau nak bayar bila makanan tak dihabiskan.

**Bahasa Labuan

HATI

Hati yang di eja dengan huruf besar. Besar mana hati anda semua? Luas mana hati anda?

sigh............

Aku selalu juga menjaga hati orang. Namun orang tidak pernah menjaga hati ku. Aku selalu mengadu dengan diri sediri. Sebelum tidur, semasa makan, semasa mandi sekalipun ketika aku sedang bekerja. Merintih di dalam hati.

.........

Ketika itu umur ku baru mencecah 15 tahun. Aku balik dari melepak bersama sahabat-sahabat yang memang aku panggil sahabat. Ibu ku menangis di kerusi. Adik beradik ku semua diam sepi kecuali adik-adik yang belum mengenali erti kehidupan. Aku bertanyakan pada ibu ku. Ibu terus menangis. Aku tanyakan kepada adik ku yang mengerti keadaan ibu. Adik ku memberitahu segalanya. Baru ibu bersuara.

..........

Sejak dari trajedi itu aku cuba mengadu dengan sepupu-sepupu. Meluahkan apa yang ada di hati. Apa yang tidak mampu ditampung oleh anak remaja seperti aku. Namun tiada respon yang membolehkan hati ini senang. Sejak dari saat itu aku sentiasa mengadu pada hati sendiri. Merintih hati sendiri. Sehingga sekarang. Sentiasa.

Isnin

Mengantuk.
Hati meronta ingin pulang ke rumah.
Mengantuk.
Hati meronta mengenangkan bantal di rumah.
Tunggu kejap lagi aku balik tidur....

Jumaat Yang Cerah Dengan Senyuman Mentari

Bangun dengan tidur yang agak tidak lena di sebabkan kekerapan untuk mengujungi tandas. Entah kenapa perut ku pada saat itu teringin sangat hendak sakit. Macam takde masa yang lain. Masa aku memerlukan tidur yang lena juga di kehendakinya. Aku dah dapat tau kedai mana yang buat perut aku macam ni dan secara automatiknya kedai tu aku boikot.

.....................................

Bangun dari tidur dengan memandang keluar. Cahaya matahari yang menyinari dunia. Sungguh indah jumaat ini. Dengan udara yang agak bersih agak tidak. Walaupun perut aku agak meragam pagi-pagi yang indah ini ianya tidak mengganggu perasaan itu. Aku sangat menhayatinya dan terlupa bahawasanya aku harus pergi kerja. Keputusannya, aku mengatuk dan bos aku datang lagi awal dari aku.

.........................................

Aku sangkakan matahari akan kekal sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kalau aku dapat balik rumah alangkah indahnya. Mesti gelap baru bangun.

Kuala Lumpur 5 Tahun - Zaman Muda Mudi Belajar

Zaman aku begelar pelajar kolej banyak juga suka duka aku tempuhi. Terutama tentang kecurian harta benda. Harta benda aku, harta benda kawan-kawan serumah aku. Harta kawan aku yang tinggal berasingan dengan aku dan sebagainya.

Telefon bimbit milik ku sebanyak 2 kali hilang seperti matinya burung merpati yang boleh menghantarkan khabar berita ku kepada ahli keluarga serta sanak saudara serta rakan taulan. Tidak termasuk komputer riba milikku hasil dari pada duit pinjaman pelajaran ku yang lesap seperti hilangnya semua usaha ku. Memang sangat sakit hati pada saat itu di mana aku kehilangan harta benda seperti ini. Aku hanya banyak berdiam pabila kehilangan harta ku ini.

Tidak cukup itu, kawan serumah aku pula kehilangan motosikal yang di letakan di bahagian letak motosikal di apartment kami tinggal itu. Lagi aku terasa. Sebab di ingat aku yang curi atas sebab kami baru beberapa hari bergaduh sebelum kehilangan motosikal beliau.

Aku selalu mendoakan agar si pencuri bertemu dengan nasib beliau. Atau bertemu dengan aku. Tahu lah aku bagaimana hendak mendidik beliau.

Kuala Lumpur 5 Tahun

Kuala Lumpur senyumanmu
Dipagi ini
Sungguh bererti
Kerna cinta bersemi lagi
Setelah kemarau panjang

Dilebuhraya
Dipapan tanda
Tergambar wajahmu
Dengan kalimat
Cinta untuk kita
Semoga kekal selamanya

Bila ku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Berganding tangan
Kita berdua
Menyusuri jalan
Ditengah kota
Sambil senandungkan lagu
Lagu kisah cinta lama

Bilaku bisikan puisi cinta
Dan tugu peringatan negara
Bagai tersenyum
Dalam diam bergembira
Memberi sokongan cinta
Agar bersinar sentiasa

Terimakasih kuucapkan
Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan
Cinta antara kami berdua


4 April. Genap 5 tahun aku menduduki tanah semenanjung. 5 tahun juga aku mengenali budaya-budaya yang ada di sini. Antaranya ialah Shuffle di bukit bintang dan mat-mat berkulit hitam yang berasal dari afrika. Ini adalah contoh sahaja tidak ingin bertujuan untuk menyindir.

Pertama kalinya aku menduduki tanah ini aku menginap di selesa inn depan maju junction. Masa tu waktu malam. Ada sekatan jalan raya. Aku keluar menyaksikan kepelbagaian aksi melarikan diri para pemandu motosikal dengan hanya mengenakan boxer. Jangan cuba-cuba bayangkan aku pada masa tu sebab aku agak slim lagi masa tu.

Pelbagai pengalaman sepanjang aku berada di tanah ini. Termasuklah kawan-kawan yang silih berganti. Ada juga yang pergi aku jumpa lagi. Tapi ada juga yang langsung aku tidak tahu statusnya. Malahan ada yang rapat dengan aku yang kawin diam-diam. Yang datang berjumpa aku (tak jumpa pun dia pi jumpa member rapat aku je) dengan mengusung perut bini dia yang sudah besar. Aku pun kecewa dengan tindakan sahabat ku itu. Kecewa.

Sudah 5 tahun aku berada di tanah semenanjung ini. Entah bila aku akan kembali ke tanah kelahiran ku.

Seronok!!!!

Aku ke kedah.

Ke Alor Star (Aloq Staq - Bunyi-bunyi kedah sikit). Best. Seronok. Sebab aku belum pernah pergi ke sana. Jadi aku pun pergi ke sana. Aku pergi bersama 3 wanita jadian. Sekejap-kejap lain je perangai. Memang lain. Kejap-kejap menyanyi. Kejap-kejap sepi. Kejap-kejap ambil berat. Seram aku jadinya.

Tambah seram bila kami pulang dari Kolam Air Panas Ulu Lengong, Baling. Kena mengharungi kepekatan malam bersama kesunyian hutan di bukit bukau. Mata mengantuk seperti di tongkatkan dengan kayu balak je. Seram. Jalan macam dalam cerita "Tokyo Drift" dan aku pun mengambil kesempatan untuk mencuba-cuba la.

Bangun waktu pagi sambil memandang bendang dan melihat senyuman matahari amat membuatkan aku tenang. Tenang sambil tersenyum. Aku tak pernah rasa macam tu ketika di bandar. Terutama Kuala Lumpur. Hidup di kampung memang seperti syurga.

Update; Lupa nak ucapkan terima kasih kepada tuan punya kampung cik budak hijau.


p/s: Aku dapat je gambar nti aku upload kat sini.

Adakah Wang Ringgit Menentukan Kebahagian Seseorang?

Jawapannya ada pada kamu kamu kamu.



Tepuk dada tanya selera.


Fikir-fikirkanlah.

Ke Sana Ke Sini.

Pagi lagi aku sudah kena masuk 'site'. Mencari pekerja berasal dari indonesia dan berbangsa jawa. Aku jumpa dan aku mengajak dia naik ke kereta untuk membantu aku mengukur kelebaran serta kepanjangan jalan raya di 'site' yang satu lagi, yang sudah siap dan hanya menunggu 'CPC Inspection'.

Aku dan pekerja aku mengukur dalam keadaan panas terik. Semakin lama semakin terik. Peluh menitis dari kepala singgah di hidung dan seterusnya singgah ke bibir dan jatuh ke tanah juga. Aku agak bernasib baik mengenakan baju t bekolar. Tak lah rasa janggal sangat untuk masuk ofis semula. Tapi memang panas hari ini. Aku syak ini la namanya pemanasan global ataupun kemarahan hati bumi kepada manusia.

Selesai pada pukul 12 tengah hari. Aku kena pergi ke kota kemuning. Pergi ambil Borang 'PDC 8' dari konsultant. Sebab esok ada 'CPC Inspection'. Korang tau ke kota kemuning kat mana? Maka aku pun sesat bersama-sama pekerja aku. Nak tanya dia, nanti dia mesti jawab "Ngak tau bos...".

Aku balik ofis. Di ofis aku rehatkan badan serta kaki. Sebab pukul 3 petang ada meeting lagi. Penuh jadual aku hari ini. Sakit gak kepala memikirkan nya.

Ke sana ke sini. Kulit aku dah kena sun burn.

Seronok ke keje aku?