Cinta Seorang Kontraktor Part 3: Kesudahan Yang adil ya amat.

Dalam beberapa bulan selepas aku dan si dia putus, aku mendapat pekabaran dari si dia. Ini membawa aku kepada ingatan silam besama si dia. Aku dan si dia saling bermesej atau lebih moden lagi bersms.

1 mei. Aku pulang ke kampung halaman sebab cuti waktu itu agak panjang. Sekadar 2 3 hari sudah panjang bagi ku untuk balik ke kampung halaman bertemu ibunda tercinta. Aku melepak di sebuah pusat membeli belah di kampung halaman ku. Memang hanya sebuah saja pusat membeli belah di kampung halaman ku. Dan ianya di gelar UK. Glamor gila nama. Tapi tidak bagi isi-isi di dalamnya. UK ialah tempat remaja bekumpul mencari kekasih dan bertemu sahabat.

UK jugalah aku bertemu dengan si dia dengan tidak sengaja selepas perpisahan dengan si dia. Aku beborak dengan. Borak yang agak simple dan kosong. Lagi berisi borak orang yang minum di warung-warung. Aku balik ke rumah dan saat itu aku masih lagi menghubunginya melalui sistem khidmat pesanan ringkas. Dan melaluinya juga lah aku mengajak si dia untuk menyambung semula hubungan yang lalu. Si dia setuju. Sebab si dia masih menyayangi aku. Bahagia.

Selang beberapa bulan. Aku sudah menamatkan pembelajaran ku. Aku ingin kembali dan aku menghubungi si dia. Si dia memberitahu bahawa si dia akan melanjutkan pelajaran nya jauh dari aku. Ok fine. Aku tak sempat untuk bersua muka dengan si dia. Sedih juga rasanya.

Selang 2 tahun aku bersama si dia. Aku masih lagi dengan sikap skandal aku yang amat skandal. Bukan sorang dua tapi ramai. Memang macam ni kot lelaki nak meningkat jadi dewasa. Dan suatu pagi jumaat aku baru balik dari kelas dan menunggu bas dan berhibur bersama sahabat-sahabat. Aku mendapat pesanan di talifon bimbit ku.

Suasana sepi yang ku dengar ketika itu. Bedesing telinga saat itu. Aku heran. Aku cuba memujuk. Tapi keputusan nya adalah betul. Dan tidak boleh di ubah lagi. Memang dah pembalasan kepada aku yang berpoya-poya sakan.

Sehingga sekarang aku belum lagi boleh mempunyai hubungan yang serius seperti hubungan ku dengan si dia. Tapi aku sedang mencari seseorang untuk menyerikan hidup ku. Si dia hanyalah contoh kepada perjuangan hidup ku. Memang susah hendak melupakan si dia.

Sekian terima kasih.

17 comments:

patungcendana said...

kau ni...banyak skandal rupanya...muka innocent je...hehe...:-)

Dato Paduka Masri said...

patung- sume orang cakap mcm tu. akan tetapi sebaliknya... skrg je dah insaf.

niena kierana said...

haha.. hmm tu la.. kalau mau disayangi dengan iklas.. jgn mainkan perasaan orang.. berjauhan bukan satu alasan tuk kita sesuka hati mendua,men3 atau men10 kan kekasih..

peace!

patungcendana said...

hehehe...dalam hubungan serious pun kamu ada banyak skandal...kalau hubungan yang tak serious...tak yah cakap la kan...err...ye ke skrg dah insaf...:-)

re: mana lagi banyak...pahit ke manis...

This is Mine said...

hidop penuh skandal...

hidop berlandaskan skandal...

hidop kantoi kerana skandal...

itu semua mainan hidup....

disebalik skandal tue la yang membuatkan kita menilai siapa diri kita sebenarnya...

ya, kita menjadi semakin matang..

*matang je.... serik ak x pasti.... lalalala.....

sharamli said...

skandal yg banyak?
sure ke ni?
k0 jgn nk tipu2

kay said...

bagus kalau citer ko ni dibukukan..menarik..haha

vidadarisakura said...

muka indon mimang macam ni..

lalala

~0~ said...

Pengalaman mematangkan kita...sabar bro...

ab geldofg said...

tnpa ku sdari air mata pun mgalir baca kisah cnta ni ;(

Namaku Min said...

Hye kamu.. skandal itu indahnya sekejab saja.. mungkin bila kamu temui yg sesuai.. kamu akan jadi setia.. ~lalala~

BudAk hijAu said...

entri mencarai JODOH!!cit!!

F A R Y N said...

ko kawen je ngan vida..senang nak blk raya naik kapal sesama..hahahaa

vidadarisakura said...

paryn perlu ka ko sumpah aku sampai macam tu???


no more aksi kain dalam utk u!
i het u parin!

Atan said...

belajar la setia he he mcm ab

LifeSaver said...

hi bdk scandal!

eliza said...

skandal la puas2..
lps tu nnt nda pasal2 ada yg kena lempar sandal..hehe