Madu

Madu lebah. Awal pagi yang beberapa hari lepas, bapa telah menyuruh aku ambil sesudu madu. Entah untuk apa sebab aku langsung tidak mendengar apa yang bapa katakan sebab aku baru bangun dan bapa pun baru bangun.

Setelah beberapa hari ini aku minum madu tersebut, aku pun cuba google khasiat madu dan dapat link yang ini.

Secara amnya, memang madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Jadi aku rasa memang aku kena cuba sampai aku rasa perbezaan selepas aku mengamalkan madu lebah ini. Harap-harap boleh hilang buncit ini. Hahahahaha.

No comments: