Politik Lagi

Mungkin ada diantara kalian yang ingin menjadi kontraktor, yang ingin menjadi peniaga. Aku ada beberapa tips yang menarik untuk di kongsikan terutamanya kepada bumiputera malaysia yang ingin menjadi peniaga dan kontraktor yang berjaya.

Pertama, sebelum buat apa-apa pastikan ada duit. Duit adalah segala-galanya bagi sesiapa yang baru ingin memulakan kerjaya ini. Tanpa duit macam mana mau mula. Macam mana mau itu ini.

Kalau ada duit baru boleh menuju ke langkah seterusnya iaitu kena ada semangat politik. Daftar la jadi pemuda pas ke, pemuda umno ke, pemuda pkr ke, semua la. Yang penting mesti aktif dalam kumpulan politik ini. Baru senang dapat bantuan. Baru projek boleh jalan. Bisnes pun boleh maju.

Kesimpulanya sangat senang. Kuatlah berpolitik untuk jadi Kontraktor berjaya ataupun peniaga yang di kenali ramai.

No comments: