Berkenaan Dengan Pakaian Ke Pejabat Aku

Bagi aku pakaian ke pejabat mestilah kelihatan bersih, segak apabila dipakai, dan nampak macam baru. Semua tu mempengaruhi pandangan orang lain, mood dan keselesaan aku. Bagaimana aku memilih pakaian ke pejabat aku? Aku hanya ada beberapa pakaian yang cukup untuk pergi ke pejabat selama 10 hari. Kira 2 minggu. Semuanya aku ganti-ganti. 'Rotation' bak kata orang. Entah betul entah tidak. jadi setiap pakaian akan aku pilih rambang sahaja. Tidak perlu pun pening-pening memilih.

Selalunya sebelum aku bertolak ke pejabat aku akan memandang cermin diri untuk mengenakan sentuhan terakhir pada rambut. Tapi hari ni lain. Lain sangat. Aku terpandang kepada diriku. Pakaian aku. Rupanya selekeh gila pakaian ke pejabat aku. Dan dalam perjalanan ke pejabat aku tanya kat 'nya' aku "adakah pakaian aku ok hari ini?"

Jawapan 'nya' aku senang sahaja "Macam badut".

Mood jatuh ke tahap negatif. Aku memang perlukan pakaian ke pejabat yang baru nampaknya.

Haih!!!!!!

2 comments: