Khurafat - Dari Hati Ikhlas

Ramai mengatakan bahawa filem Khurafat adalah yang paling seram tahun ini. Televisyen cakap seram, akhbar-akhbar cakap seram, temubual pun cakap seram, termasuklah radio cakap seram. Secara ikhlas aku cakap disini aku langsung tidak merasa seram. Filem ni lebih banyak aksi-aksi atau adengan-adengan yang boleh buatkan kita terkejut dan bukan seram.

Apa yang lebih mengecewakan adalah mengenai hantu dalam cerita tersebut. Jangan sesekali meniru gaya hantu jepun atau lebih tepat lagi 'Ju-on'. Masa aku tengok cerita ni ramai yang menjerit. Bukan jeritan seram, tapi jeritan yang menyebut "JU-ON!!".  Apa semua ini? Lemah semangat nak tengok cerita seram gelak lagi adalah.

Jika di bandingkan dengan cerita 'Hantu Kak Limah Balik Rumah', saya lagi seram tengok cerita HKLBR dari cerita Khurafat. Lagi seram part Kak Limah bediri ditingkap dan masuk ke bilik awie pada waktu malam. Seram gila. Cerita macam ni yang saya mahu tengok. Bukan cerita yang banyak buat terkejut.

6 comments:

Puan Capa said...

hehhee...tau takut!

Pekerja Kontrak said...

capa - takut pe....???

cik EPAL said...

tak best ke cite ni? ala baru nak pi tengok dah sume kata seram

Pekerja Kontrak said...

cik epal - serius tidak best.....

aleen aiden said...

kak limah memang best!hu3

Pekerja Kontrak said...

aleen - itu la.... lagi seram dari khurafat....