Rasanya Seperti Pertama Kali Naik Kapal Terbang

Baru-baru ni iaitu semalam aku pergi 'site' di Lahad Datu, Sabah. Kalau naik bas memang lama. Sampai kebas-kebas badan. Jadi aku naik kapal terbang. Sebelum ni pun memang naik kapal terbang. Belum lagi staf-staf sini naik bas pergi site yg jauh-jauh drive sendiri atau naik bas. Habis kebas-kebas badan tidak dapat bekerja. Buang masa.

Semasa perjalanan pergi memang cuaca sangat cantik dan sedikit berawan apabila tiba di Lahad Datu (LD). Jadi  juruterbang telah membuat hati ku gundah gulana gelisah entah kemana-mana dengan mengelak kiri kanan awal-awal tu. Siap buat 'U-turn' lagi. Ada orang cakap macam roller coster. Uncle cina sebelah aku pun muka cuak sudah bila pilot tu buat U-turn macam roller coster. Aku memang keras-keras badan la.

Rasanya seperti aku ni baru pertama kali naik kapal terbang. Haih...!!!

3 comments:

sharamli said...

sempat lagik uturn

Puan Capa said...

alasan ko nak peluk pramugari kan?

Pekerja Kontrak said...

sharamli - haah... ntah apa hendak di tunjukan...

capa - mungkin kot... hehehehehe