Siri Balik Ke Kampung Halaman

29hb April 2009,
Aku sudah bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Aku mengemas barang-barang kiriman ibu dan juga barang-barang ku. Dalam masa setengah jam selesai segalanya termasuk mandi. Ini di kira pakej. Pakej 30minit bersiap sedia. Dan aku sempat bertemu dengan'nya'. Makan sekali dengan'nya'. Selesai sahaja aku makan kereta BMW Malaya aku pun terus meluncur laju menuju ke Bukit Mahkota, Bangi.

Tiba di sana aku terus beborak dengan sahabat aku bernama 'a' yang mempunyai motosikal besar. Dan aku suka melihat motsikal besar itu. Dari rumah kami berpindah ke kedai mamak untuk berborak. Kali ni bertambah dengan seorang lagi teman yakni jiran sebelah rumah 'a' yang bernama 'af' yang mana 'af' mempunyai adik perempuan yang selalu 'a' dan abang kepada 'a'(yang kini berada di U.K.) dan juga aku perkatakan.

30hb April 2009,
Bangun seawal 5 pagi untuk bersiap sedia menuju ke Lapangan Terbang Tambang Murah (yang mana selepas ini akan di sebut-sebut LCCT). Tiba di LCCT aku menuju ke kaunter daftar masuk. Kali ini aku awal datang sebab aku khuatir terlambat seperti bulan ramadhan lepas di mana aku terpaksa berlari-lari dari hujung ke hujung bangunan LCCT. Macam tak puasa. Padahal aku puasa. Jangan cakap aku tak puasa sebab berdosa kau cakap aku tak puasa.

Dalam kapal terbang aku duduk di tepi tingkap. Sekarang Air Asia pun dah kena duduk ikut nombor yang di sediakan. Sekapal dengan aku adalah kumpulan Kristal. Aku buat tak kenal je sebab aku rasa aku lagi artis dari dorang. Hahahahahahahahaha. Dan duduk di sebelah kanan ku adalah dua orang awek.

Dari mula penerbangan sampai la di umumkan oleh pemandu kapal terbang aku terus mengeluarkan angin dari perut. Kadang-kadang harum, kadang-kadang takde bau. Selamat la awek yang duduk tepi aku tukan. Hehehehehehehehe.

Bersambung........

9 comments:

LifeSaver said...

lor...nape bersambung!!!ko mmg saja nak dera aku!!!

Y E R N ain said...

ya rabi.
keji gila.
prmpn sblah ko tu pngsan suda kali
tu la dorg diam ja

sharamli said...

Kadang-kadang harum, kadang-kadang takde bau.

byk kali sgt ke?

patungcendana said...

ni nak buat trilogy ke...:-)

Dato Paduka Masri said...

lifesaver - penantian satu penyiksaan.... hahhahahahaahaha...



yernain - hahahahahahaha... iya pingsan durang ni....aku mo p tandas tepaksa aku siram2 air dulu kasi selawat baru dorang sedar ni....


sharamli - hampir setiap 10 minit akan keluar.... berkala... hahahahahaha....


ma.patung - hahahahahahahaha.... catatan seorang kontraktor.....

~d!b@~ said...

ni la artie malaya?

angin angin angin!

huh? mane souvenir? :P

Dato Paduka Masri said...

kakdiba - hehehehehehe.... sabar kak... orang ada bawa... hehehehe...ahad free ke????

masa itu.... said...

wahh,ko bagi name kt kitorg 'a','af',abang kpd 'a',betol2 ko taruk disclaimer haa..

vidadarisakura said...

mihir