Berjumpa Doktor Gigi Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Abaikan tajuk yang agak-agak rabut belah tepi. Tapi rambut belah tepi ok apa. Hensem.

28hb 12 2011. Ni tarikh yang aku agak aku memang takkan ingat. Tapi akan tercatat dalam fail pertama untuk rawatan gigi aku. Gigi aku sakit? Tak langsung. Cuma gigi aku sekarang macam makin menipis dan belobang sana sini.

Kenapa pergi ke klinik kerajaan? Klinik swasta aku kurang mampu. Nanti silap-silap kena bayar 2 3 ribu. Mana nak cari duit. Jawab.

Aku datang lebih kurang dalam pukul 11.15 pagi dan mendaftarkan diri. Mendaftarkan diri kenalah tunggu dalam 10 - 15 minit. Dengan sabar. Sambil-sambil tinguk gelagat orang. Selesai mendaftar kena naik tingkat 1 dan tunggu untuk rawatan. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Tiba-tiba aku rasa kurang selesa dengan keadaan aku. Tekanan darah tiba-tiba tinggi. Aku buat kesimpulan aku lapar mungkin.

Bila nombor aku dipanggil aku sempat melihat seorang wanita yang dicabut giginya. Aku jadi tidak keruan lagi apabila di panggil masuk dan suruh duduk ala-ala baring di kerusi rawatan. Menjadi parah apabila aku kena tunggu doktor tu habis menulis. Semakin lama semakin nervous jadinya aku. Bila doktor tanya aku mau buat apa aku jawab dengan nada yang tersekat-sekat aku mau tampal gigi yang berlobang.

Doktor memulakan pemeriksaan dengan teliti. Berhati-hati. Selesai pemeriksaan doktor cakap dengan aku "ada 8 gigi mau kena tampal dan 1 tidak dapat sudah tampal. Besar tul dia punya lubang. Cabut saja ni."

aku menjawab "Cabut? Bila? Sekarang? errrrrrrrrrrrrrr...." Bunyi nervous. "Dari kau saja bah. Kenapa? ko ada penyakit ka?" Tanya doktor tu.

"ish... ndalah... Teda penyakit.. cuma nervous bah." Doktor tu tersenyum. Aku fikir. Memang aku dari kecil tidak suka dan benci dengan doktor gigi. Lebih-lebih lagi jarum suntikan untuk membiuskan gusi.

Dan efek sampai aku meningkat dewasa. Selepas sekolah rendah beberapa tahun dulu aku tidak pernah lagi ke klinik gigi hingga ke tarikh 28hb 12 2011.

PS: Selesai saja pemeriksaan gigi aku di berikan tarih temu janji yang seterusnya. Iaitu Julai 2012. Hebatkan. Dan aku belum cabut gigi aku. Kehkehkeh.

7 comments:

vidadarisakura said...

PENAKUT

Anonymous said...

penakut-penakut

Pekerja Kontrak said...

pobia la... bukan penakut.... pobia.... okehhh~~~~~

Dalam Hati: ye kot....

RY said...

gfs ko x supportive.



jgn pergi lg!

FVN said...

hahahaa...ko takut ngan dentist yer

Pekerja Kontrak said...

razo - kena pegi lagi.. nanti sakit plak gigi.... payah nak makan....

faryn - kehkehkeh

appy afifa said...

hakhak..penakut rupanya..hiiii