Jangan Pandang Cermin

Ini adalah benda serius. Sebab benda ni di alami oleh aku. Baru-baru ni jugalah. Waktu aku sedang berada di Labuan, kampung halaman aku. Waktu tu sudah malam dan agak-agak lewat. Lebih kurang pukul 12 malam jugalah.

Seperti kebiasaan aku selepas melepak, mesti akan pulang rumah lewat dan terus masuk ke bilik. Jadi entah apa angin malam tu seluruh kawasan kampung aku tu menjadi gelap. Terputus bekalan elektrik. Memang aku teraba-raba mencari jalan dan telefon bimbit. Kedengaran juga ada jeritan. Siapa tah jerit-jerit malam-malam buta.

Selepas sahaja jeritan itu hilang bekalan elektrik terus ada. Aku yang tadinya tunduk-tunduk pun bangun dan terlihat sesuatu di cermin. Aku hampiri dengan perlahan-lahan. Aku perhatikan dengan teliti. Hairan. Kemudian hampa. Seram. Semualah.

Dicermin tu aku tahu segalanya. Cermin memang sakti. Baru aku tahu yang aku ni dah gemuk. Siap ada 'double chin'. Haih.

ps: baca entri ni sambil makan limau mandarin sebab aku menaip sambil makan limau mandarin. Manis!!!

1 comment:

Anonymous said...

tahniah!eh!bukan mmg gemuk ke?upsssssss