Waktu Rehat = Berharga

Waktu rehat tengah hari ada satu waktu yang berharga buat setiap pekerja. Tidak kiralah jika ianya bermula 1200 tengahari ke, 1230 tengahari ke, ataupun pukul 0100 petang. Bagi aku, waktu rehat adalah waktu yang paling aku tunggu. Paling.

Selalunya waktu rehat aku akan bermula pada pukul 1230. Tapi selalunya 1225 aku sudah mula keluar dan menghisap nikotin. Lepas tu aku akan mual mencari 'spot' terbaik untuk aku melelapkan mata. Tapi 'spot' paling aku gemarkan ialah sofa di ofis. Memang aku akan baring macam kat rumah, cuma tiada televisyen untuk di tonton.

Selain daripada tidur pada waktu rehat, kadang-kadang aku akan keluar. Tapi, bila aku keluar aku akan balik lambat. Dan yang paling aku jarang buat adalah makan tengahari. Elak dari tertidur ketika menaip benda-benda yang boring ataupun elak gemuk sebenarnya.

Waktu rehat memang sangat berharga. Waktu sekolah dulu pun waktu rehat adalah waktu untuk bermain-main sambil makan mee hun. Makin sedap kalau dapat main bola sepak sambil makan mee. Terbaik!!

6 comments:

vidadarisakura said...

boroi.

vidadarisakura said...

boroi.

sharamli said...

waktu rehat di sek0lah sangat2 best..

aleen aiden said...

waktu rehat utk student juga ianya suatu yg beharga.hu3

Puan Capa said...

boroi??? ---> ulang perkataan vivi

vivimellisa said...
This comment has been removed by the author.