Industri Hiburan Yang Melampau

Nak cakap dunia hiburan kita ni tak aktif aku tengok aktif juga. 

Tapi bukan itu yang aku nak katakan. Aku nak katakan betapa aku kecewa dengan beberapa filem kita yang nampak gempak previewnya tapi bila kita nampak yang sebenarnya hanyalah satu filem yang sangat menghampakan. Tapi boleh pula menang anugerah itu ini. Sudahlah mesej yang dibawa entah apa-apa entah, jalan cerita macam jalan masuk ladang. Tapi boleh menang itu ini. Korap ke?

Belum lagi cerita pasal trofi anugerah yang boleh kena tarik balik. Lagi la menghampakan berbekalkan dengan alasan "salah kira markah" yang sama alasan murid sekolah rendah cakap bila salah kira 2 + 2 x 2 = 8.

Sekarang ni persoalannya di tingkat mana tahap ke professional an juri ataupun auditor yang menilai industri hiburan kita ataupun pengarah & penerbit filem kita? Adakah setingkat? Ataupun dua tingkat? Ataupun semua korap? Tapi takkan sampai filem pun nak main korap? 


PS: macam penulis ruangan gosip pula aku ni kali. 

Source bacaan: Berita Harian

2 comments:

F A R Y N said...

ruangan gosip bersama abe Mas.. ekeke

Pekerja Kontrak said...

faryn - hahahahahahahaha... tu la.. nak apply la jadi wartawan... hahaha