Hina Sangatkah Si miskin


Baru aku sedar bahawa duit itu sudah menjadi raja. Kekayaan itu adalah hidup. Miskin memang hina. Aku sepatutnya tidak menjadikan duit itu raja. Kekayaan itu hidup dan kemiskinan adalah hina. Namun dalam dunia serba-serbi ini duit dan kekayaan itu adalah segalanya. Duit dan kekayaan itu adalah kehidupan yang menguasai diri.

Aku juga sedar bahawa aku adalah seorang yang miskin. Miskin dari segi segala-galanya. Namun aku tidak sanggup untuk menjadi hina. Tapi hakikatnya miskin memang hina dan di pandang keji. Apa salah si miskin? Sebab tidak mempunyai duit yang banyak lalu di hina. Adakah si miskin ini bukan manusia yang mempunyai hati dan perasaan?

Mungkin aku patut menerima keadaan ini. Aku cuba untuk mengubah nasib ku. Namun aku bukan tuhan yang menentukan segalanya. Aku juga bukan seorang yang kaya. Sebab itu aku masih lagi bekerja. Sabtu pun aku bekerja sepanjang hari. Adakah ini hina? Hinakah pekerjaan ku yang mana aku terpaksa bergaul dengan orang dari seberang? Adakah bejemur yang mana membuatkan aku menjadi gelap adalah hina? Adakah berjauhan dengan insan yang aku cinta dan sayangi itu tidak bertanggungjawab dan membuatkan aku menjadi hina?

Semuanya menjadi persoalan hidup yang berputar di minda si kerdil yang miskin dan dikatakan hina ini. Setiap persoalan ini masih lagi belum terjawab dalam hidup ku ini. Adakah aku mampu mengubah hidup ku ini. Sedangkan sudah beberapa tahun aku hidup namun hina itu masih di sana. Aku langsung tidak di pandang sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab malah aku selalu di perlekehkan. Aku masih cuba mengubahnya. Aku sedar. Ya, aku sedar.

Hanya pada Mu aku beserah dan kepada Mu juga aku memohon.

8 comments:

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

Kawan.. tidak perlu berasa mandul.
hanya bertanya, "bukankah sistem sediaada ini boleh diubah...?"
Tapi, siapa agen pengubah?
Sekiranya semua kaum pemakan gaji bersatu matlamat, bisa lumpuh nadi-nadi dalam sistem!

Aloy Paradoks said...

jangan miskin jiwa beb.

patungcendana said...

kenapa melankoli sangat ni?

~ShiMa~ said...

Takpe..hina dimata manusia tidak menjadi kudis. Jangan hina dimata tuhan....allahuakhbarrrrrr....!!

Firol said...

Biar miskin harta ,jangan miskin iman.....You'll Never Walk Alone

Hazerin said...

ko knapa?? pinangan ditolak sbb hantaran x cukup?? ke?

ayampinko said...

sedih la plak nko nie..macam tak percayaer jer n3 nie nko punyer..
nko nangis ek..nak kene sepak..?cakap kat mana...

vidadarisakura said...

perlu ka buat entri macamni?
sepak karang.