Waktu

Bila behadapan dengan blog aku ni, mesti aku hilang idea. Padahal waktu kerja, menunggang motosikal, menonton televisyen ( betulkaejaanni), memandu kenderaan, waktu sarapan, waktu makan tengah hari, waktu minum petang, waktu buka kasut, waktu makan malam, waktu mahu tidur, waktu main futsal, waktu melepak, waktu cucuk duit di mesin yang pandai keluarkan duit dengan hanya menekan punat-punat bernombor dan pelbagai waktu lagi idea ada saja yang datang.

Ok. Senang. Aku cerita pasal kerja aku. Kadang-kadang aku sangat benci dengan kerja aku sekarang ni. Yalah, bila aku sibuk bekerja sampai lupa waktu balik, waktu makan tengah hari, waktu minum petang, waktu borak sama kawan-kawan pejabat dan waktu yang berkaitan. Langsung tiada feel kerja. Bikin otak pusing.

Tapi kadang-kadang kerja aku ni sangat menyeronokan bila aku berjumpa dengan pelbagai tingkah laku, perlakuan, tabiat, cerita, personaliti, sahsiah diri, pengalaman, bujang, duda, kawin satu, kawin dua, bawa kereta besar, bawa kereta kecil, rumah besar, rumah kecil, hidup susah, hidup senang, naik bas, menunggang motosikal, rumah jauh dari ofis, rumah dekat dari ofis, suka lelaki, suka wanita, india, cina, melayu, bumiputera sabah, bumiputera sarawak, indonesia, filipina dan pelbagai lagi.

Kesimpulan yang mudah memang hidup ini pelbagai.

3 comments:

vidadarisakura said...

taupun.

sharamli said...

kal0 xpelbagai b0san lak nanti..

Lifesaver said...

aku pon suka tgk teletah org