Musik Yang Aku Suka - Bob Marley

Bob Marley atau Robert Nesta "Bob" Marley (February 6, 1945 – May 11, 1981), adalah seorang penyanyi, pemuzik, pencipta lagu-lagu aliran "Jamaican Reggae". Beliau sangat terkenal di dunia dengan membawa lagu-lagu reggae dan misi utama beliau adalah untuk membantu muzik Jamaica dan pergerakan Rastafari. Antara lagu-lagu yang paling laris di siul-siul kan oleh muda mudi adalah "No Women No Cry", "Buffalo Soldier", "I Shot The Sheriff", , "Could You Be Loved", "Stir It Up", "Jamming", "Redemption Song", "One Love" dan sebuah lagi lagu yang bergandingan dengan "The Wailers" bertajuk "Three Little Birds"

Bob Marley meninggal dunia disebabkan oleh kanser yang terbentuk melalui cara hidup beliau. Walaupun beliau cuba untuk merawatnya selama 8 bulan, namun masih gagal. Ketika kembali dari Jerman ke Jamaica keadaan beliau semakin serius dan terpaksa di singgahkan di Miami dimana beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ini antara lagu yang aku amat minati dalam lagu-lagu beliau.


Kredit kepada Wikipedia atas sumber penulisan dan untuk rujukan lanjut klik saja.

2 comments:

Lifesaver said...

aku suka bob marley..lagu dia cool~

laki cikgu kimia said...

tenang..