PROJEK ANAK YATIM DAN ORANG MISKIN THE RETURN

Salam kepada semua pelopor-pelopor blog yang sudi singgah ke blog ini.

"Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan
dari Yang Maha Kuasa. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan."
(Surah Al-Lail: 19-21)

Kesinambungan dari entri en. Razor1, en. Razor2 dan Cik Nurul.

Seperti yang kita maklum, aku dan beberapa pelopor-pelopor blog lain sedang merancang untuk mengadakan lawatan untuk kita ke rumah anak yatim dan miskin di kawasan selangor/kuala lumpur. Dan mungkin ada diantara pelopor-pelopor blog sudah sedia maklum bahawa ini bukan la idea aku seorang, akan tetapi ianya adalah idea seorang insan yang mulia yang telah memberikan aku ilham untuk bersama-sama berjuang membela anak bangsa kita sendiri.


Insyallah, antara aktiviti yang pasti akan di jalankan kali ini ialah

  • Motivasi kepada anak yatim dan miskin - memberikan mereka maklumat tentang kerjaya, kehidupan dan juga pelbagai rintangan hidup di dunia penuh pancharoba ini.
  • Bantuan - bantuan disini tidak la di maksudkan dengan wang ringgit sahaja. Akan tetapi bantuan dari segi keperluan peribadi dan bahan makanan yang perlu untuk mereka-mereka ini.
  • Menghiburkan - mengadakan beberapa hiburan untuk mereka untuk mereka merasa hidup seperti manusia lain.
Aku bercadang ingin mengadakan aktiviti ini pada bulan mac. Tarikh akan di tetapkan kemudian. Manakala rumah anak yatim yang bakal di lawati sedang dalam proses pemilihan. Ini kerana ada pelopor blog yang mencadangkan kita melawati rumah anak yatim dan miskin yang memang betul-betul memerlukan dan daif.

Oleh itu aku sangat berharap untuk aktiviti ini ramai la pelopor blog sedia menyertai dan menyokong aktiviti ini. Dengan itu juga, aku mengharapkan sedikit kutipan wang ringgit untuk di jadikan bantuan kepada anak-anak yatim. Tidak la banyak permintaan aku ni. Cuma RM 10.00 seorang je. Nak bagi lebih pun boleh. Selain itu, pakaian, makanan dan buku-bukuan yang tidak digunakan boleh juga di serahkan. Aku tidak memaksa, tapi kalian pikir la sendiri. Semua bantuan ini akan di simpan oleh aku di tempat yang sesuai dan selamat sementara menunggu aktiviti ini berjalan.

Harapan aku agar para pelopor blog dapat memberikan kerjasama kepada aktiviti ini. Kepada pelopor yang ingin menyertai aktiviti ini sila suarakan keinginan anda di bahagian kritikan dibawah.

"Semoga semua perbuatan baik kita akan dibalas di akhirat kelak....." AMIN....

ps: sebarang pertanyaan dan cadangan adalah di alu-alukan. Sila ym pada ofis hour di kasih_n_ancaman....

Situasi dan Kata Hati

Situasi: Dekat tol. Dah bayar tol kat awek tol dan aku pun cakap terima kasih. Dia hanya cakap "hm............."
Kata Hati: Ko ingat aku nak sangat ngorat ko ke. Cakap la sama-sama ke... apa ke....

Situasi: Kat pasar malam. Ade mat bangladesi tepijak kaki aku. Pastu blah ngan muka tak bersalah beliau.
Kata Hati: Babi ko.. Dah pijak kaki aku tak minta maaf ko ni memang nak kena ni...

Situasi: Kat sebuah pasaraya yang nobita amat takuti. Tengah baris nak bayar ada orang potong barisan.
Kata Hati: Ni mesti pembangkang ni tak ikut barisan ni..

Situasi: Kat bukit bintang depan maybank. Salu orang ramai kat tempat budak-budak membuat tarian tekejut-kejut(sapel). Orang lalu pun kena buat lencongan.
Kata Hati: ah.... apahal plak budak-budak ni macam star sangat ni sampai aku nak lalu pun kena buat lencongan jauh ni....

Situasi: Kat kedai baju. Tengah carik baju. Tiba-tiba orang datang dan tanye kite "boleh saya bantu encik"
Kata Hati: biar la aku carik sendiri dulu... Kang aku dah jumpe baju tu ko plak macam tak nak layan aku... memtang-mentang aku ni selekeh.....

Situasi: Aku pakai baju yang agak selekeh. Ngan topi aku. Lepas tu orang tengok aku tak puas hati.
Kata Hati: ko pehal....??? tak penah tengok orang pakai macam ni ke.... hah... bukan aku takde duit cuma aku suka pakaian macam ni.. Baru cool....

Gaya macam ni si razor cakap Dato Pompuan

Gaya macho macam ni Razor cakap aku pompuan...... Razor amacam terjawap ke persoalan yang melanda hati mu yang sentiasa runsing dan sistem tubuh mu yang sentiasa kekurangan hormon...

Mendung tak semesti hujan

Langit gelap,

"Alhamdulillah... Senang aku buat keje... Tak la panas sangat....."

Hujan turun,

"aduh.......!! mcm mana nak siapkan keje ni..... huargh!!!!!!!!!!"

Panas terik,

"panas gile hari ni......"

Jadi ko nak macam mana ni.... ko cakap kat aku....

huh!!!!!

Bantu aku berfikir secara normal

Adakah aku berfikir secara normal kalau selalu fikiran ku susah untuk berfikir......?

..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(sila berikan jawapan anda tidak melebihi 100 patah perkataan......)

ps: aku akan bercuti ke penang. So, sape nak join. Sila daftar di platform 14 puduraya esok kul 10 pagi.......

More Project

Ini adalah kesinambungan dari projek anak yatim aku yang lalu. Aku dah decided ngan beberapa lagi pelopor blog untuk mengadakan lagi projek ini... Then aku masih lagi tercari-cari mana rumah anak yatim nak pegi. Dan aku mungkin memerlukan bantuan dari pelopor-pelopor blog yang lain untuk membantu. Harap saudara saudari sedia membantu.

Untuk mengonfirmkan diri anda dan memberi idea bernas kurniaan-Nya sila la komen entri ini. Sebab aku akan bercuti tuk blogging. Sape-sape yang tau no aku sila la kontek untuk pertanyaan lanjut. Aku harap kalian serius sebab aku tengah serius.

Befikir siri lagu-lagu

Senjak aku salu berfikir tentang aku dan orang sekeliling ku aku salu dengar lagu lama ni.

"I've been sitting here,
trying to find myself
I get behind myself
I need to rewind myself
Looking for payback,
listen for the playback
They say that every man bleeds just like me
Now I feel like number one,
yet I'm last in line..."

macam tu sebahagian senikata die...

Berfikir sejenak.... Mari sama-sama berfikir....

Soalan: Penah tak korang fikir nak membantu orang yang susah....??? Anak yatim ke???? Orang yang betul-betul miskin ke???

Ntah semenjak dua menjak ni, fikiran aku sentiasa memikirkan hal-hal macam ni. Tambah lagi aku dah penah pegi ke rumah anak yatim. Apa yang aku cakap kat dorang mungkin betul atau tidak aku tak tau...

"adik jangan sedih. Adik jangan kecil hati. Adik ade orang yang lebih sayangkan adik kat luar tu kan....."

Nak jatuh air mata aku bila aku cakap macam tu kat adik kecil tu. Umur baru darjah satu. Dah kena cuci baju sendiri. Dah kena duk sana.

"Adik blajar la elok-elok. Nanti dah besar boleh tolong orang lain. Jangan plak lupa siapa kita"

Adik tu senyum kat aku.

"terima kasih abang"

Sape la yang nak bagi die banje skolah nanti.

Berani Razor tag Aku........

Sememangnya aku tak penah di tag oleh sapa-sapa... Dan aku jugak tidak pernah mentag sesiapa...

Oleh kerana ni adalah tag pertama selama aku suka bergurau senda di laman ini aku akn menjawab nya dengan penuh iktizam sambil mendengar lagu dari blog cik Lifesaver. Aku telah di tag oleh saudara razor. Nanti aku paksa ko makan limau dalam kete aku...
Okay, here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results (aku ngelat gak kadang2), and post it as your answer.

After that tag 7 people.

– the age of next birthday –


Keira knightley: Umo kami sama... Dan muka kami sesuai jika nak di katakan berjodoh. Wow...

– place i’d like to travel –


Sipadan. Best gile. Korang akan rasa heaven beb....

– a favourite place –

Pantai kat Labuan best. Memang best aku balik je sana misti lepak pantai.

– a favourite food –


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-Bahan:
4 cawan nasi sejuk [hancurkan]

secawan udang hidup
2 biji telur ayam [pukul sikit]
sawi hijau
kobis bulat [potong kecil]

minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

bahan tumbuk
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
6 biji cili padi

3 biji cili merah
segenggam udang kering
1 inci belacan

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan kobis dan sayuran lain. Kacau sehingga sedikit layu.
3. Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan nasi, dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan keropok goreng.

– a favourite thing –

Musik adalah segalanya.... "Soul shakedown party tonite"<-- dengar kat Cik Nurul punye blog sambil goyang badan.

– nickname i had –

Korang carik nama samaran aku dalam ni. Sape dapat aku bagi limau man da rin.

– a favourite color –


Merah itu cinta.

– college major –

Tak yah la aku bagi tau kan...

– name of my love –

Sebab aku takde awek jadi aku letak pic ni boleh la kan...

– a hobby –

Goreng gitar la. Walaupun aku tak terer tapi aku suka ngan musik buat aku suka main gitar dengan selamba sambil nyanyi sesumbang mungkin.

– a bad habit –

Smoking.........

– my wish list –

Aku nak sangat belikan umah besar macam ni tuk mak. Aku nak senang kan hidup mak. Mak susah payah hantar aku blajar jauh-jauh. Kawan-kawan doakan aku bejaya k.....

Ok aku dah siap. Aku nak tag beberapa manusia yg ada dalam follower aku antara nya ialah:
  1. Cik Noname
  2. Cik izah
  3. Cikzura
  4. Lifesaver
  5. Patung cendana
  6. Purple pish
  7. Syalia
p/s: dah korang jangan nak tag-tag aku lagi. Penat gile beb. Razor sume awek yang aku tag. Amacam.

Limau oh Limau

Berkotak-kotak kat ofis aku limau mandarin....

Tapi nape limau mandarin yang gelar kan kepada limau ini....

Kadang-kadang manis dan kadang-kadang masam...

Tapi ada juga yang tawar....

Limau oh Limau....

Sedap....

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS Part 2: The Return of Jedi

Laporan

Tarikh: 18 January 2009
Tempat: Rumah anak yatim dan miskin Al-Munirah, Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off
Jalan Langat , 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Masa: 11pagi - 1petang

Seperti yang aku katakan dulu aku nak pegi rumah anak yatim dan aku dah sempurnakan niat aku tu. Aku pegi ngan seorang blogger ni. Kami berdua je. Dan bila aku datang kesana aku agak terkejut sebab keadaan sebenar rumah anak yatim ini tidak lah seperti yang di rencanakan di link yang aku suh korang tengok tu. Memang tempat die indah sekali.



Yang duduk tu ialah ustat Mohammad. Salah seorang insan mulia yang membantu untuk menguruskan tempat ini. Yang berdiri ni pula ialah Tuan Haji Abd. Rahman kalau tak silap aku. Dan dia ni datang buat makan-makan sikit kat sana. Secara kebetulan ni.


Budak-budak kat Rumah anak yatim ni terdiri dari umur dari 7 tahun sampai ke umur 17 tahun.



Untuk makluman bloggers yang lain. Rumah anak yatim ni sebenarnya memerlukan bantuan kewangan sebab mereka memerlukan beberapa fasiliti yang hendak di bina. Akan tetapi, mereka juga tidak menolak jika kita hendak menderma kan makanan dan pakaian.

Kapasiti rumah anak yatim ni tidaklah ramai sangat... Hanya memuatkan seramai 50 orang sahaja. Dan anak-anak disini semua nya datang dari seluruh malaysia.

p/s: Sorry lambat cerita pasal rumah anak yatim yang aku pegi ni. Dan rumah ni lebih kepada asrama yang memberikan pendidikan di luar waktu sekolah mereka. So, aku akan melawat untuk kali kedua. Tarikh, masa dan tempat akan di update dari masa ke semasa. So, keep in touch...<--- Ayat macam nak mengorat je....

Bulu-bulu ku semua naik meremang......

Perhatian: Ini bukan cerita seram yang korang damba-dambakan.......


*Sebelum aku buka cerita sila klik di bahagian ini untuk membaca berita mengenai apa yang akan aku coretkan ini....

Pagi ni, aku panaskan enjin. Sambil tu pun aku pasang radio Era yang aznil n din beramboi. Ada seorang pemanggil ni bercerita pasal berita yang aku sruh korang baca tu. Anak die yang ade kat hospital subang tu sebenarnya terjatuh dari van skolah die kat bukit jelutong n digilis oleh van tersebut. Apa yang belaku ialah usus die pecah. Dan dia telah di bedah. Kemudian dalam nak recover dari pembedahan tu emak budak tu, dan adik die telah mengalami kecelakaan di jalan puncak alam. Sorang je selamat. Emak die dan adik die satu lagi dah 'pergi' sebab terbakar. Adik die sorang lagi cedera dan di hantar ke hospital sungai buloh.

Memang aku tersentuh dengan cerita ni. Aku terasa. Aku tak tau kenapa. Kesian kat ayah budak tu. Kesian keluarga ni. Apa aku nak buat.


p/s: Memang mood aku dah down ni... Tak nak cakap banyak-banyak. Keje ada lagi ni...

UPDATE: Tadi aku dengar radio era lagi. Dorang kol ayah dan suami kepada mangsa. Sangat sedih. Tak tau nak cakap pe.... Korang dengar la radio era hari ni.....

Mayday on Monday

Mayday.....!!! Mayday!!!!!!

Aduh memang malang tak berbaukan... Aku masuk ofis awal tuk buat repot pun dah kena marah bila repot tu salah.. Korang bukan nak tolong pun... Just tau suh aku buat ni buat tu... Ingat aku ni robot ke....

Jadual aktiviti untuk hari minggu@ahad yang best dan menggembirakan

Pagi ni agak jam kat Lebuhraya NKVE... Walaupun aku jalan agak awal... Biasa bagi aku.. But mengantuk la... Semalam Penuh dengan aktiviti-aktiviti yang aku anggap bisa mengisi masa aku dan memang aku nak buat sebab aku nak...

Pagi: Pada blah pagi aku bangun seawal jam 745pagi sebab aku ada aktiviti. Aku nak pegi melawat rumah anak yatim. Pasal Rumah anak Yatim ni nanti aku post report kat sini. Sebab banyak sangat aku nak cakap kan. Nak letak gambar lagi. Anyway aku memang enjoy di temani oleh sorang blogger gak... Nama dia NoName... hehehehe... Nak nama betu mintak kat dia...

Tengah Hari: Lepas je dari rumah anak yatim aku pegi ke Jusco Bukit Tinggi. Chill kat sana. Nak tengok wayang sebenarnya. Tengok cite "Maut". Seram aku. Terasa insaf aku jadi nya. Masuk kul 145petang kuar kul 315petang. Agak kecewa ngan keadaan pawagan TGV ni. Ada lak wayang dah mula 10 minit lampu tak padam lagi sakit hati la kalau macam ni... Dah tu, orang sebelah aku plak asyik buat bising yang mengganggu konsentrasi ku...

Petang: Selesai tengok wayang aku tengok harpe aku ada miskol. 1 miskol dari insan yang amat di kenali. Amat lama tak di jumpai. Aku kol balik n di tanye aku. "Wei ko katne??? Jadi tak datang ni..." Aku telupa aku janji nak datang gig kat ampang... Aku rush menuju ofis ambil barang sikit then aku balik umah siapkan pakaian. tapi dalam kelam kabut tu sempat aku meluangkan masa aku untuk menolong memasang kipas di bilik member aku. Mau setengah jam gak la. Aku Tengok jam kat harpe dah tunjuk kul 435 petang. Aduh.... Aku pandu keta menuju tempat yang telah di janji kan sebab member aku sorang lagi tu dah lama sampai...

Malam: Selesai je member aku perform dengan band die, kami berdua pun pegi ke pudu. Sebab die nak ke Melaka jugak malam tu. jam kat tangan dah tunjuk kul 913 malam. Pegi kat kaunter transnasional dah habis tiket. So, member aku amik teksi. Jadi sementara menunggu kami melepakan diri sambil berbincang mengenai kisah-kisah kami. Secret ni....

..............................................................

Sampai je kat umah aku pun terus tido je. Sedap dapat tido. Tak sangka jadual hari ahad aku penuh dan aku kena ulang alik KL - Klang - KL - Klang.... Penat siot... Sape rela nak urut badan aku... Aku bagi die sepuluh henget...

p/s: Wei repot ko belum siap lagikan. So apa kata ko siapkan cepat n ko buat claim cepat. Kan nanti ko boleh bersenang lenang. <----------------------Kata-kata semangat kat hati aku sebab raya cina cuti seminggu... Hehehehehe...

Map untuk Ke Rumah anak yatim



Jalan Johan setia.. dia betul2 tepi jalan.

PROJEK ANAK YATIM BERSAMA BLOGGERS

Serius!!!!!

Aku akan melawat sebuah rumah anak yatim di area Klang. Pada 18hb January ni. Jadi aku menjemput dan mengharap bloggers yang rasa nak join aku dengan ikhlas untuk melawat rumah anak yatim tersebut. Semalaman aku kurang tidur bila aku terfikir bagaimana nak bantu mereka. Jadi aku rasa aku kena take step la.

Agenda lawatan aku ni ialah:
  • Mengetahui lokasi rumah ank yatim ni.
  • Keperluan mereka.
  • Berusaha mendapatkan sponsor dari mana-mana pihak.
Aku rasa aku terpanggil untuk mereka yang memerlukan. So, sape rasa nak pegi sila tinggalkan kritikan anda di entri ini atau di bahagian jeritan batin korang. Korang nak tengok mana satu rumah akan aku lawati sila tekan disini

Lelaki dan G-String

Tajuk ni sangat sesuai untuk kita bincangkan. Tapi aku bukan nak berbincang. Aku nak bercerita. Cerita pasal lelaki dan G-String. Cerita lama ni. Masa mula-mula aku menjejakan kaki ke Kuala Lumpur. Masa tu aku dan sahabat-sahabat pegi ke Kuala Lumpur. Ya di selesa inn depan maju junction kami check in. Check in tu kat Kuala Lumpur.

Kami masih lagi belum tau selok belok Kuala Lumpur. Jadi aktiviti kami yang pertama ialah meneroka sekitar maju junction, pertama kompleks dan sogo.

Sedang kami meneroka kami pun bershopping sebab kebetulan ada sale masa. Kami kan orang kampung. So tak berapa tau sangat pasal jualan murah ni dan kami tekejut bila tengok barang murah. So kami pun bershopping sekitar sogo.

Member aku yang dah shoping sakan ni telah pun menyambar beberapa kotak suar dalam tuk di kenakan kepada nya. Terus bayar.

Balik kat inn kami pun test-test pakaia yang kami beli. Member aku yang beli suar dalam tadi pun berteriak. Kejutan buat kami. Dia baling kat muka member aku. Suar dalam tu adalah jenis G-string. Yang hanya menutup bahagian depan. Bahagian blakang plak terpaksa di selitkan di celah-celah.

Dia buang g-string tesebut. Dia cakap geli nak pakai. So persoalan nya siapa yang cipta benda tu. Best sangat ke pakai benda tu.????

Aku dan Asam Boi Kaler putih Part 2 - Kesan sampingan akibat nak kurus sangat

So aku baru je kena kesan die tengah hari tadi. Antara simptom - simptom nya ialah:
  1. Sakit perut tak ikut masa yang sesuai.
  2. Terkentut-kentut.
  3. Rasa nak buang air besar. Tapi tak gak.
  4. Hilang selera makan.
  5. Ni ending die, tergesa-gesa ke tandas berhampiran tuk menyahtinja..
So, sape nak kurus join la makan asam boi kaler putih ni.. Best siot...!!!!!

p/s: ni kalau kontraktor nak bertukar menjadi doktor ni...

Streamyx Down!!!!

Nape plak connection internet ni... Aku tengah-tengah best ym tiba-tiba putus... Then sambung balik.. cite pun dah takde mood...

Tapi aku masih boleh post entri ni... Dengan sebatang rokok tersemat di bibir aku... Dan ianya tidak di bakar lagi... hehehehehe...

Aku dan Asam Boi Kaler putih

Kul 1220 tengah hari... Aku tengok member ofis aku... Seorang pompuan sedang makan asam..

Aku: Ada lagi ka itu???

Member aku: Aik... You Pompuan ke???

Aku: Takda la.... I mengandung... Tengok perut i....

Semua member aku dalam ofis gelak... Hahahahaha.... Member aku bagi aku asam tersebut dan aku memakan nya... Agak sedap asam tersebut.... Sambil aku post entri ini biji asam tersebut masih lagi kemas ku main di dalam mulut ku...

Salah ka seorang lelaki memakan asam boi kaler putih????

Susuk Tubuh Ku mengerikan!!!!!

Pagi ni aku datang awal tuk pegi keje... Aku malas nak beli rokok... Datang mekanik company aku amik barang kat ofis aku pow rokok die then aku lepak kat bawah ofis aku sambil berasap...

Aku pun memandang susuk tubuh aku... Perut hingga ke pinggang dah belipat ketika aku duduk... Sedih sangat aku tengok... Kalu dulu masa muda takde plak macam ni... Muka pun dah nampak bulat... Bila aku tengok badan aku dalam lensa kamera aku pun tekejut... Patut la saiz suar aku dah menjadi kepada 32 or 33... I need to diet.....

ps: semalam aku pegi Morib... Pantai Morib... Ingat boleh mandi manda... But air surut... Then tepaksa pegi jauh tuk mandi manda sedangkan orang tengah menangkap ikan kat area-area aku ngan member aku mandi... Anyway Pantai Morib di berikan 3 1/2 bintang... hehehehehe....

Aku memang Penah Hidup susah

Tidak di nafikan lagi aku memang penah hidup susah. Salah satu cite yang sangat aku ingat dan memberi pengajaran tuk aku ialah masa aku study lagi dulu.

Masa tu bulan ramadhan. Dah tengah-tengah bulan ramadhan dah. Yang berpuasa masa tu aku sendiri je. Member sebilik aku tengah hari dah makan megi. Aku sabar je la dugaan yang datang kat aku.

Sampai waktu berbuka, duit takde dan aku tengok megi dah habis. Tak pe la. Member sebilik aku tak tau pegi mana. Yang serumah plak dah kluar semua. Aku tak sedar sebab aku tido. Then aku set Tv 1. Biar dengar azan. Then aku tengok teh ada lagi. Ok sesuai nak buat bukak nanti. Aku pun masak la air. Tambah plak air masak dah habis.

Biasa aku buat teh masukkan serbuk teh <---jimat pakai serbuk teh uncang mahal baru aku tuang air panas. Lepas tu biar kaler teh dah nampak. Ok dah semua tu aku pegi carik gula. Eh.... Bekas gula kelihatan suram je. macam ringan je. Aku angkat dan bukak yang tinggal hanya sisa-sisa gula yang melekat di dinding bekas tu. Aduh... Aku kuat kan semangat ku. Aku masuk kan teh kedalam bekas tu dengan harapan.

Selesai je gula tu sebati ngan air teh tu aku tuang kembali kedalam gelas aku dan rasa sedikit. Pahit. Macam tak letak gula jugak. Aku dengan mata berair tuang air teh tu dalam sinki. Tiba-tiba azan berkumandang. Aku ambil air panas then aku tambahkan sedikit perisa paip agar suam sikit aku pun minum sambil berdoa.

Selesai azan member serumah aku balik dan masuk ke bilik dia. Tak sampai 10 saat dia kuar balik then tanya kat aku dah makan ke belum. Dia bagi singgit suh beli makanan. Syukur Allah dengar juga doa aku.



Dan hari itu telah mengajar aku erti kehidupan. Aku rasa aku patut masuk Program bersamamu di tv3 masa tu...



p/s: bulan ramadhan memang banyak dugaan buat aku. Bayak pekara sedih dan menggugat iman berlaku.

Bantu aku dan Rakyat Palestin Boikot Brand Yg Ada kaitan Dengan Regim Zionis

  1. Coca cola....
  2. Huggies
  3. River Island
  4. Mc Donalds
  5. Clinique
  6. Disney
  7. Donna Karan
  8. Starbucks
  9. GAP
  10. Garnier
  11. Perrier
  12. Kotex
  13. Sanex
  14. Jo malone
  15. Lancome
  16. Libbys
  17. Tchibo
  18. Loreal
  19. Marks & Spencer
  20. Kleenex
  21. Maybelline
  22. Nestle
  23. Vittel
  24. Revlon
  25. Wonderbra
Semua ni harus di hentikan. Aku dah tak tahan. Klik sini untuk selebihnya. Semalam lepas sembahyang Jumaat Satu mesjid kat tempat aku ni buat Sembahyang hajat. Aku pohon... Aku berdoa... Aku berhajat... Agar israel dan sekutu-kutu nya di musnahkan oleh ALLAH SWT..... Amin.....

Laporan Awal Tahun-January 9

Boring... Masuk ofis je dah stat menyakat member keje aku.. Itu la aku... Kadang-kadang bila masuk je ofis muka masam... Hehehehehehe...

Lepas je duduk d seat yang memang khas untuk aku on komputer terus berintenet.. Hehehe.. Blog ni buat aku ketagih... So skarang aku ni penagih blog... Ya penagih....

Buat keje yang aku malas nak buat... Sebab leceh sangat keje ni... Pakai autocad plak tu... MS excel senang je.. Ni autocad.. Aku tak la teror sangat cukup la tuk carik makan-makan sikit. Hehehehe...

Aku rasa aku kena motivasikan diri aku la untuk rajin bangun pagi pegi keje... Ni masuk kul 830 kul 8 aku bangun... 830 masa untuk breakfast.. Then kul 9 aku masuk keje... Lepas tu bukan buat keje... Dahtu plak tangguh-tangguh<--ngam ke ejaan ni??? keje....

Keje... Keje.... Keje....

Aku nak pegi site la... Ada tugas di sana.. dimana aku perlu selesaikan nya...

Kebebasan Kita dimana had nya = Soalan dari sahabat

Aku terpanggil oleh saudara antoo yang telah memperkatakan tentang kebebasan kita dalam berblog. Dia ada menjeritkan persoalan ini dalam shout box aku tu. Sila baca. Then aku pun terfikir macam mana dengan kebebasan kita ini sebenarnya. Adakah kita mempunyai had-had tertentu dalam kebebasan kita??

Bagi aku, bagaimana aku ingin menghadkan kebebasan aku adalah melalui akal fikiran sendiri. Sendiri dah besar. Sendiri ada sekolah tinggi-tinggi. Sendiri ada agama yang kita anuti. So itulah had-had dalam kebebasan kita. Ni bagi aku la.

antoo: freedom...adakah itu dasar yang terbaik bagi penulis..bagaimane pule bg penulis yang terpakse menulis utk memuaskan ati org lain..

Ni soalan pertama dia. Aku jawab senang saja. Memang itu adalah dasar yang terbaik bagi penulis. Bagi aku tak perlu lah kita ada sesuatu untuk kita khusus kan dalam penulisan. Ko nak buat apa buat je. Ko nak taip apa ko taip je. Satu je yang aku ingatkan, berani buat berani tanggung. Sakit kan hati orang pandai la pujuk balik. Penulis yang terpaksa memuaskan hati orang senang je. Pernah dengar iklan dalam radio kata"buat apa nak belikan untuk teman wanita awak, sedangkan memuaskan hati sendiri lagi senang" ko pikir la ayat ni antoo...

antoo: walaupun kite berbicara ttg kebebasan..tapi dakah kite btul2 bebas menulis? bagaimane pula sengkangan2 yg ade dlm inda kite bile kite menulis..

Ni soalan yang kedua dan aku akan jawab macam ni. Memang tidak di nafikan bahawa kita masih tidak bebas menulis. Kadang-kadang aku takut nak menulis sesuatu yang bakal menusuk hati seseorang. But seperti yang aku katakan berani buat berani tanggung. Cuba untuk kita berfikir diluar dari minda kita. Maksud aku kalau di terjemahkan melalui peribahasa "keluar dari bawah tempurung"

antoo: adakah kite betul2 bebas???

Soalan last yang perlu aku jawab dengan lebih serius. Jawapan nya ya dan tidak. Kenapa??? sebab kita mempunyai suatu ruang yang di mana kita boleh bebas membuat apa-apa. Namun ada juga ruang yang mana kita tidak bebas. So harap ko dapat pikirkan mana-mana ruang tersebut. Kebebasan kita adalah hak kita. Namun kita mempunyai had. Had tersebut kita yang wujud kan. So pandai-pandai la kita mahu ikut had tersebut atau langgar je.


Wah... Aku tak pernah menjawab soalan macam ni. Aku rasa baik lagi aku menjawab soalan-soalan exam aku masa kat kolej dulu. Boleh gak baca-baca nota ulangkaji pelajaran ke.... Apa-apa la... Thanks buat Antoo kerana telah mengutarakan soalan itu...

PS: macam ahli fikir pula aku kan... bukan yang hipop tu.... ni ahli cendikiawan la....

Lagu layan waktu sedih-sedih

Lagu khas saya tujukan kepada mereka-mereka yang terasa bermimpi sedih-sedih ketika tido mahu pun ketika sedar.....

aku penah mention yang lagu ni penah gak di bawa oleh flop poppy... ni yang ori....

Huh.... Pengaruhi semua sahabat-sahabat Ku

Huh..... Sekarang dia berusaha untuk merapati sahabat-sahabat ku. Takpe.... Dunia memang adil....
Aku harap sahabat-sahabat ku akan percaya kepada ku dan bukan pada tomahan-tomahan yang buruk.....

..........................................................................................................................................

Aku takut.... Rejim israel keparat dah sangat-sangat membelasah agama kita. Walaupun aku bukan la terbaik. Tapi iya tetap agama ku..... Shit israel....

Krepek Ubi dan Nescafe

Hujan kat luar sungguh lebat. Angin dari bibir-bibir penghawa dingin terus mencucuk-cucuk bahagian kulit ku. Lalu aku membuka sebekas tin yang dulu nya di isikan biskut kemudian di isi kan dengan krepek-krepek ubi yang pedas.

Rasa kerepek ubi itu sangat memenuhi citarasa ku. Rasa pedas dari black paper di tambah dengan serbuk-serbuk lada dan kemudian di tambah pula dengan aji no moto. Terdetik di hati ku ingin kebelakang sebentar. Memerhatikan nescafe 3 in 1 yang belum lagi di bancuh.

Kehangatan Nescafe 3 in 1 ini membuatkan badan ku segar bugar. Umpama bunga yang disiram di waktu pagi. Di sinari lagi dengan matahari. Indah sungguh perasaan ini.

Nukilan hati seorang pekerja yang terpaksa bekerja lebih masa tanpa di bayar sesen pun.

*wei banyak lagi keje ko ni wei.....

Suria hari ni tidak seperti itu

Sunyi saat ini. Di belakang ku seorang teman sedang membaca majalah ujang. Ya majalah ujang yang pernah di persalahkan oleh kerajaan sebab mengeluarkan bahasa-bahasa broken melayu. Ntah aku rasa biasa je...

.........................................................................................................................................................

Kali ni aku nak berazam aku tak kan melibatkan diri dengan mana-mana wanita. Maksud aku, aku tak kan mengadakan hubungan yang serius. Yang boleh orang kata "dah boleh kawin ni". Buat tahun ni, aku nak melayan hidup solo. Nak merasakan kebebasan berkawan dengan mana-mana wanita. Sebab bila dah ada hubungan serius ni mesti macam kena gari kaki dan tangan. Gerak kesana susah. Gerak kemari kena roger plak.

Kenapa macam tu. Kita sendiri tanya diri sendiri. Korang-korang yang dah berpunya mesti tau. Sebab yang aku boleh katakan ialah kepercayaan individu itu sendiri. Kalau korang pecaya akan pasangan masing-masing mustahil korang akan risau dorang ni pegi cari lain.

Sekali lagi nak aku katakan azam baru aku ialah single sepanjang tahun. Muktamad!!!!

*terlalu banyak penderitaan terhadap ku.....<---- Lagu mimpi sedih dari flop poppy berkumandang----once again i curik trademark cik nurul blh kan....

Warkah di awal bulan januari buat teman

*Amaran keras dari pemilik blog ini: Bahawasanya entri sekarang ini bakal-bakal mempunyai unsur-unsur kejiwaan keemoan dan kecintaan yang agak keterlaluan. Jadi pada mereka-mereka yang tidak dapat menerimanya secara langsung ataupun tidak langsung harap maaf. Buka la hati untuk membincangkan nya.


Awak........

Ntah kenapa terlintas di hati ini untuk mencoretkan/mencatatkan secebis isi hati yang selama ini tersiksa dari sikap kita berdua. Mungkin kesabaran telah mencapai tahap yang di benarkan oleh kerajaan kita.

Saya tak penah lansung ingin menyalahkan awak. Akan tetapi saya menyalahkan diri sendiri kerana telah menjatuhkan hati saya kepada awak. Namun awak menolaknya setelah saya membina tembok besar china di muka saya ini. Saya terima penolakan itu. Satu yang saya pohon jangan la menyiksa diri ini. Saya tau saya agak keterlaluan. Saya agak agresif, saya juga agak terburu-buru. Apa yang saya inginkan adalah persahabatan yang baik. Seperti garpu dan sudu, rambut dan kelimumur.

Mungkin agak keterlaluan bagi saya untuk mencoretkan/mencatatkan isi hati saya terhadap awak di sini. Namun saya terpaksa. Sepanjang persahabatan kita berlangsung, awak langsung tidak memahami saya seperti saya memahami awak. Serius saya kata kan bahawa saya agak kecewa atas sikap awak yang cuba menjatuhkan saya. Awak hanya baik bila memerlukan saya, awak hanya menggunakan saya bila awak perlukan saya. Apa semua ini? Dimanakah keikhlasan hati awak yang di anugerahkan oleh-Nya?

Awak.....

Sempena tahun baru ini saya ingin sangat berazam akan dapat melupakan awak. Saya dah bertekad bahawa ini adalah pangilan, sms, email, ym, msn dan lain-lain lagi seangkatan dengan nya untuk awak. Harap awak juga tidak lagi mengganggu hidup ini yang inginkan kasih sayang, kedamaian, dan ketenangan dalam kehidupan yang membahagiakan. Maaf. Saya amat-amat tersiksa kerana awak. Saya akan lupakan awak.

Sekian terima kasih

Yang kecewa

*Lagu-lagu yang agak mellow berkumandang<----nurul tiru awak punye trademark ye....