Kalau Dahulu Kala Dan Sekarang

Kalau dahulu kala, udara sungguh sedap untuk di hirup.
Kalau sekarang, asyik-asyik asap je. Nak hirup udara segar pun kena pergi cameron highland.

Kalau dahulu kala, mandi sungai best je. Mana-mana sungai kita pergi pun boleh mandi. Ikan pun banyak. Siap boleh makan lagi.
Kalau sekarang, nak mandi sungai. Sungai mana? Sungai klang? kena pilih sungai yang best macam kat ulu yam tu. Tapi pun masih tak sedap lagi. Nak kena pegi lata kijang kot.

Kalau dahulu kala, nak tidur best je. Siap selimut satu badan lagi. Tak payah nak risau pakai kipas ke penghawa dingin ke. Best je.
Kalau sekarang, kalau boleh nak tidur bogel. Tilam bantal selimut semua basah. Basah dengan air yang masin. Buka kipas paling laju. Angin tak la laju mana. Buka penghawa dingin paling sejuk. Pun kena bogel baru boleh tidur sejuk-sejuk. Kadang-kadang kalah peluh aku joging.

Kalau dahulu kala, banyak hutan yang hijau. Sedap mata memandang. Best je. Boleh redah hutan. Jumpa harimau, gajah, kuda, monyet dan berbagai lagi. Kadang-kadang boleh rembat buah-buahan yang tumbuh merata kat hutan.
Kalau sekarang, hutan konkrit banyak la. Tak ada yang kaler hijau. Semua warna warni. Nak tengok gajah kena pergi zoo. Kadang-kadang ular pun masuk rumah nak cari perlindungan.


Kalau dahulu kala, dunia adalah indah sekali dan sekarang semua keindahan itu terkikis sedikit demi sedikit. Nak harap kan siapa lagi boleh jaga hutan kita ni. Aku nak berhubung dengan Makhluk asing ( alien ) untuk serang bumi kita biar dorang pula jaga keindahan bumi kita ini.

P/s: Blog ini akan di tutup sementara untuk kerja-kerja pengubahsuaian bermula jam 0000 waktu Lubnan semalam waktu Bombay telah terlepas sebab ada masalah dengan ejen di sana. Segala kesulitan dan masalah alat sulit sila berjumpa pakar tuan/puan yang berdekatan.

25 comments:

Anonymous said...

wat pe la ko nak gi contact alien..jaga la hutan kita sendiri..jgn harapkan org lain!

Anonymous said...

eh2!aku 1st!hik3

Pekerja Kontrak said...

lifesaver - ko semua entri aku ko nak jadi 1st eyh.... hm.... klu aku jaga hutan aku sendiri tapi org lain pla yg dtg pegi hancur kan mcm mn... tu la aku perlukan bantuan alien....

kayghani said...

ni sesi menginsafkan org lain ni..insafla kamu semua..haha

Pekerja Kontrak said...

kay - hahahahaha... menyedarkan org lain....

S@Y@NGH@SNI said...

teringat masa mandi kat paya belakang rumah arwah pak ngah aku waktu anak2 dulu..
sambil berendam tangkap udang, kepung anak ikan dan terkejung tgk ular sawa lalu..
nasib baik aku tak kena ngap...

sharamli said...

masih dibuka....

Pekerja Kontrak said...

sayanghusni - memang ar... kenangan macam tu xkan dapat kita rasa lagi kan....



sharamli - dah di tukar waktu...

Aloy Paradoks said...

kalau dahulu kala takde internet, mcm mana nak post entry ni?

qishie said...

dulu tempat aku ni..
bila bercakap siap keluar asap..hehe

sekarang dah tak cool dah..

Pekerja Kontrak said...

aloy - masukan surat khabar....





aqilah - mmg pun dah xcool....

abcd said...

dahulu takde kala! black in white je!

Kapten Luffy said...

dahulu lg best! ;p

Pekerja Kontrak said...

kakjude - ye.....


luffy - mmg la... dulu best gila....

Rieka Akio said...

SO KITE NIH YANG PATUT MEN PERANAN TUK JAGA ALAM SEKITAR... SALAH SAPE?

AKU SETUJU SKNG DUNIA MAKIN PANAS ASIK NK MINUM AIR N BERPELUH2.

Pekerja Kontrak said...

dhiya - tu la.... terutama kat klang ni... langsung xde hutan...

Hazerin said...

kalau dulu aku baik, skrg aku lagiii baik.

klu dulu ko baik, skrg ko hampeh!!

ada no fon alien?? bak bg kat aku

Pekerja Kontrak said...

hazerin - aku cekgu ko.... kang xberkat kang... ha... alien tu xbagi org lain tau... tp kawan aku ade... ko nak....????

Aloy Paradoks said...

kalau dahulu kala juga tak ada surat khabar,, batu bersurat pun belum ada lagi... post kat dinding gua la..
satu entry nak siap setahun,, siang malam memekak dgn bunyi pahat.

patungcendana said...

salam anakku

ya...aku pergi jua..huhuhu

dan aku dah kembali...hehehe


indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya...

erk...salah lagu pulak...hahahahaha

bumi bukan warisan...ianya pinjaman...pandai2 la jaga...

selamat menyambut hari pekerja...have a nice weekend...:-)

a.b geldofg said...

lama tk mlawat kazen

apa kbar kazen?

hehehehe

kakyang .. said...

jum dato' ..
kite pegi cameron highlands ..
menghirup udara segar ..

sambil menikmati teh tarik
dan dikelilingi ladang teh yang menghijau ..

Min said...

dulu lain..sekarang mmg da lain..

kueh bakar said...

dulu lain..
sekarang lain...

masa itu.... said...

nak sejuk,meh datang bristol..