Tengahari yang amat Cerekarama

Tarikh: 11 Mac 2009

Waktu: 1400
Lokasi: Bank Hong Leong, Bdr Bukit Tinggi 1.
Tujuan: Tunaikan cek.

Dekat kaunter. Aku serahkan cek kemudian aku serahkan kad pengenalan aku. Dia suruh aku tanda tangan di bahagian belakang cek. Kemudian dia besuara lagi.

"You ni Muslim ke?" aku dengan selamba jawab " Ye." Malas nak mejawab panjang-panjang. Dia sambung lagi "Ye ke? Napa ada nama ni kat belakang?" aku jawab lagi " oh.. that's my father name" Kenapa pula dia ni. Banyak tanya pula.

" So your father cristian la...?" tanyanya lagi. " Eh... Bukan la... Muslim.. He converted when marrying with my mother" Jawab ku. Dengan panjang lebar. "owh so your father bangsa apa? Sabah ke Sarawak?" Tanyanya lagi yang mana membuatkan aku membalas lagi " My father bangsa Dusun and my mother malay. Saya asal Sabah."

"O..... Your mother asal sini la...??" Tanyanya sambil mengirakan wang di tangannya. Aku memerhatikan wang itu dan menjawab "Bukan la. Memang asal sabah mak saya tu".

Selesai sahaja wang di serahkan aku pun meninggalkan kaunter dengan penuh tanda tanya. Kenapa????

Waktu: 1430
Lokasi: Pejabat WCT Land Sdn. Bhd.
Tujuan: Ambil dokumen yang salah di serahkan. Bukan aku serahkan salah tapi kawan sepejabat aku.

Belum sampai lagi di pintu masuk aku terpandang wanita berkaca mata dan bebaju warna merah jambu. (sila baca entri sebelum ini di sini). Ya. Jumaat baru-baru ni dia tidak datang mesyuarat. Tidak sangka dapat bersua dengannya lagi. Aku tenung dia. Dia tunduk dan berlalu sebelah ku sahaja. Aku masuk pintu dan memberikan senyuman pada receiptionist yang mekap tebal dan meluru ke lif.

Tiba di lif aku bersua dengannya lagi. Wah.... Kami berkongsi lif. Dengan nada yang malu-malu dia berkata "Tingkat 2 ke?" Macam mana dia tahu ni. "ye". Jawab ku ringkas. Sepanjang dalam lif kami diam. Dem. Kenapa lidah ku kelu.

Kenapa????

Waktu: 1445
Lokasi: Tapakbina di Bandar parklands.
Tujuan: Ambil gambar untuk laporan.

Aku tiba di sambut meriah oleh indonesia pekerja aku. Aku pandang dorang. Kenapa ni?

"Bos... Mau claim ka?" Tanya salah seorang dari mereka. "iya udah nanti saja ya tunggu 20hb itu macam.."

Aku menjawab "mau duit awal esok saya datang lagi ok". Dan mereka membalas "ngak usah bos nanti aja. Belum cukup lagi." Aku pun tinggalkan dorang sebab aku kena ambil gambar.

Sedang-sedang aku singgah dekat mekanik syarikat aku bekerja ada satu lori sedang parking. Pemandu entah mana. Pekerja aku cakap ada dalam. Tidur. OK hati aku memang panas kalau nampak macam ni. Aku tengok pintu dia tebuka. Secara sengaja aku sepak pintu lori itu dan dia tekejut.

"Banyak senang ah... Boleh tidur-tidur..... Lu punya kawan sana kerja lu tidur sini... takde kerja ke???" Aku sergah dia. Dengan tersipu-sipu dia terus jalan tolong kawan dia. Pekerja-pekerja aku tengok sambil senyum.

Dalam perjalanan menuju ke kenderaan aku. Aku terserempak dengan bos aku. Borak dengannya. Tengok kat sebelah ada Kentucky Fried Chicks. "Wow... Bagi aku la bos..." desus hati kecil ini. Perbualan selesai dia pun meninggalkan aku. Aku sempat berborak dengan pekerja aku pasal pasportnya yang hampir tamat.

Aku teruskan perjalanan menuju kereta. Aku nampak seorang jurutera yang amat anti aku. Dan semestinya aku sangat tidak suka akannya. Sebab perangai. Perangai dia yang selalu minta di sogok dengan itu ini. Dia makan K.F.C. "Ceh....!!! Babi ni punya rupanya. Makan lah benda tu. Biar botak kepala ko babi" kritik hati ku.

Kenapa ada manusia yang sanggup menindas orang macam ni? Kenapa jurutera itu begitu?

Kenapa????????

10 comments:

Haula Hati said...

erk???


kenapa???

kenapa org bank tue tanye mcm2??
*tetibe nk ramah ar??

kenapa ko kelu weh??
*ak rase ko becok gak... huhu~

huh??
kenapa ko gangster sgt weh??
mcm x caye je ko...
huhu~
*masa kerja, kerja..... kan??
bio je bab* tue....

ko minum cendol pulut lagi best~

ngee~

cheer up!!
;)

Alfie Stole Niena said...

well.. itulah ragam setiap insan di muka bumi ni.. =)

mrblind said...

apa nama bapak lu..

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

kenapa???

mesti org tuh nak ngorat ko x.

hehehhehe

RY said...

ko ni kenapa?

huhu

Pekerja Kontrak said...

farah - ah.... aku tanya ko tya balik...

nina - tu la.....

mr.blind - Jusseph.... pe hal???

sitinurjenab - aku rasa dia bukan lagi menachee... mcm amma je...

razor - ko katne????

Haula Hati said...

dah ak x tau jawapan...

ak tanye ar ko balik~

huhu~

abcd said...

kenapa tanya kenapa? eheh! :P

Pekerja Kontrak said...

kakjude - pasal kenapa la....

abcd said...
This comment has been removed by the author.