Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Keempat - Cuti yang seronok.

1 Mei 2009,

Selamat Hari Pekerja. Dan ramai kawan-kawan aku sudah datang mencari adik aku. Jam baru pukul 8 pagi. Kemudian aku mendapati ada pesanan ringkas masuk di telefon tangan ku. Aku lupa untuk menjemput kawan aku yang datang dari Papar, Sabah. Lalu aku bangkit bangun dan mandi dan menyiapkan diri. Mandi di kampung seawal pagi membuat aku rasa derita. Derita ke bekuan. Sejuk air waktu pagi itu lalu mengibaskan aku zaman aku sekolah lagi di mana aku mandi dengan air sesejuk itu.

Aku perhatikan member aku di luar terminal feri Labuan. Duduk seorang diri. Aku hanya tersenyum dari jauh. Dan ketawa. Kawan aku menelefon aku dan aku hanya tergelak sebab aku berdiri tidak jauh di hadapan dan dia langsung tak nampak aku.

Kami pergi makan soto yang sedap ya amat di sebuah kedai bernama kedai makan ceria. Ramai orang makan di sana. Tempat duduk pun penuh. Memang laris kedai ni. Dalam kami mencari-cari tempat duduk aku terpandang kawan lama kami. Lalu aku ajak kawan aku masuk dan menyerbu tempat duduk kawan kami tu yang bernama 't'. Makan dan berkongsi cerita.

Sedang asyik kami berkongsi cerita tiba-tiba ada satu cerita yang amat menyedihkan. Cerita seorang member kami yang di beri nama 'r' telah menukar status agama. Dari islam ke entah agama apa. Kecewa dan terkejut. Itu sahaja yang mampu di katakan.

Setelah aku dan kawan ku mendapat kereta, aku membawa kawan ku melihat Labuan. Ronda-ronda dan balik ke rumah. Rehat sebab petang aku kena bawa ibu dan adik bongsu ku ke "Pesta Air Labuan".

7 comments:

Hazerin said...

first!!

Hazerin said...

nak tau x sebab apa mber ko x perasan ko?? sebab ko dah ........ pikir la sndiri.

bodohnya la si R tu. bangang, mungkin.

Pekerja Kontrak said...

hazerin - ntah la... dunia mmg mcm tu kot...

Anonymous said...

oh...mcm mana plak tetiba dia tukar fikiran nak tukar agama...ish3

Pekerja Kontrak said...

lifesaver - hm... xtau la... mungkin ada sebab die...

patungcendana said...

ingat kan dah habis cerita balik kampung....ada berapa siri lagi ni...?

tukar agama?...motif????


hazerin...

kawan dia tak kenal dia sebab dia makin cute...kan?...ahaha...:-)

Pekerja Kontrak said...

ma.patung - tak tau apa motif die tukar agama....