Siri Balik Ke Kampung Halaman Siri Ketiga: Gagah Mendaki Bukit Dan Menyusuri Hutan serta Tebing Yang Indah

Minta maaf sebab tajuk aku panjang macam nak buat satu karangan. Sebab aku suka macam tu. Sebab itu aku punya gaya penulisan. Sebab aku gembira macam tu.

30hb April 2009,
4.00 petang. Penat menaiki kapal terbang sambil membuang angin belum lagi habis di balas dengan rehat yang amat merehatkan, tiba-tiba satu panggilan telefon masuk ke telefon tangan aku. Hanya dengan satu ayat sahaja iaitu "sedia" aku pun terus mengenakan baju lengan panjang aku tapi bahagian celana aku aku kenakan celana yang pendek. Atas lutut sikit. Hehehehe.

Tibanya sahabat aku dengan jeep yang menjadi kaki utama kami sekumpulan, sekumpulan lelaki yang beperangai pelik tapi macho dan bergaya (puji diri sendiri sebab korang takkan puji aku) dan terus kami tuju ketempat yang bernama Warisan Sejarah Terowong Bekas Lombong Arang Batu. Ya, Labuan pernah menjadi popular dengan arang batu. Tiba di sana kami mengambil beberapa gambar yang akan di 'upload' kemudian sebab aku punya kad reader takde.

Memang terasa hebat sangat bila kami sampai di puncak. Sungguh indah. Lama aku tak melihat Labuan dari tempat yang tinggi dan melihat kehijauan pulau ini. Asyik-asyik aku lihat hutan batu di Kuala Lumpur. Naik bengkak mata aku. Destinasi kedua kami ialah tebing pantai pancur hitam. Tebing yang curam membuatkan kami ghairah untuk merentas hutan di bahagian tebing tu. Dah la tepi pantai, curam dan cantik pula tu.

Pada sebelah malamnya pula kami melepak di bandar Labuan. Sebab itu adalah benda wajib kami dari dulu kini hingga sekarang dan kemudian hari. Malam belabuh dengan kesejukan kampung halaman aku. Hebat dan hebat sejuk di kampung dari sejuk yang ada di bandar besar ini.

Bersambung...

13 comments:

patungcendana said...

kau ni...pelik tapi macho...baru aku tahu...aku ingat kau pelik je...hehehe

Aloy Paradoks said...

gua buat event pada 15 july.... gua nak jemput lu buat show kalau lu sudi.. show percuma untuk kami dan mereka mereka yang miskin tetapi mendukung seni... mana tau lu nak nyanyi ke? ape ke? jika sudi lu beri la nama Group or nama solo ke sebab gua nak masukkan dalam poster...

gua tunggu lu di blog gua.

Hazerin said...

lengan panjang tapi seluar atas lutut??? rupanya aurat lelaki kat tgn..baru aku tau. tenkiu sbb bgtau aku. hahahahahahahaha

Anonymous said...

erm...

xlama lagi ko leh daki everest plak!

Pekerja Kontrak said...

ma.patung - hahahahahahaha... kedua-dua itu ada dlm aku ma... pelik dan macho.....



aloy - hehehehehehe.... aku inform ko kemudian....



hazerin - jgn terpesong... hehehehehehe...


lifesaver - everst... nanti2 la.....

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

adoi la..nyk beno sambungan..xper2 aku tunggu =) sambungan cerita ko ni

Pekerja Kontrak said...

tinie - hehehehehehehe... tggu eyh... cerita ada ckit je lagi pun....

mrblind said...

dah katgori novel blog lu ni..

Pekerja Kontrak said...

mr.blind - mempelbagaikan penulisan.... ini yg cekgu aku ajar dulu... hahahahahaha.....

w said...

Labuan best kan. Kampung aku, tapi sudah lama tidak balik. Sangat2 lama. Upload la gambar. Boleh aku tumpang tengok.

~d!b@~ said...

adventurous tul kampung halaman c masri nih!

haha!

Pekerja Kontrak said...

wahyudi - ko org labuan meh????? mmg best gila....




kakdiba - hahahahahahaha... biasa la kak... tgk org la kan.... hahahahah... kg akak pun ok pe...

vidadarisakura said...

malas tah ku ingau.