Siri Balik Kampung Halaman Siri Kedua: Mendaki Ke bukit Merentas Hutan dan Tebing

30hb April 2009,
Berbunyi roda kapal terbang itu sama juga berbunyinya kentut ku. Aku rasa sangat hebat. Bila saja ada pengumuman yang berbunyi "Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati, kita telah selamat....blablabla....." Aku meminta lalu dan kemudian aku mengambil bagasi yang berada di atas kepala ku. Aku keluar dari isi kapal terbang dengan hati yang amat senang dan gembira. Seperti baru mendapat hadiah tempat pertama ketika berada di bangku kayu sekolah rendah. Sangat hebat!!!!

Aku menanti beg aku keluar dari mesin yang putar-putar itu keluar. Hampir 15minit kemudian baru keluar beg aku. Sambil-sambil aku menanti kehadiran beg itu aku mesti mengejutkan sahabat rapat aku untuk mengambil aku di lapangan terbang labuan yang agak 'cool' itu. Sahabat aku tiba bawa kereta yang 'cool' jenama honda. Kami pegi sarapan sebab aku dan ibu hendak berjumpa di pusat perniagaan yang paling popular di kampung halaman aku ni. Sebab pusat perniagaan ni popular kerana ia adalah yang pertama dan terakhir berdiri sebagai pusat perniagaan. Korang fahamkan. Tak faham tanya cikgu korang.

Pertemuan aku dengan ibu di pusat perniagaan. Dan persoalan yang pertama ibu tanya ialah "Lampuh jua kau?? Inda ku kanal dari jauh" aku hanya tergelak. Aku dan ibu pulang ke rumah pukul 115 petang sebab dah panas sangat di kampung ku. Lagipun aku ada aktiviti pertama aku iaitu mendaki bukit merentas hutan dan tebing laut.


Bersambung lagi......

p/s: Sepanjang perjalanan aku di dalam kapal terbang aku asyik teringat sambil terkentut, mimpi aku yang buruk..... seram gila....

15 comments:

Anonymous said...

lampuh tu pe?

Hazerin said...

labuan = kecik. aku faham.

asyik besambung. aku akan rangkumkan komen aku di hujung siri balik kampung halaman kau ni.

aku biol sbb gali sampah, amik nota kau tu

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

lampuh jua..maknanya gemuk ka??
org labuan rupanya..hikhik

mrblind said...

ceh..takde adap betul..kentut dalam aircraft..

Syazni Rahim said...

haha! kenapela asik tkentut..

Pekerja Kontrak said...

lifesaver - lampuh stand for gemuk, gempal, gedempol dan lain2 yg seangkatan.... hahahahahahahaha...





hazerin - ok... tapi komen ko kena la ikut siri... hahahahahahaha



tinie - yup....org labuan.... hikhikhik...



mrblind - cool pe kentut....




ciksyazni - tekanan angin tggi..... jd kena buang....

eiza in the house.. said...

kentut kamu bau tidak?..huhu

S@Y@NGH@SNI said...

"tuan2 dan puan2, penerbangan akan bermula, sesiapa yang ketut bau ikan masin itu sila turun sekarang"
nasib baik tak cakap gitu...

Pekerja Kontrak said...

eiza - hahahahahahaha... kadang2 bau... kadang2 tidak.... cool kan...




yus - hahahahaha... naseb bek kan....

Aloy Paradoks said...

siap buat siri balik kg lagi tu...layan gak..

Kapten Luffy said...

ko sabahan ka?

Pekerja Kontrak said...

aloy - hehehehehehe... idea kering...


luffy - ya sabahan..... napa???

patungcendana said...

aktiviti pertama tu macam cerita lurah bilut...hehe...

pantai ada tebing ya...:-)

Pekerja Kontrak said...

ma.patung - siyes ma ada tebing....

vidadarisakura said...

lampuh banar kan. pa nyang ku.
boroi lagi.
haha